Wednesday, July 30, 2025

Understand Me No More



 Kerap kali sekarang ni aku rasa dai dah paham aku, 

even worst adalah mcm dah x cuba nak paham 

dan dah x bagi peluang untuk aku memahamkan...


Mana lagi teman bersembang kalau semuanya serba tak kena.

mana lagi tempat meluah kalau semuanya tak menarik untuk dia.

Diamkan saja...

sebab untuk memaksa, aku dah tak kuasa.

Wednesday, July 3, 2024

I AM OKAY!

 Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...

Kalau dulu suka jugak layan sedih hati

bila rasa terabai atau pon terguris...

Itulah hasil dapatkan Mat Razeen 😄

jadi mat cengeng...mudah nangis sebab ibu

time pregnantkan dia sangat selalu nangis diam2..

Mudah terasa...

Ya la..time tu bukan ada sapa.

Sendiri ja merantau ikut shuben ke tempat orang.

Mak ayah jauh,

adik beradi jauh...

kawan pon xdak...

Mudah sangatla tisunya....mengandung sulung pulak tu.

Perempuan ni bila2 pon nakkan perhatian ja.

Aku setuju ja kalau dikatakan perempuan tu makhluk 

Attention Seeker...kalau harapkan attention dari suami sendiri kenapa tak boleh pulakkan?

Takkan nak biaq orang lain pulak dok heran ke kita ni..


Lama2...bila dah biasa rasa orang tak heran ke kita 

jadi mangli dah la...

Tak rasa apa dah.

Apa boleh buat, masa mula2 dulu pon kita tak paksa dia sayang or heran kat kita...

kalau la ni orang dah tak heran, tak sayang...x kan nak paksa juga.

Kalau nak kata tak tau, kita dah cakap...

nak apa...macam mana...

Still kalau tak boleh nak bagi juga ya udah...

Usah dipikirin lagi dong...

Usah di harap lagi...asyik kecewa aja.


As for me kalau sayang, Yes you have to show,

so that i know cause nowadays I cant feel the love anymore...

You have been different, not the same person I knew before...



Monday, June 24, 2024

ALONE

 Bila kita cuba uruskan hal sendiri, masalah sendiri

menolak bila ada cuba nak bantu..

dikatanya kita berlagak

dituduhnya kita sombong.

Tapi bila kita betul2 perlu kan bantuan,

perlukan perhatian...

Yang ada tu tiba2 takdak...

Kalau ada pon tapi masih lagi macam takdak...

Masih strugglenya sendiri...

Susahnya sendiri...

Most of the things yang dulu tak boleh buat sendiri,

aku dah boleh handle sendiri...

kalau tak boleh pon berani ja nak handle sendiri...

demi anak2.

Sebab tak boleh sentiasa harapkan bantuan orang,

sebab at the end.... 

dia tak kisah pon...

Mungkin hanya kisah bila dia rasa nak kisah...

MY EVERYTHING


Razeen & Razaan

Dua ketul penyeri hati aku sekarang.
Karekter masing2 istimewa dengan cara tersendiri.

Wednesday, August 23, 2023

I'm Back

 Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak posting disini. now, i'm back 😞

Ya, dah beranak dua dah sekarang, dulu bujang dah kawen, dah ada pillwtalk partner...tak payah dah tulis sini. Tapi sebenarnya ada benda yang tak berjaya nak di kongsi bersama...

Always jadi misleading, turn the other way around, and will end up bad. Penatla rasanya cuba nak meluah ni.... bila pendam, mintak share... bila slowly kita share... tak paham pon...

Lepas ni telan je la sendiri sampai kembong... sebab cakap nanti salah...sebab apa aku cakap pon memang sentiasa dianggap salah... tak pernah kena.... tak pernah betul. 


Tapi ok la....la ni dah boleh tahan untuk stop talking when time come. dulu asyik nak pertahankan apa yang kita rasa betul, last2 kena cop degil....degil...dan degil. dan melawan juga.... So sebab kasta kita ni rendah ja, lawan pon tak guna... diam sudah la. cakap bila perlu...


At least ada 2 ketoi anak2 comel dan sihat sentiasa menemani di sisi.


p/s~ sedih gila weh...nak telan ayaq lioq rasa lekat kat lehiaq.... termenangis pulak. Emo s#!t

Sunday, September 27, 2020

Cuci sawang

 Lamanya tak jenguk sini.

Rasa macam dah kena rujuk balik. Lama sangat tak menulis, tak sembang bebas dengan orang lain.... Sampai nak buat caption gambaq sendiri pon dah tak reti wei. 


Kalau tak save password dulu silap-silap tak boleh log in ni 😂

Sunday, August 14, 2016

#projectFIRASY Diy Glass Jar

Assalamualaikum.
I love collecting glass jar.
Name it. 
Tak kira jar Prego ke, Chocoluv jar
 jam jar or anything.
Semua kumpul-kumpul je dulu.


So hari ni baru rajin nak pasang brullet trimming
on the body.


Brullet trimming beli kat Kaison ja.
Bila jumpa terus beli.
Kaison takdak kat kedah, 
ni pon beli kat perak.
Dulu harap ke Kaison Manjung ja,
syukur la ni Aeon Klebang pon dah bukak Kaison.
So lepas ni berangan nak pi lagi.
Nakcari tulips for hand bouquet pulak.
Last time ada tulip species lain.
I'olls tak berkenan sangat.



Friday, August 12, 2016

Wedding Cake 1

Assalamualaikum.

Previously I am think of buying my wedding cake.
Maybe just customizing with my own
design and theme.
But since past few days I am
thinking of doing it myself.

Yeap, Project D.I.Y  wedding cake!!!

Kalau boleh memang nak tulips on it.
But not tanam them just like atas ni.
I wanna keep them simple,
yet to be elegant.
No more tiang Roman between the tiered cake.


INI.SANGAT. LAWAAA!!!!

Owhhhhhh...berkenan pulak dengan dia.
Full of messages.
This cake came with identity of the couples.
That what I always love.
Everything is related to the owner.
Not everyone can own them.
Specially made.


Makin tengok makin lawaaaa pulak.
Hmmm...ada ke masa pengantin nak buat semua ni.

Kalau aku mestila aku nak letak gambaq ni.

I love this pict.

Rasa macam wedd pict pon nak pi shoot
at the same spot jugak.
Ye la kenangan zaman-zaman bercinta kot.


Ini yang menepati tema asal.
pastel colored cake.
Takmo tinggi sangat.
Simple.
Elegant.

p/s~ Tak sabaq tunggu gown sampaiiiii....oiii, lambatnya rasa.


Phewwwww....Alhamdulillah Ya Allah!

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat yang menggembirakan.
Syukur atas nimat dari Allah.
Feels like I've drank tub of Positive Potion.

Result part 6 dah keluar semalam.
Tak excited sangat.
Nervous lebih.
So tidoq awai.

Pukul 5 pagi baru check email,
dan alhamdulillah...syukur.
Berbaloi.

Dah rasa lapang untuk fikir pasal majlis.
Kalau tidak hati ni rasa
macam tersangkot.

Next mission is wedding cake design hunting.
I am planning of making my
cake myself.
Of course with bantuan my beloved chef Coky.

...........

And to my sayang,
Congratulations.

I am really really really proud of you.
You deserved it sayang.
The most hardworking zombie I've ever known
during project submission
and also during examination seasons.

Tazabar jugak nak attend your convo.
Yeayyyyyy!!!

p/s~ Your love is my energy booster. thank you so much aaaa..aawakkkk. Ich liebe dich.

Sunday, February 7, 2016

Hantaran DIY : Save your budget.

TAboleh rotate pasaipa xtau...hmmm
Nampak pulak bucu si Najiha,
slumber suka hati dia lepak releks ja atas katil (:

Puas hati sebab fully buat sendiri.

Just a simple hantaran balas.
5 dulang balas consist of

1. Choc cupcake
2. Buttercream cake
3. Blueberry Cheese tart
4. Chocolate (homemade)
5. Choc chip cookies

Semua I  buat sendiri, air tangan sendiri
kecuali buttercream cake.
Yang tu I beli ja dengan penuh kasih sayang
.Sebab tak sempat nak buat sendiri, bagi betol puas hati.
So, lari pi cari kat bakery ja (:
Hopefully sedap la, first time beli kat situ.
Ganti kek birthday tahun ni (:






Project Firasy 1.0 Accomplished

Officially a fiance to MFI

Alhamdulillah 6 February 2016.


Available
Not Available

p/s~ Thank you awak for making our relationship till this stage. Semoga dipanjangkan jodoh kita, dan mohon di permudahkan segala urusan seterusnya. Love you sayang.



Wednesday, February 3, 2016

Allah Maha Besar

We got the bad news yesterday actually.
Its about the big 'C".
My makcik...which we call Bibik 
had been diagnosed with stage 3 breast cancer.
Allahuakbar...
This news make our heartbroken into pieces.
There is none of anak-anak nenek yang sembilan 
orang ni ada penyakit bahaya untill we heard about bibik.

Bibik ni actually kakak ayah..
kakak atas ayah.
Anak nenek and arwah atuk yang ke-4
after maklong, makngah and paklang.
Last time jumpa bibik was during walimah syidah 
on December 2015.
Just 2 months back.
Allah......sungguh dugaan Allah tu datang tanpa
kita sedar.
Ketuk kita yang lalai dengan urusan dunia ni dengan pelbagai cara.
Untuk lebih bersyukur dengan nikmat kesihatan sekarang,
untuk lebih menghargai setiap insan yang masih ada dalam hidup kita...


InshaaAllah this coming Friday 
Bibik will undergo masectomi operation.
Which is to remove her breast.
May Allah ease everything.
May Allah give her strength to face this.
Mujur ada adik and Alang yang akan singgah kampung,
jadi wakil kami sekeluarga untuk ziarag bibik.
InshaaAllah bulan Mac depan kami akan menyusul.

pls~ while reading about the people who have tendencies to get this Big C, I feel scared. I'm not joking. I mean it.

Skill mentah pon dah karat.

Tengok tajok pon dah obvious sangat
bahawa Cik Raihan ni super takdak idea nak menulis la ni.
Dulu-dulu...boleh jugak nak ranting almost everything kat sini.
MAcam-macam nak sumbat.
But now nak construct ayat pon kelaut oiiii...
Makin tak reti nak merepek panjang-panjang kat sini.

Weh....bosannya hang ni Ckah!!!

Monday, February 1, 2016

Project FiRasy : Kotak kayu DIY


Mini Project FiRasy 1.0 almost done.
Within 2 weeks i tried to get thing done
like I imagine before.

I really love my dulang very much.

milkysmile

Almost siap

Plan asal memang nak guna full crepe papers
as decoration...
Dari rambu ramba, bunga and the cute-giant ribbon.
Tapi puan emak insist letak jugak bunga pelestik kat dalam tu.
So, okay la..
Bukan susah nak happy kan hati mak-mak ni.
Ikot ja cakap depa.

Tea dari sebelah aku...kuning and coklat.
Masa kena paksa beli bunga tu,
aku amek je biru sebab my dress on that day would be in baby blue.
So ok la kot,
Still xbanyak2 sangat kaler...tak nak banyak2 rainbow color sangat.
There you go my blue pastel coloured roses.


Bunga dah siap assemble

Tunggu nak letak lapik base je kasi tinggi sikit.
Kalau tak nnti tenggelam sangat.
Lepas tu siap!!!

Photobucket

Crepe paper roses.
Disebabkan aku ada more or less 2 weeks
untuk design my dulang, finalize the theme..
and semuanya fully DIY so aku memang nak buat sesimple mungkin.
Minimalist.
Those crepe roses pon aku buat je dulu,
tapi xtau nak gubah cemana bagi cantik.
So xtau la nak pakai as apa,
sebab handbouquet dah siap.
Tu pon DIY jugak.
(next entry kita citer pasal handbouquet DIY pulak)
Dalam banyak2 benda dulang ni, paling renyah 
and leceh pat nak buat rambu ramba tu ja.
Dah tengok kat kedai, mahal ya RAbbi...kasaq2 plak tu.
Besaq-besaq ketiaw.
So aku buat sndiri...dapat la halus mulus
 size-size Angel Hair spagetti.
Terlena-lena jugak aku buat tu,
sebab bosan..tapi kena lembut dan teliti
 sebab crepe paper nipis je, senang koyak.

ok.
Cukup dulu kot.
Then thenn....bye2




Happy birthday sayang

A special birthday shout out to
may favourite guy
Incek Fitri Izzat 
Photobucket

*yeah i know... i'm not even shouting at
this moment.

Happy 26th birthday sayang.
As we promised, no birthday present
for both of us this year.
But we'll celebrating it with something
even more special.
Thank you sayang  Photobucket

Semoga awak dipanjangkan umur,
di murahkan rezeki,
dan termakbul semua cita-cita dan impian hidup awak. aminnn
Fwightinggggg 

milkysmile

okay...till then.

milkysmile

Thursday, August 6, 2015

Cakes Craving

Since semalam asyik nak kek ja.
Tapi tak dapat-dapat.
Semalam dapat eskrim.
Yummy, belanja adik-adik
sempena celebrate jualan pertama melalui ig baru

(Hari ni lalu semua bakery tak buka, yang buka yang tak best ja)

Cuba belajaq-belajaq menega tengok.
Sebab pi cari keja asyik 
tak dapat.
Dah penuh cukup orang la,
tak mau amek orang keja sat sangat la.
NAk menega kek dah hilang platform.
Tak cukup usaha cari tempat lain sama.
Tak pa, cuti sat sangat
Nak belajaq AutoCAD la konon.
Sem depan ada CAD.
Mati laaaaa...

Off to Puchong esok.
Cari rezeki kat tempat orang pulak (:
Ngantok weh.
NunitezzzZzzZzzzzzzzzzzz

Wednesday, August 5, 2015

Ciwi + Happy

Alhamdulillah.
Semoga ini satu permulaan yang positive :)

Tuesday, August 4, 2015

DIY Wedding Project

Excited.
AKu memang macam tu, orang lain yang nak kawen,
aku yang lebih-lebih excitednya.
Ye la, tu sebab melibatkan benda-benda yang aku minat nak buat.
Majlis Adik aku.
Iyo, Adik aku yang nak kawen.
Alhamdulillah, jodoh dia sampai dulu.
The first in the family :)
Majlis mungkin bulan 12.
Time semput-semput kakak dia ni nak final exam,
nak kejar submittion date semua.
Hopefully tarikh yang di pilih nanti aku free, even sekejap.
Sebab since 1 and half year dalam architecture ni
tau dah benda-benda ni unexpected.
Hujung-hujung tu la time sesak nafas habis-habisan
punya nak kampoi semua project and assignment.

Few things yang aku lan nak buat untuk dia.

1. Hand bouquet.

Ni contoh yang aku dapat from pinterest,
sebab my sayang ni gila orange colour
so try je la kumpul-kumpul inspiration dulu.

Untuk adik aku punya hand bouquet bunga dah siap buat.
Tinggal nak assemble je.
I plan to make her red blood satin roses
accompanied by gold tulle or net and ribbon,
also with gold pearl.
But then last time I went shopping with her but I just couldn't
find the right gold color exactly like I imagined.
So, I decided not buy any.
Takmau beli sebab terpaksa.
Awai lagi, cuma sendiri yang x sabaq nak buat siap-siap.

OMG, nak upload gambaq asyik
hang pulak...not responding.


Ni yang lama, aku buat as brooch pakai pi kelas hari-hari.

Ni contoh yang aku nak buat tu.



Ini bunganya :)

Tak sabaq nak tunggu siap sepenuhnya.

Untuk diri sendiri aku nak macam ni la
2. Pelamin

Ayah memng awai-awai lagi dah mengharamkan pelamin.
Sebab bersanding tu kan haram, kecuali
di buat secara tertutup
untuk saudara mara terdekat ja.
So, yang kami nak buat ni super simple.
Bukan untuk bersanding.
Just untuk ambil-ambil gambaq ja.

Simle and sweet ja kan (:
Sebab tu nak DIY ja, buat pakai apa yang ada.
Jimat..

3. Backdrop

Backdrop pakai yang aku buat suka suki as hobi ja

For sure this is mine.
Bukan syidah punya.
My initial & his initial <3 br="">OURS.
Ribbon roses

I tried to make few types of flowers.
Just in case later I got some idea how to 
use them.
Sebab nak buat ni leceh sikit dan ikot mood.
So, buat ja sesiap even tak sure lagi finalnya macam mana.


Wood craft.

Siap dah..tapi tak puas hati sebab benang-benang tu tak well balanced.
Anyway, okay la as my first trial kan 
okay...thats all for tonoght kot.
Macam tak percaya sebijik entry ni boleh makan
masa berjam-jam pulak nak siap malam ni.
We'll be continue later....





Saturday, August 1, 2015

Penangan Sabreena Dress

Maluuuuu 

Dress ni sebenaqnya hadiah "Langkah Bendul"
from my sis masa dia bertunang hari tu.
Alhamdulillah...terima kasih.
Bukan mintak pon, tak kisah sangat pon melangkah bendul ka apa.
Tapi dah orang nak bagi sebab nak ikot adat,
orang bagi kita amek sajosss (:

Since malam raya semangat I iron dress ni sesiap.
Niatnya nak pakai sebelah petang raya.
Sebab dah tau dress ni nak ironnya leceh, so iron sesiap 
takot malas nanti sendiri yang stress.
Sekali petang raya cancel pakai baju lain.
Sebab nak matching dengan baju mak.


Bukan baju raya pon sebenaqnya,
tapi sebab tak pernah pakai lagi...siap sebelom
raya, jadi la baju raya.
Boleh kata tahun ni banyak jugak baju raya.
Tak plan pon.
Rezeki mungkin.
Sebab tahun lepas takdak baju raya langsung.
Pakai baju pi kelas and memg takdak nak match langsung.


We wore matching pattern but reverse colour scheme.
KAt rumah tok ngah.
Adik arwah tok.
rindunya kat tok....
Al-fatihah untuk & tok som....

oh hampir terlupa, tajok ala-ala gayo sikit bukan sebab apa.
5 orang member2 pakat dok tanya pulak beli dress kat mana.
Suruh tag depa pon teringin nak beli jugak.
KAlau la promote secara tak sengaja ni boleh dapat komisen,
lepas beli dress Bella Ammara lagi sehelai pon tak pa dah...

k, dah maghrib.
Chiow.