Monday, September 24, 2012

Exactly like this.

I always want my own house
to have windows with this ape ek?
Tak tau nama betolnya apa.
Tapi lawakan?
Lagi rasa nak bila tengok bilik
Emily dalam Pretty Little Liars (PLL)


Book shelves at the window
dengan tempat parking best macam tu.
Tengok hujan pon best...
Lepaking pon best...
I wish I'll have y own so0n (:

Sunday, September 23, 2012

Kat mana?

Rindu sangat tiba-tiba.
Nak mcg....tapi...
What if awak kat surau?
Mesti xreply, bukan bawak fon pon.
What if awak kat luar, ada hal?
Menganggu pulak..
 Rindu awak la :'(

Paku dalam-dalam

Sila SENTIASA berfikiran positif...
KAlau tak boleh sangat pon
TOLONG la CUBA..

Saturday, September 22, 2012

Define yours

Friendship is when you talked something 
bad about me, ignore me and I still can smile like
I dont know anything...like nothing happened.

Nanakkkkk

Nak ceket!!
Awak, boleh x balik nanti belanja orang chocs??



.....................

Baru tulis takat nie dah ada
orang call (:
Mintak direct je la...
Nak coklat, taknak share ok.

p/s~ Tak sabar tunggu rabu. IMY

Friday, September 21, 2012

From every angle...

... I feel so distracted of so many things.

Thursday, September 20, 2012

Generate mo0d kejap

Dugaan.
LAgi beberapa jam nak test
mood mim alip lam sin tu datang bertandang.
Bukan cucu2..tapi datok moyang punya nie.
BAnyak benda nak kena revise.
Chapter kali ni ni confusing plak tu.
KEna jugak drop kat sini kejap
cause I really need to talk
to somebody available (:
Incek belog takpe la...
esok dan hari2 seterusnya bukan ada test,
bukan ada final exam pon.
So, bila2 pon availabe.
Next post la kita cerita benda berisi sikit ek.
Need to heading back to my
lovely working station...
Daaaaaaa~

p/s~ Dah tampal target paper yang dibuat ntok final exam part 4 ni. Bukan dekat study desk, tapi tepi bantal, supaya beringat "JANGAN TIDO BAYAK SANGAT!" (:

Wednesday, September 19, 2012

Going well

Everything going well as you wish my dear.
Please stop thinking people will pleased
 you too many times.
If you dont mind to lose,
then continue with your sweet attitude (:

Have a happy life

p/s~ Annoyed.

Roses vs errr??

Antara dua ni mana lagi
outstanding???



Yang nie.....

Ini kelabu manja namanya o_O

or

Yang merah ang-ang nie?


Ini merah miang....0pssss 


p/s~ t0 be honest, I prefer the red one. Tapi kalau bunga itu tulip laaaaaaaagi gila punya lawa (:

Dia Maha-Mengetahui..

Bersyukur dengan perancangan dan aturan-Nya.
Sungguh, Dia Maha-Mengetahui...
Kalau diikutkan flight mak ayah ke Mekah
dari KLIA dijadualkan berlepas
 jam 1.30 tadi. (19/09)
So, Flight dari Alor setar 8.30 pagi
pada 18/09/12.

Syukur sangat penerbangan ditunda sepuluh hari.
Kalau tak...memang tak dapatla
nak balik hantaq mak ayah kat airport.
Hari nie ada praktikal lab structure, petang pulak tu.
Kalau tak dapat balik,
mau nangis jugak aku kat LP tu.
Sekarang pon dah rasa rindu kat
both of my parents.
Mana pernah pisah jauh2 lama macam tu.
46 hari kot....
Mana tahan....

Terfikir jugak, silap2 kakak
yang lebih "adik" dari adik2 nanti.
Sob...sobs...

p/s~ At least ditunda sepuluh hari dan tarikhnya dalam study week nanti. Semoga dipermudahkan.... (:

Masih tak boleh

Orang lain dah lama heboh
isu filem yang terang-terangan
menghina Nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Aku baru terkial2 nak type tajok kat youtube.
Baru nak try tengok.

Baru 43 saat start dah rasa seram.
Close tab teros.
Tak boleh tengok.
Laaaa.....ingatkan dah hilang.
Rupanya ada lagi.
Rasa meremang bulu roma..
Syndrome dari kechik,
Takot tengok cerita arab...
Sampai sekarang pon sama jugak...
tetap takot.
Tapi takot cara dewasa,
dah tak lari sembunyi belakang pintu lagi.
Itu sekadar sejarah (:

*********

Bila dengar or terbaca komen pasal
isu nie, dalam hati mampu istighfar je.
Macam2 rasa.
Sedih, geram, marah.
Rasa nak nangis pon ada.
Tapi kalau takat menyumbang air mata 
tetap tak membantu apa2.
Paling mampu berdoa semoga
orang2 yang terlibat berniat ntuk
mencalarkan imej Nabi kesayangan dibalas dengan
balasan yang setimpal oleh Allah s.w.t.
Semoga di beri hidayah,
di buka pintu hati agar sedar betapa
mulia insan bernama Muhammad.
Nabi junjungan terakhir yang masih
mengingati ummatnya sekalipun dia ambang
sakaratulmaut.
MasyaAllah...
Rasa kecik sangat.....

p/s~ ........................

Wednesday, September 12, 2012

Teman

Nak try buat soalan esaimen.
Malam nie, dan jugak malam semalam...
Syaza Najiha yang teman...
Sejuk hati tengok mata dia...
senyuman dia....
Rinduuuuu snagat...
TAk sabar nak balik...
Tak sabar nak jumpa JiA


p/s~ Buat wallpaper lappy, letak atas meja study = study ditemani JiA! (:

Salah masa

Selalu rindu time tak kena masa..
time tak boleh mcg...
time tak boleh call....

p/s~ anggap je la sebagai salah satu praktikal masa depan (:

Dan lagi....

Rasa macam aku ni
magnet charlie pon ada jugak.
Seminggu tu mesti ada ja port kena Charlie.
Kali ni bantai kat mata pulak tu.
Nak kelip-kelip mata pon
adoiyai....tak selesa.

Since pagi semalam
raa cuping telinga kanan macam tak selesa.
HAri ni dah start bengkak.
Ingatkan sebab subang beli itu hari...
Sebab bukan emas, takut tak boleh pakai.
Dulu pon ada masa2 dia
akan bengkak kalau pakai bukan emas.
Ececece...demand pulak.
Tapi betulla.
Orang Kedah panggil bontot ayam
ke ape ntah kalau bengkak pasai subang ni.
Ok, sekali petang tadi tak tahan sangat.
Asyik berdenyut-denyut je.
PAkai tudung sumpah tak selesa.
Bergesel tudung pon punya la azab.
BAlik tengok kat cermin....laaaaa
kena Charlie rupanya....

Ni first time kena kat telinga.
Last2 sem, kena kat kaki.
PAstu naek kat badan-badan.
Start sem ni dia makin mengada,
dekat leher pulak.
Dah macam rantai India dah parut dia.
Tebal dan berangkai-rangkai.
Ni dahh.....kat telinga pulak.
Kena la tido sopan2 (-_-")

p/s~ Nak pakai plaster pon macam tak kena. Xkan nak bandage telinga pulak?! 0iy0!


Monday, September 10, 2012

Kacau orang

Dalam dunia nie, 
kat mana-mana pon mesti nak terjumpa jugak
dengan orang-orang aneh.
Ni bukan yang jenis "muka Aneh"
yang abang dok ajaq tu.
Hat ni spesies "perangai Aneh".

Nak di jadikan cerita tengah aku
dengan sorang member ni pilih-pilih
barang kat dalam parkson JJ.
Kitorang kat bahagian lelaki,
sebab nak beli barang untuk lelaki.
Selalunya aku memang akan survey habis-habisan dulu.
Usha harga, usha design'
compare mana lagi elok baru beli.

Sekali barang tu harga lebih kurang je.
Design pon tak variety.
Biasala, barang lelaki bukan macam w0men stuff,
nak bunga-bunga, nak renda-ropol bagai.
Ok, bila dah nak compare,
nak senang kerja,
kitorang borong la bawak kotak2 tu
dalam tangan.
Lalu satu lorong, amek.
Bawak sekali ke lorong seterusnya.
Sebab nak letak seblah-seblah.
So, even berdua, menimbun jugak la kotak2nya.
Sekali ada incek mana ntah lalu belakang.
Dengan anak lelaki dia.
Ada la dalam darjah 3-4 camtu.

Pakcik tu boleh buat ramah (konon)
tapi bernada sarkastik.
"Hampa ambek banyak-banyak nie nak
beli semua ka?"

Kami tengok muka dia. Terkejut.
Sebab dia dari belakang,
kitorang menghadap dinding pon.
(nampak sangat kepochi kan?)

Kitorang cakap la, saja nak compare dulu.

PAstu incek konon-peramah tu
boleh plak sambung....

"dik habaq kat kak ni, la ni orang pakai apa?"

"La ni orang tak beli sapu tangan dah, 
orang beli tisu."

Pastu terus belah.
Bagus la ajaq anak macam tu.
Dah jadik bapak budak pon
nak jadi perangai budak-budak jugak.

Aishhhhhh.....geram betoi!
Bukan kita nak bayaq tu
tadah tangan mintak duit dia pon.
Nak beli sapu tangan pon jadi isu.
Benda tu terjual, terletak kat situ pon
sebab untuk orang yang nak beli la.
Yang nak beli tisu pi cari kat bahagian tisu la.
Sibukkkkk je.
Orang lain ada tegur tapi tak semua
mampu memberi perasaan annoying macam
yang berkenaan tu.
Hebat.

p/s~ Nasib baek tak ulang terserempak, kalau tak, tak tau la nak buat ekspresi macam mana. Tak best jumpa orang macam tu. Kacau orang je.


Sunday, September 9, 2012

Post jugak

Actually tak tau nak post apa.
Belum ada idea nak merapu.
Tapi nak post jugak.
Sebab.....
kita tau nanti ada
orang akan baca (:

p/s~ Terima kasih sayang < 3

Saturday, September 8, 2012

'Andai Ku Bercinta Lagi'


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


*#*#*#*#*#*#*#
Dah lama orang laen dengar

lagu nie sejak2 tengok cerita
Ameera kat tv3 dulu tu.
Aku tak follow sangat cerita tu sebab
dok hostel tv not provided wukeyh.
Tapi macam tau2 jugak la jalan cerita dia.
Masa tu tak tertarik sangat
dengan lagu nie.
Just dengar2 camtu je...
Tak amek port sangat pon.
Baru 2-3 hari nie je aku faham lirik lagu nie....
Only one word to describe this song.....

Touche'

Ada lagi tak stock2 setia sampai macam tu
wujud kat Bumi nie???

p/s~ Selalu sangat suka lagu yang best bila orang laen dah muak dengar. outdated! hehehe

Friday, September 7, 2012

Betol2 equilibrium

Macam lucu pon ada jugak.
Senangla nak cakap kat orang,
pasal salah orang.
Salah kita takkan sedar selagi tak terima teguran.
Macam mana kita pasti orang tu
buat something, bukan berpunca dari kita?
We definitely cant point him/her fault
cause there might be sometime that we
 are the one who cause the uneasy situation.
Macam mana pulak kalau
perkara yang "konon"
kita cakap kat orang tu actually jadi kat kita?
Tak ke equilibrium namanya?

Macam nak kena bagi contoh je nie...
hurmmmm...
Konon-konon kita nak cakap kat kawan kita
dia busuk.
Kita cakap kat dia
"Hang ni busuk la weyh!"
Simple as that.
Sedangkan pada masa yang sama kita 
tak sedar pulak yang hari2 kta dengan dia
dia tahan dalam hati je bau busuk kita tu.
Tak cakap pon.
Tak sampai hati.
Nak jaga hati member punya pasal.
Kita pulak ingat kita dah baek hati sangat dengan
hadiahkan dia dengan "wish" macam tu.

Boleh terima tak contoh 
macam tu?

Kali ni sangat tak tau macam mana
nak cerita bagi senang faham.
Selama nie pendam je sebab nak jaga
hati orang.
Bagi peluang, and try to tolerate.
Kalau ikutkan ni bukannya
maximum limit,
sebab dah banyak kali pon rasanya
reaching that limit.
Sekarang dah masuk stage kebas.
Malasla nak kesah.
Penat jugak sebenarnya buat hati kering nie.

p/s~ follow the flow.

Thursday, September 6, 2012

Pesanan hari ini: Tinggalkan lelaki yang mengajak anda berzina. Because if a man TRULY LOVES you, he wouldn't lay a single finger on you. FULLSTOP. He respects you so much he will protect you from harm.

~Wardina Saffiyah

Test.Test.Test

Test tiga hari berturut-turut.
Dari malam Semalam, hari ni dan esok petang.
Alhamdulillah, two down,
one more to kill.
Syukur test math on 21st Sept.
Banyak nak kena revise.
Tu la, time belajaq main-main.
Kalau dah beranak-beranak pandai, takpe jugak.
Bila la nak insaf entah.

p/s~ sedang buat lab report tetiba incek Sleepy datang berziarah -_-"

Wednesday, September 5, 2012

Harapan

Setiap orang ada masa-masa jadi annoyed.
Annoyed pada orang lain.
Mengannoyed kan orang lain.
Selalu aku kalau aku annoyed
pada orang lain akan cuba bersabar or try ignore
seboleh mungkin supaya tak terkeluar kat mulut
nak merungut-rungut or mengungkit.
Dengan harapan semoga bila time aku pulak
yang meng"annoyed"kan
orang lain, harap-harap
mereka pon bersabar dengan
ke'annoying'an aku (:

Kalau kita cakap, kot mana pon mesti
la kena smash balik punya.
Kot mana pon, susah la nak
dapat trophy kemenangan dalam hal2 macam ni.
Bukan la kisah nak menang ke apa pon actually.
But at a point, kengkadang even a short explanation
takkan mampu nak jejak cuping telinga Si Anon pon.

Malaih dah nak cakap.
Buat tak tau sudah....
Lama-lama sikit ok la tu cik Ckah ye.
Tolong tingkatkan kemampuan anda
untuk "buat Tak tau" tu (:

p/s~ Letih.

Pandai merajuk

Selama ni selalu sangat cakap
Incek Lappy ni pandai mengada2.
Selalu kalau ada benda kita excited nak tunjuk
kat orang lain mula
la dia slow mengkurakan diri.

Macam yang jadi semalam paling
mengada-ngada.
Merajuk teruk sebab kena kutuk berdepan.
Siap kena bawak pi kedai
sebab tak boleh on.
Dah try berkali-kali tapi dia senyap je.
Lampu je berkelip-kelip lemah.
Dah susah-susah kita bawak pi kedai
dia sihat walafiat pulak.
Abnag kedai tu bukak elok je.

Hadoiii geram betol.
Suka buat tuan dia segannnn sendiri cenggitu.
Berkali-kali abang kedai tu on, off restart segala bagai..
TETAP OK JUGAK!!!
Dah tu yang semalam tu ape?
Tunjuk perasaan?
Mogok?

Tak paham betol.
Yang kita ni dah gelabah sebab report semua pon
dalam ducument xde copy lain.
BAlik rumah bukak semula,
dahhhhh...crame balik.
Kalau ada telinga memang kena piat-piat dah ni.
Kompem!

Alhamdulillah after running several check up
baru la boleh start macam biasa.
Bahaya dah Incek lappy nie.
Tak tau lepas ni dia nak buat perangai apa lagi.

p/s~ sebab incek lappy jugak kite dapat tau Mocha blended Co0lblog tak sedap.

thank you

Dear sweetheart,

 thank you for bringing back my faded smile. Thank you for resisting my hard-stone head, and also for your patient to bear with my unpedictable emotion changes (:

ILY MFI <3 p="p">


Cerewet? Demand?

Tak tau nak cerita macam mana.
Rasa nak jalan2 ambek angin.
Sape nak teman kite jalan2?????
Jommmlaaaa.........

Tuesday, September 4, 2012

Alamak!!!

Laptop gua rosak!
Tak meletup je lagi.
Hadoyai....time-time critical cenggini la
yang nak buat touching.

Benda-benda ni pown 
boleh nak touching ek?
Baru kena kutuk-kutuk beradap 4-5 kali
terus merajuk!
Hailaaaa....
Ni semua Incek Muad punya pasal.
HAri Ahad kitorang buat group assignment.
Sekali pakai laptop veteran aku neyh.
PAstu siap kutuk2 slow la...
lambat la.....

Sebelum ni ok je.
Sekali malam tu terus dia buat perangai.
Terus je dia sentap-sentap.
Berkali-kali blackout...
Ingatkan mintak rehat.
Malam ni bukak langsung dah xnak menyala.
Lampu terkelip-kelip je.

MAsalah....masalah...
Lab report ada dalam tu kottttttt!!! 
Benda dah siap kot.
Tunggu nak print out je.
Dah la takde save back up kat tempat lain.
Minggu ni tak balik plak tu.

Called Paknjang terus.
Tapi dia suggest bawak kedai je dulu.
Amek benda penting dalam hardisc.
Kalau murah kasi tinggal buat kat situ.
KAlau mahal nanti bawak balik Paknjang buatkan.
Dilema kot.
Sayang nak nak tinggal kat orang tak kenal.

Even laptop lama....
banyak merajuk-merajuk...
Tapi high sentimental value tau.
Laptop pertama,
susah senang bersama. (ayat xleh belah)
Selama ni pon tak pernah tinggal laptop kat 
orang lain selain Paknjang.
Rasa macam nak tinggal baby kat babysitter pulak...
Tak berapa nak rasa tenteram.

p/s~ Sempat dengar suara JiA bising2 kacau kakak abang dia nak menulis (': *rinduuuuu

Monday, September 3, 2012

Kepelikansss

Lamanya dah tak berbelog.
Kalau ada pon...
jarang-jarang.....
pendek-pendek....
Maybe sebab dah ada tempat bercerita...
maybe.
Tapi kadang2, bila tempat bercerita tak ada
untuk mendengar,
terus je kemam sorang.
Terbantut.
Tak jadi cerita teros.
T__T

(huhu....sentap la weyh)

Lately banyak rasa pelik.
Macam-macam...
well blended.
Please la jangan tanya, suruh specifickan apa.
Gua tak tau!
Dah la kadang2 dalam seminit rasa macam
nak "hujan" sangat2.
Then the next minit dah boleh control.
Lima minit pastu cuaca kembali stabil (:
Benda sikit2 pon jadi rasa lebih.
Hadoiiii.... gawat seyh!!!
Cik Raihan already jadi manja overdose dah ni.
Thats why jangan mula pampered gua.
Ni la jadinya.

Sekarang kena balik rujuk dengan incek belog.


p/s~ banyak kompelin pulak. Tu baru suku, ada lagi.... sekian dulu untuk malam ni. Terima kaseh.