Thursday, July 30, 2015

Come Again my Crazy Craving.

Hari ni baru start puasa.
Puasa ganti, puasa 6, puasa sunat khamis.
Padanla seminggu raya melantak segala tak pikiaq lagsung.
Sekali timbang, nahhhh...... extra 3kg!
Puaih hati?

As usual bila dah posa ni, macam-macam 
teringin nak makan.
Segala mak nenenk.
Cuma Alhamdulillah masa bulan posa hari tu,
More than half  Ramadhan spent time kat kampus.
Tapi syukur tak mai mengidam hat pelik-pelik.
Dah la nak balik memang tak dan, 
plus dah takdak orang nak melayan
kalau aku merengek nak macam-macam.

Pi bazar pon sampai kerap sangat balik bawak ayaq ja.
Tak selera nak makan.
Paling kerao beli donut dengan karipap.
Sebab rindu Jieha, so eating her fav kuih did help (:

Hari ni teringin burger Jade.
Padahal dalam freezer ada ja frozen burger.
Incek ayah beli.
Cuma takdak bun.
Tapi.....kalau dah buat sendiri tak la jadi burger Jae.
Mestila jadi burger Cik Raihan pulak.

Talking about burger Jade mestila teringat kat 
my burger_hunting partner.
Tapi, nak mengadu pon macam tak patot.
He might have a busy and hectic day.
Sedangkan wsapp time  hour pon tak dan nak tengokkan...
Baik jangan menyibuk.

Makin petang sure la makin panjang list aku.
Kalau luah kat fesbuk, satgi orang meluat pulak.
Kalau tweet, macam tak cukuup emosi,
So ni ruang aku nak ranting everything.

Hee are the list....muahahaa

1. Burger Jade

2. Cakessssss
( when I meak cake with S it means a lot, more than one. tamaknya hangggg)

3. Black paper potato currypuff...hmmm yummy
(nasib baik dah ada yang siap frozen dalam fridge)

4. burger Jade

5. burger Jade

6. burger Jade

Ditto.


Tadi macam banyak, tapi terbang pi mana habeh ntah.
Tengah hari tadi dah siap buat puding roti.
There is extra baguette which I bought past few days.
Takdak sapa layan,  hari tu pakai buat garlic bread cicah mushroom soup.
Tu pon tak habes sebatang.
Terpaksa ;a buat jadi benda len. 


ByFatinsuhana Tag & Win contest

Alhamdulillah rezeki kami.
First time menang contest Tag & Win ni.
Menang kali ni pon tumpang tuah member la kiranya.
Sebab pakat-pakat tag sampai nak kena block la kat ig tu.
Tapi dah rezeki baju raya, dapat la jubah sehelai.
Voucher sorang rm100.

Thank you very much Fatin Suhana boutique (:
I love this Zaara jubah.
Fabric sedap, sejuk dan tak iron pon dah cantik.


Adik-adik buli kakak time nak amek gambaq  (x_x)

Swag raya katanya....
Awkward weh. Kayu kan?

Bukan jenis aku nak berposing bagai, tapi dah dapat baju orang bagi
nak kena tunjuk appreciation jugak.





Salam refresh.

Punya la lama tak update blog, sampaikan akak favourite blog yang aku follow tu pon dah beranak lagi. Last time aku baca pasal dia masa dia bersalin kan anak kedua. Sekali lagi bukak, baby tu dah besaq, siap beradik baru lagi. How time flies and I just neglected my beloved buddies macam tu ja.

Time study memang tak sempat sangat, nak mengupdate. busy. padahal banyak benda nak share. Tapi semua benda tu di share dengan somebody. So, tak la terasa terperam sangat. (i miss him actually). Kebetulan sekarang cuti, (dekat sebulan cuti dah pon) boleh la polish sikit karat dan habuk blog ni. 

Btw, selamat hari raya....Maaf zahir dan batin. ^_^ V


Bersama king of selfie in the family.
Kasi share sikit moment raya.
Memandangkan tahun ni turn Kedah, dan masih cukup anggota keluarga
so boleh la berlatar belakangkan bendang sikit.
Acah-acah "Appreciate the mother nature" sikit.
Tahun depan turn raya kampung ayah.
Sini lagi kampung daripada "kampung" sana tu.
Tapi yala, tu ja kampung yang kami ada pon.
Rumah tok lagi satu kan ke depan rumah ja. 
TAk boleh la nak refer "balik kampung", sebab kentut pon boleh share bau weh. 
Punya la dekat nak habaq bagi.


Tak sangka boleh senyum ni, padahai kena paksa selfie dengan puan emak.

Mak la beria sangat nak ajak shooting kat bendang belakang rumah tokwan tu.
Peduli segala rumput tinggi ka apa ka.
Titi nak seberang takdak, suruh adik ambik kayu nak menyeberang punya pasai.
Dah sesiap lompat pi sana, hingaq nak balik mai pulak!
Haaaaa....baru tau! Pacat panjat betis! Cangak gi!
KAmi hat pakai kain ni lagi seram, mau kalau dia merayap masok dalam kain!
Woi....geli kot nak imagine.
Aku pernah di sentuh pacat masa kem form 5 dulu ja.
Tapak PLKN UUM Sintok, lain tadak.
Terpelihara ok.

Last sekali dapat port tepi pagaq ja la.
Amek bucu-bucu padi hat celuih masok frame (:
But we are all happy, sebab boleh buat mak happy dan puas hati.
LAyan kan ja, bukan susah pon.
Gembirakan hati mak tu kan besaq pahala dia (:


Mak zaman modern, gambaq nak boh fesbuk -_"


Haa...pengabisan dah. Gambaq last depan pagaq rumah tok.

p/s~ Incek ayah tidak kelihatan di dalam mana2 gambar kerana beliau telah bergegas ke Pedu untuk memborong sebonet penuh durian. Soalan quiz. Calculate the total volume of bonet Avanza?

Hasilnya. Taraaaa..... Kalau kira betol mau dekat30 biji semua sekali.
Total rm50 sahaja. Alhamdulillah, sedap pulak tu.



Tuesday, May 5, 2015

Sakom Beach : Family Day 1.0

Banprakob immigration

2-3 May aritu aku and adik2 join family day sekolah puan emak.
Encik ayah, as usual... refuse whole heartedly not o join us.

Alang out of frame, sebab dia yang tolong amek gambaq.

Semua excited lagi time ni.
Sampai awal dari orang lain...
tapi bila dah lama sangat tunggu mula pakat cemuih.
Besa la...nama pon konvoi.
tera tu dah la...orang lain pakat bawak anak kecik bagai
tu yang lambat tu.

Me with my adik bongsu, okay...dia memang tinggi.
 (kakak dia bukan pendek)

Kat sana ada time2 jalan dengan adik pegang tangan.
Then I told him
"Nanti lepas kakak dah kawen mesti adik dah xleh pegang tangan kakak macam ni dah."

His respond like
"pasaipa pulak??? Kakak aku!!!"

Me
"Yala, nanti mesti laki kak marah, macam mana?"

Then he replied
" Biaqla."

*************



Sampai sana, before check in,
semua jemaah konvoi dibawa luch kat tepi pantai.
BEkal nasi dan lauk dah bawak dari Malaysia.
Tempah katering ja.
Lepas kenyang, lari sat mai gedik2 kat buaian ni...
Lama dah tak merasa main2 pantai...



Sunset di tepi Sakom beach.
TApi tak feeling sangat..
sebab my heart, my soul kat tempat lain...
Ala-ala...."hatiku tertinggal di Malaysia"
Yup....I wish he would be there with me too at that moment.
In fact, every moment, everywhere I want to be with him. (':

By the way, the was so amazing.
Biru yang cantikkkkk sangat.
Pelik why cant pantai kat Malaysia tak jadi secantik tu...


Posing sikit kat signboard ni.
Tak paham pon tulisan apa tu.
Belakang tu surau resort tu.
KAmi stay kat Armana Resort.
so xtau la tulisan lengkoi-lengkoi tu makna dia 
"ARMANA RESORT"
atau pon sekadar
"MUSOLLA"

Ataupun...........
"SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELM ANDA DISEMBAHYANGKAN"
Tapi dak kot no....pendek ciput ja lengkoi2 dia (:

pls~ stop kat sini dulu kot... willbe cont later InshaaAllah







Wednesday, April 22, 2015

Site Visit: Taman Tasik Taiping 2015

Sem ni site visit sikittttttt ja.
Untuk design ada dalam dua kali.
Sekali ke Ipoh, kali kedua ke Taman Tasik Taiping.
Untuk first timer pi sana macam aku ni,
jadi tak kisahla... pi Tepeng pon syok tak sangga dah aih.
Tempat tidoq best.
Tak macam reban ayam trip sem lepas.
(super sadis okay)
Le Girls of Studio AAP243/4B

Kami stay semalam ja Kat Kamalodge Motel & Cafe.
Sebab tentatif start Ahad tengah hari sampai Isnin tengah hari.
Pi ulang alik ke site jalan kaki.
Jauh la jugak...1km lebih kurang.
Tapi okay la, sebab banyak benda nak kelebek sepanjang jalan
jadi tak la terasa sangat..ada member nak menyembang sama (:

This is part of my site. Tenang kan?
Kali ni banyak bergambaq.
Pasai budak group aku sorang tu keja 3 tahun as freelancer.
Gambaq2 dia memang lawa...hat xlawa pon buleh "nampak" lawa.
So, why not kan (:


Pendeknya Rasyiqah Raihan hmmmmm


Favourite picture (:
(sebab aku nampak kurus sikit dalam gambaq ni)


Tuesday, March 10, 2015

Bunga Zombie Jieha

Update hari ni pasal all the sunflowers kat rumah.
Banyakkkkkkk...more than 10.
Puan emak yang tanam.
Her passion even now musim kemarau and Poksen 
dilanda masalah bekalan air yang tak berkesudahan.
Setiap petang kena tadah ayaq ntok siram.
Ayaq slow mengalahkan siput pig.
Tapi demi mak kami pon berganding bahu 
bergabung tenaga teman mak setiap petang.

Yang ni je aku sempat tengok sebelum balik kampus minggu lepas.



Penuh berderet depan rumah..yang tinggi2 tu semua sunflower trees.
Saja tak rotate gambaq.
Nak suruh exercise tengkuk sikit. 


Alhamdulillah dah kembang dengan jayanya.

Haaaa...sekarang dah pakat kembang. ni baru 3 ..4 sebenaqnya.

Ada lagi yang baru nak kembang.
Tak sabaq nak balik tengok dengan jieha...dengan puan emak.
Jieha memang suka aktiviti outdoor.
Suka gila.
Suruh siram pokok bunga pon syok tak sangga!!!
How i miss her smiles (':
Jieha la yang panggil bunga zombie.
Sebab dia main game Zombie versus plant.


ok sekian.





Monday, February 23, 2015

Semoga Allah Setiasa Melindungi Tok

Minggu ni dah masok minggu ke 3
tok stay kat wad.
Dok dah mula mengadu bosan dok sana.
Nak cepat2 balik katanya.
Tak larat dah nak baring saja kat sepital.

Tapi keadaan tok sendiri dah uzur.
Kalau tak sebab sakit pon
usia tok dah masok 71 tahun.

Sedih bila nampak tok sedih sambil
cakap dia takdak anak..
selalu senyum bila tengok kami adik beradik
bergurau masa pi melawat dia.
Syok ada anak2 kata tok kat mak.
PAstu meleleh lagi ayaq mata tok.

Setiap kali pi melawat, suap tok makan...
mesti dok nangis.
Mujoq ada anak ni dok ulang mai tengok..kata tok.
Kami yang dengaq pon tumpang sedih sama.
Tok bukanla saudara dekat sangat.
Tok ni sepupu kepada arwah tok nab (tok kandung aku).
Dan juga merangkap adik ipaq tok nab.
(zaman dulu kan pesyen kawen sepupu)

Masa aku kecik2 tok atau nama sebenarnya som binti saad
ni la yang babysit aku.
Tinggal dengan mak ayah kat Selama, Kedah dulu.
Sebab tu arwah tok nab dulu memang suruh kami semua
panggil kat tok som ni tok jugak.
Kami semua memang panggil tok som ni tok.
Lemah lembut orangnya...baikkkk sangat.
Rasa macam tok betoi dah.

Untuk pengetahuan tok di syakki meghidap leukemia.
Tapi medical test belom dibuat untuk confirm tok sakit apa.
Sebab tengah tunggu cuti raya cina la apa la.
SAmpai sekarang belom confirm bila tarikh nak amek 
air tulang sum-sum tu.
Ya Allah...semoga Allah meringankan beban tok.
Semoga Allah sentiasa melindungi tok.