Sebelum ni dah terbaca sinopsis
pasal buku ni dalam Majalah Anis.
Actually aku memang minat baca buku
Ustaz Hasrizal Abd Jamil
atau pun jugak dikenali sebagai Saiful Islam.
GAya cerita beliau sangat best.
Terkesan dihati.
Beberapa kali jugak cari tapi tak jumpa.
ALhamdulillah last Thursday dapat jugak
beli buku ni masa usha2 dekat Sunway Carnival, Penang.
Dengan baca buku2 beliau buat aku rasa
lebih kuat, lebih bersyukur,
lebih berterima kasih dan mampu membuang rasa putus asa.
Dengan baca perkongsian beliau ni buat aku sedar
sememangnya bukan senang nak jadi orang yang berjaya.
Dan sesungguhnya insan yang di uji tu sebenarnya sangat bertuah.
Allah sayang kita lebih.
Alhamdulillah...
Dalam buku ni tentang perkongsian
kisah suka duka beliau untuk tamatkan pengajian di Jordan dulu.
Tentang pembekuan visa,
bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk
di kota London untuk membayar yuran pengajian,
kemalangan, pembedahan dan di penjara
sehingga mengambil masa 8 tahun untuk
menamatkan pengajian.
Sesungguhnya Allah dah merancang yang terbaik
untuk setiap hamba-nya...
Allahuakbar
********************
Lagi satu buku yang menarik.
Last-last year (tak pasti tahun bila)
AKu dah ada buku nie.
Buku nie pon best jugak.
Salah satu daripada koleksi
Travelog tarbiah beliau jugak.
Buku tentang pengalaman beliau semasa di Turki.
Menarik (:
Antara tiga nie
yang kaler pink tu je belom beli lagi.
YAng lagi dua tu memang terbaek.
p/s~ Dah mengantuk. Taboleh nak sambung lagi. One thing aku tanam dalam hati, kalau kita rasa ujian tu berat masih ada lagi yang lebih berat ujian diterima berbanding kta. Allah takkan bagi sesuatu ujian diluar kemampuan kita untuk hadapi semua tu. Alahamdulillah (:
salam,boleh tau tak tajuk lagu dalam blog ni.puas saya cari.im so love into it
ReplyDeleteWsalam...ni lagu CnBlue, Loner's Heaven kalau x salah tajuk dia
ReplyDelete