Wednesday, July 25, 2012

Lift, Elevators and travelator

Dua hari lepas (hari Isnin kalau tak salah)
aku ada termimpi satu kejadian pelik.
Macam meng0ng pon ye jugak.
Tak tau la sebab stress ke hape.

Actually hari tu aku baru je sedar
yang banyak kerja nak kena settle 
bila sampai hujung minggu.
Report subject Building services aku rupa-rupanya
berlambak kerja nak kena details kan.
Actually last week we all
supposed to go for a site visit.
Related to building transportation which refer to
lift, travelator and elevator and segala componentnya lah.

Bunyi macam senang----> SITE VISIT.
Tempat pulak macam best kan..
dekat shopping mall camtu..hewhew.
Tapi bila mai part dia punya discussion 
tambah lagi dengan quiz yang
macam cendawan dibaja-baja tu..
mau stress jugak la...
Tu nasib baik kena buat satu report je.
Lagi satu report pasal benda alah
pencawang-pencawang elektrik tu
the guys yang buatkan.

Actually time tu fikiran ada dihantui dengan 
kerisauan bila dah dua kali pasal report aku dah buat silap.
S0, dah kena marah dua kali mestila 
nak kena berhati-hati after tu kan? (:
Bila tengah buat discussion yang cerewet lagi demanding
segala jenis explaination, otak rasa penat.
Tambah-tambah bila lecture notes
tak banyak membantu dan time tu
incek go0gles sekalipun tak banyak membantu,
mata dan otak bergabung mintak direhatkan.

ok, aku pon
ZzzZZzzzzZZzzzzZzzzzZZzzZzZzz
Sekali aku sampai kat satu kotak lift yang pelik.
(konon-konon tengah buat site visit la ni)
Masuk je dalam lift car tu aku dah rasa macam
masuk dunia Narnia versi lift yang sempit
tak luas macam lemari baju dalam tv tu.
Sempitbgila nak mati, lagi sempit dari lift yang normal.
Dah la msok tu ramai-ramai.
Satu group je dah empat orang...
Masok je dalam lift tu dah ada group lain pulak kat dalam tu.

"Asal la korang tak amek lift laen je."
sempat aku bermonolog dalaman....

Bukan ape.....
Tempat tu tak selamat untuk kami....
Kenape?
Korang rasa ape bila jejak je kaki dalam lift car
yang sempit tu korang baru sedar yang lantai dia
actually gabungan benda nie...

Ni la benda alah
yang kita pijak bila naek lift tu.
Pallet naka dia.

Kalau bergabung elok tak pe.
Ni aci susun cenggitu je jarang-jarang 
pastu siap kita boleh nampak kat bawah tu macam 
ada lurah yang tak berpenghujung.
Dah la sambil pijak tu benda tu beralun-alun.
Ye la, tak attach kat mane2.
Aci terapung macam tu je.
Gila tak gila mau kecut perut jugak la.
Hadoi...macam menempah maut.

Tapi kan......
nasib baek tu semua mimpi je.
Maybe fikir serius sangat
then before tido tak kosongkan kepala dulu.
Tu la padahnya.
Bila sedar je dari mimpi termenung kejap aku.
Macam baru terselamat dari maut.
Hadoi...penat perasaan bila mimpi camtu.

Sekian mimpi saya.
Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa
membaca Cerita Mimpi Saya Dua Hari Lepas (:

p/s~ Dah dekat 2 hari janji dengan Incek boss nak buat entry ni. Tahan perasaan je nak verbally cerita terus kat beliau. To him, thanks sebab sabar menunggu (:





No comments:

Post a Comment