Tuesday, December 2, 2014

Takziah buat Ain

Same day dengan wedding Ruwaida
baru aku dapat tau Abang Ain meninggal.
Allahuakbar.
Ihah yang bagitau.
Masa tu 29 Nov.
Aku tak percaya pon.
Mungkin Ihah silap orang.
Ain takdak habaq apapapon.
Bukannya lama tak contact.
Dok wsapp sedia.
Ihah ada mention dia tau pon daripada Ieda.
Ieda jiran dengan Ain,
risau pulak takkan Ieda boleh silap.

Hari kenduri tu hold dulu.
Tapi kepala dok fikir ja.
Tak sabaq nak tanya.
Kesian ain sedih sorang.
Esok pagi2...tak pagi sgt la...dekat tengah hari jugak
terus wsapp Ain.
Baru type "Ainnnnnnnnnnnnnn"
terus dapat reply
"Abg ain meninggal mggu lps.
18 ari bulan.
eksiden."

Allahuakbar...
terus rasa sebu ja dada.
Ain kawan baik,
kawan rapat....dari masa masok form 4
sampai sekarang.
Kami bergaduh, lagi kerap daripada kawan2 lain.
Tapi tak pernah putus kawan.
Bukan la gaduh sangat,
hormon masing2 kot..
sorang PMS..pakat2 senyap pastu tak tegoq 3 4 hari.
Padahal takdak isu pon.
Gila.

So bila kawan baik kita sedih
automatic rasa macam sedara 
sendiri yang meninggal.
Dah la arwah meninngal sama macam
abang alyaa dulu.
Meninggal kat situ jugak...
bawak motor langgaq lori berhenti, 
lori rosak tepi jalan...gelap.

Gambaq lama gila, time form 5. Pagi buta after assembly cocu.
Sorry takdak dekat nak teman ain,
nak comfort kan ain...
nak share kesedihan ain...
Sorry....

Dengan Ain Pinky, Gala Dinner Supermassive

Reunite after a long long pause

This is the first time we met after few years
sibuk dengan hal academic masing2.

I remember the moments we used to share back days (':
I want to write something about us,
there were so many things to remember
actually...but I just realize
I can spill every single thing of them.
Therefore, lets just keep them deep in my heart (:

Long lost friend... time and silence used to keep us apart.

Tahniah Ruwaida


Friendship of  10 years and counting.
Sorang lagi member Supermassive XII
merangkap Angsanarian juga
dah menjadi "Puan"
Tahniah Puan Ruwaida Anis & Encik Cio.
Barakallah untuk kalian berdua.
Semoga kekal bahagia bersama hingga ke syurga.

Tumpang seri pengantin

Pengantin childish marah i amek handbouquet dia
Dari dulu perangai sama sebijik.
Tak berubah langsung.
Rebina macam dulu2 jugak.
Ingatkan dah jadi Puan...nak jadi doktor plak tu
kot makin matang banyak
rupa2nya tak berkesan jugak (:

Time2 macam ni la mampu nak mini reunion pon.

Tumpang glamor pengantin sikit.

(': Captionless 

Thursday, November 27, 2014

Good news (:

Alhamdulillah...hari ni dapat berita gembira.
Najmi dapat 5A UPSR.
Syukur.
Tumpang happy untuk paknjang n maknjang sekeluarga.
Dulu Jaja..pastu najmi.
Nak tggu jieha lambat la lagi.
Tahun depan baru masok 6 tahun.
Tapi sekarang pon dah pandai banyak.
Kepala otak macam orang tua.
Pemikiran dah kompleks.

ok. thats all for today.
Off to bed.
Gudnite peeps.

Good news (:

Alhamdulillah...hari ni dapat berita gembira.
Najmi dapat 5A UPSR.
Syukur.
Tumpang happy untuk paknjang n maknjang sekeluarga.
Dulu Jaja..pastu najmi.
Nak tggu jieha lambat la lagi.
Tahun depan baru masok 6 tahun.
Tapi sekarang pon dah pandai banyak.
Kepala otak macam orang tua.
Pemikiran dah kompleks.

ok. thats all for today.
Off to bed.
Gudnite peeps.

Thursday, November 20, 2014

bahagiaku bukan di sini lagi...

Selamat pagi khamis..
HAri ni kelas pagi cancel.
So, boleh curik masa sikit berbelog.
Kat mane lagi nak luahkan perasaan
kalau bukan kat sini?
Twitter bukan pilihan utama,
xpuas tulis pon.
Facebook juga bukan pilihan hati,
too public.
So, here I am...in my own space,
my own world.

Berbalik kepada tajuk entry..
Aku memang dah tak bahagia
lagi kat Anggerik ni.
(hostel aku)
to cut short,
bab facilities tu xpe lagi..
masih boleh bersabar..bersyukur...terima seadanya.

Tapi ni bab yang paaaaaaaalingggg
tak boleh nak tolerate.
But actually, dah cuba tolerate lama jugak dah.
Since early semester lagi.
Busuk.
Busuk bukan sikit wehh..
busuk taik kucing.
Tak tau kenapa sem ni terok sangat.
Sliper Budak bilik aku dah jadi jamban dia 2 kali.
Dua kali org yang sama, sliper lain2.
Sakit hati tak?
(sakit sikitla..sebab bersyukur bukan atas sliper aku
even park sebelah2..Alhamdulillah)

Budak bilik depan pon sama...
2 kali sliper dia jadi jamban kucing tu.
Disebabkan kucing2 banyak berkeliaran..
tak dapat dikenalpasti suspek yang mana satu.
Setakat ni semua menjadi suspek utama.
Tapi masing2 pandai je cover buat muka tak bersalah
bila selisih kat koridor.
Xde riak bersalah langsung.
How dare you kucing meow meow.
Berlagak sungguh!!!

Lepas bosan atas kasut..
dia alih berak tepi dinding pulakkkk.
Sumpah busuk..
Macam2 jenis ada..yang cair..yang melepet..
yang berketol...semua ada, macam2 kaler.
Lepas buang, muncul lagi.
Baru cuci belom kering lagi tepi dinding..
dia berak pulak tengah2 hallway tu!!!!
Ya Allah... menguji sungguh rasa hati.

Start semalam, ada yang dah tukaq jamban lagi.
Guess where?
Cuba teka please.....


























DALAM SINKI BILIK MANDI!!!!
Tempat dah sedia tak berapa wangi,
tapi tak busuk ok la.
Ni dia pi bagi percuma bau sendiri pilih tak mesyorat dulu.
Perghhhhhhhh.... sanggup tak mandi tak berak daripada
dok hidu bau taik dia.
Busuk Ya Rabbi!!!
Temoat tertutup plat bilik mandi tu,
memang perfume free tu tak circulate ke mana la...

Ok habes dah.
I need to end here.
Kalau tak lagi banyak benda aku menrungut.
K bye.

p/s~ kesian makcik cleaner, sampah kena buang..taik kucing pon kena urus. Maaf makcik )':


Wednesday, November 19, 2014

Tahniah Jieha Sayang

Terbaik Matematik  5 thn (100%)
Tahniah Najiha sayang
Kakak bangga sangat dengan adik..
I miss her so much.
Lucu bila tau jieha jeles,
 balik cerita kawan dia umur 6 tahun..tapi tangan 
tak muat nak pegang semua trofi.
takpala...tahun depan adik bolot semua (:


Muka bengang

Same day, event 100 tahun SK Wan Abdul Samad
which is sekolah maknjang mengajaq sekarang.
Sekolah legend kat Pokok Sena...
Sekolah pak yot, sekolah mak,
sekolah paknjang dan makndak.
daripada zaman tanah merah zaman dulu2
sampai la ni masih berjasa pada keluarga kami.
Jaja and najmi pon graduat from this school..
and in shaa Allah Jieha juga 2 thn akan datang akan
masok sekolah ni.

Muka jieha tak puas hati sungguh.
Budak tak reti dok diam..
Sambutan seratus tahun ada macam2 interesting events.
Jieha gigih nak main belon, nak main ayaq,
 nak masok rumah hantu bagai..
Semua pon nak..
.Penat jaja sorang nak melayan
adik hyper dia.


Bila neuron2 bercantum....

Kadang2 fikiran jieha ni terlalu jauh...
yang jauhhh untuk budak seumur dia....
baru 5 tahun.

Baru2 ni isu dia baru tau..
baru sedaq yang pungkoq dia ada tulang.
Ya, isu besaq untuk jieha sebab dia baru tau 
PUNGKOQ DA ADA TULANGGG.

Tu pon sebab pungkoq takdak isi.
Kurus sangat.
Satu hari masa tengah duduk dia perasan 
ada benda keras...
Tekan2 rupanya ada tulang.
Terus excited lukis tulang pungkoq dia.
Selama ni dok tengok kartun Larva banyak sgt
(kartun ulat cacing jieha panggil)
Cacing ye la takdak tulang.

Her drawing... cross section and detail
siap cepat2  buat drawing macam mana
tulang pungkoq dia kat dalam isi.
Buat cross section tu yang paling tak menahan.
Tipikal tulang je..
tulang yg banyak dalam kartun..
tulang yang anjing dok gonggong dalam tv.
Tu la bayangan dia..susunan tulang inkot curve bontot.
Tak boleh tahannnn....
 i keep looking at her drawing and
smile crazily by myself.
Ya Allah.. I miss her so much
that I wanna go grab her right now (':


Saturday, October 25, 2014

3rd week

The 3rd week for this semester had come to the end.
Next week dah boleh balik 
beraya haji, so it make our midsem break
only 1 week rather than 2 weeks for last semester.
oooooooohhhh tak sabarnya nak balik.
Especially dah tau kat rumah semua orang dah ada
except for me still here counting days
to reunite with others.

Tapi biasala sekarang tak macam dulu...
Since having LDR
(Long Distance Relationship)
like Farah always referred to,
masing2 like the magnet with the same pole.
Menjauh.
Dia balik, kita pon balik....
So, a bit hard to meet.
Tapi boleh je adjust to meet up for a while.
I always talk to myself that
2 years wont be a very long time.
Why 2 years?
Is there anything special about 2 years?
I really hope there is (:


Studio 03- !st Project


Late post.
A very late post actually.
This project had been done past few weeks already.
Dah basi pon citer dia.
But then, better late than never rite (:

So, here they are few captures from our group project
for the first project of this 3rd semester.
We had been asked to made a costume based
on our chosen ethnic.
Our group had chosen Minangkabau and to be more specific
the bride's traditional costume as our precedent case study.


Minangkabau celop (:
All of the costume must be made fully by cardboard only.
It is tough though to made it wearable by our model.
The requirement is that
it must be made using proper model anthropometry,
can perfom the activity or occasion of
when or why the costume is made.
so, if the Minangkabau is dancing in the wedding day
therefore our model also need to perform the dance
without any defect on the costume.
To made the costume durable is hard since cardboard
is not a proper material to be used and
almost impossible to move freely within the costume.

The final costume on our submission day.


However, alhamdulillah...we made it!!
Thank you to all group members for the best cooperation given (:

Sunday, September 28, 2014

10.09.2011 and counting

It has been 3 years since
I have you in my life...
My long lost piece of puzzle.
Semoga di panjangkan jodoh kita,
untuk menjadi kekasih halal kelak.

Thank you for everything my dear.
You have been here through my thick and thin,
during my world turning upside down
where my Puan Emak jauh your have been
such a great listener that always
find your own special ways to comfort me.
I just love the way you handle me.
Ich liebe dich (':

p/s~ Happy third anniversarry 

Monday, September 8, 2014

New semester- New chapter

Good morning.
Another blissful day granted by Him.
First day of 3rd semester here in Perak.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam,
dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Amin (:

Sunday, June 22, 2014

Sobss...sobsss


Tangan melecup.
Sendiri siram dengan air panas menggelegak.
TErsiram to be exact.
Masak air panas dalam heater besar periuk.
Sekali tuang salah angle daaaa

Monday, June 16, 2014

Disaat ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kita ingin mendapatkannya..
Disaat mula hilang cintanya,
Ingat ketika pertama kali
kita jatuh cinta padanya...
Disaat kita ingin menduakannya,
ingatlah  saat dia selalu setia dengan kita.
Disaat kita ingin membohonginya,
ingatlah saat dia jujur pada kita....

Jangan sampai kita kehilangan
permata di dalam genggaman..

Sunday, June 15, 2014

Pagi Ahad

Nak buat title entry pon dah
xreti dah.
Makin kontang.
TEringin nak menulis panjang-panjang.
In shaa Allah maybe later.

Hari ni sebelum pukul 8 dah gerak
pergi hospital.
Bukan ada apa pon.
Just teman member hantar sampel for her 
medical check up.
Sekejap sangat.
First time berpeluang ke area2 situ.
Hospital Changkat Melintang, Perak...
Ke dah pernah lalu time
OPKIM dulu tapi x perasan.
I tried to figure out dewan mana 
yang kitorang rewang dengan penduduk kampung dulu,
tempat mana satu tapak pasar malam Bota
yang di tunjukkan tu..
kat mana rumah mak angkat aku time tu...
TApi I'm lost.
Ye la, aku bab-bab Geografi ni memang
kurang banyak....

Ok...gotta go.
Nak gerak ke studioooooo!!!
Babai

Saturday, June 14, 2014

I miss her

Since yesterday..
I miss my Puan Emak so much.
Hari-hari pon ingat,
tapi semalam dan hari ni
ingat tu lebih.
Mungkin beliau pon merasai
perasaan yang sama.
Tak sabar nak balik minggu depan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan2
aku dan rakan2 se-studio minggu depan.
Last week of lecture,
2 submittion plus 1 test.
Test dengan 2nd submittion overlap time.
Bagusss sangat kan.
Nice.
Tapi aku yakin,
Allah akan permudahkan jalan untuk kami semua.
In shaa Allah.

TAC 401 ( Video Arab)

Acah2 sibuk prepare

alhamdulillah siap sudah shoot 5 scene direct
untuk final assignment TAC401 kami.
Dengan kekuatan sebanyak 6 anggota,
segala dugaan dan rintangan dapat kami hadapi bersama-sama
dengan penuh redha, tabah dan bersyukur.

Ini kes Ayu yang hantu berinstagram.

Asal masok studio, nak insta...
Asal dalam studio nak selfie.
Kami la yang mana ada ni kena melayan makcik sorang ni.
Selagi x masok framejangan harap
dia boleh dok diam.


Sumbat semua pon nak masok sekali.
Ayu punya pasal...
Balik shoot terus terbongkang.
Penat weh berlakon...
dengan skrip yang tergagap2,
berapa kali daa asyik retake je.
Cuaca panas la yang paling menguji pon.
Ada port2 yang kena shoot kat tempat 
tertutup tapi xde kipas....sabar.
Nasib baik semua ok2 je.
Take banyak kali boleh gelak2 geram (:

Till then, next phase is editing.
Maassalamah 

Wednesday, June 11, 2014

Finale AAR 405

Ni salah satu subject part 1
yang kami, budak2 penerapan kena amek.
AAR 405
Design Drawing and Communication.
So jadinya sem ni amek dua subject
yang super hardcore.
I mean dua subject design.
Yang ni sahaja dah 4 credit hour.
Yang part tu pulak 5 credit hour.

Dannnnnn, yang palingggggg seronok.
submittion for both final project 
are on the same dayyyy!!!
Yeayyyy...hooorrayyyy!!!
Sama jugak dengan tarikh Archidinner yang mana
memang bebudak part 2 are the host.


Arep & Ayu

Kami 4 orang dalam satu group.
Aku, Kimi, Arep and Ayu as project manager.
Kami bertiga ni bangla2 je.
Actually bila dah buat project ni sesama,
ayu jadi ketua segala bangla...
Project scale kecik je..
tapi biasala...kena teliti lebih.
"Workmanship kena jagaaaa" kata Dr. Suzana


5-6 hari bertungkus lumus buat segala benda alah ni.
Selamat petang tadi dah hantar.
Part landscape memang kitorang kurang banyak la.
Sebab awalnya di brief yang pentingnya
the exterior of the house.
Disebabkan ni bukan satu2nya
subject yang berat, so, kita dulukan yang mana yang paling penting.
Kalau nak kejar due date pon memang agak x sempat.
Muat2 masa je untuk submit petang atdi pon.
Dan kami satu2nya group yang submit petang tadi,
yang on time to be exact.

Plan view

Syukur sangat groupmates aku
committed belaka.
Semua pakat bagi kerjasama dan xde yang mengelat.
Alhamdulillah.
Arep siap da tentukan, master bedroom Ayu punya...
hahaha paling xleh belah plan rumah ni hancus sikit.
Ada balcony tepi master bathroom.
Apekahhhh???
Lepas berak/ mandi boleh keluar amek angin ke ape?
Aku dapat bilik pink, bilik tengah..
sebab toilet kat dlam katanya (-_-" pinkk???)

So Kimi and ayep punya bilik hujung.
Apape pon bolehhhhhhh
kalau diikotkan rumah ni semuanya ada
toilet kat dlam bilik...saja nak kasi aku kaler pink.
Huh...alasan.

Front elevation


Rear elevation

Perspective 

Group lain tak payah cerita la...
lagi gempak.
Siap pokok krismas pon tanam tepi bilik tingkat atas.
Tapi bezanya, diorang belom siap untuk di submit.
JAdi, considerla kami baru tanam pokok,
yang belom bertunas pon lagi.
-_-"

p/s~ Drawings puler lepas ni........ keep...keep going ckah. Chaiyok!!!

Counting....and keep standing

Hari ni sedar tak sedar nak habis dah 
nak habes minggu dah.
(even hari ni baru hari Rabu)
Banyakkkk sangat benda nak kena settle.
Next week will be
the last final Zombie battle.
Final attack.
*sila imagine bunyi zombie attack
dlm zombie vs plant dlm kepala masing2 (:
Annoying kan....
Haaaa....rasa nak lari sangat2 tapi terkepung.
The same feeling goes to me now.

I just want the warm hug from puan emak.
The only hug that give me ultimate calm.
I miss home...
Cause i miss to be with her.
Tak sabar nak balik...
Dan berfikir dengan tenang.
I need to conclude something.
Decision of life...
Semoga Allah beri petunjuk.

Thursday, June 5, 2014

Excited :D

Tiba-tiba pagi ni rasa semangat.
Excited banyak...
I just cant wait to meet you this weekend.
Tak tau la sapa yang rindu sapa banyak sebenarnya.
Kalau boleh hari ni 
pon nak jumpa dahhhh....
Tapi esok ada submittion...esok jugakla ada presentation.
Dan esok kelas penuhhhh
*pity me  -_-"

Tuesday, June 3, 2014

Minggu yang menguji

Bukan minggu...tapi double.
Minggu-minggu yang menguji sebenarnya.
Hal assignment dengan project letak tepi la..
Semua orang pon ada stress study masing-masing.
Ni melibatkan human attitude...
ni yang membuatkan aku annoyed overload.
Suka sangat nak menyulitkan hal.
Suka cari susah tambah beban.
Sumpah nak jerit je kat muka sekoq2
ajaq bagi jangan demand and buat kepala pandai.

Aku sedar diri sangat stress bila
nak makan pon tak sleresa...
nak senyum pon dah lupa macam mana...
asyik nak hibernate even xmengantuk..
and the peak is bila bangun
pagi je mesti muntah...
Muntah sebab stress...
asal sedaq dari tidur automatic teringat balik tanggungjawab 
yang tertunggak tu semua.

Hanya mampu berdoa semoga aku tabah.
Setakat ni aku almost kebas of everything.
Sampai tahap yang macam dah malas 
nak fikir serius sangat.
Just let it be.
Lantakla......

*but that not the natural me...
My mind just cant stop thinking until everything had settled.

Monday, June 2, 2014

Puasa & test

Amek feeling2 merasa Ramadhan kat sini.
I feel the heat here.
Dah start craving for macam2.
Tapi lagi banyak rasa nak spend time
dengan mak kat dapur preparing for iftar.
InsyaAllah....semoga di permudahkan niat
nak balik sambut 1 Ramadhan di rumah.

Hari test Arab...writing. 
Pukul 4...and aku masih lagi x betol2 ready
dan masih menyelak2 buku
sambil fikiran dah menerawang fikirkan
saat2 berbuka.
Tak sahur punya pasal.
Semalam tak makan nasi pulak tu.
The only meal is bihun sup kosong
share berdua (:
Semoga di beri kekuatan.
Alhamdulillah setakat ni masih bertenagaaaaa!!!

Friday, May 23, 2014

Submission

Doakan semoga hari ni semuanya ok.
HAti rasa berat sangat.
PAgi submission of  "Mood and Space"
padahal masing2 semua orang dah xde mood
dah nak ke kelas.
Ada yang dah sampai rumah pon sebab lari
balik semalam.
Tiket habes punya pasal..xnak balik lambat,
amek tiket awal terus.
Sabo je la...
Kalau ikot hati aku pon nak jugak lari.
Tapi nanti makan diri jugak.
LAst2 lagi stress daripada sekarang.
Mental jugak la aku...
Jenuh nanti kacau semua orang...
Kacau dia, kacau farah, kacau mak.
After Gawai break, tinggal another 3 weeks of lecture.
Tapi itu x cukup bagos...
sebab dengar cerita review after exam.
Exam start 25 Jun.
Aku ada satuuuuuuuuuuuuu paper je kot.
Harap2 berita tu salah.
Lagi awal kan lagi bagos.
Bulan puasa kot time tu.
NAk balik spent time ngan mak kat rumahhhhhh.

p/s~ cant wait to meet u this evening. Balik elok2 sayang. Love u.

Jumaat Sudahhh

Alhamdulillah...dah masuk hari Jumaat.
Tapi still ada more than 24 hours to spent here.
Esok balik tengah hari...
InsyaAllah.
Sangat tak sabar rasanya.
Pagi2 subuh mak dah Wsapp tanya balik
hari ni ke esok.
Okay...bukan kite sorang excited nak jumpa (:
Esok dah boleh jumpa mak..
Tunggu kakak balik okay!

Thursday, May 22, 2014

Its Thursdayyyyyyyyyyyyyyy

Tak sabar nak balik rumahhhhh.
Dua hari rasa tersangat lah lambat.
Nak balik rumah,
but I miss him a lot...
Masa sangat mencemburui kami..
(ayat Melayuan sikit)
Awak ikot kite balik Kedah laaaaaaa....

Wednesday, May 21, 2014

Batu vs Batu jugak

There are times where come
the up and down of us.
Masing-masing punya ego melangit.
Dua-dua pon kepala batu.
Bila dah berlaga memang berapi la.
(gaya macam teruk sangat, padahal takdak apa pon)

Kite touching...dia pon sama.
Tu la jadinya bila kita yang dulunya
kayu di-tisu-kan.
Perempuan itu mohon dipujuk.
Bukan dituduh berdrama swasta.
Skill memujuk dah berkurangan mungkin.
Atau pon dah malas nak layan dah...
Hakikatnya mungkin begitu...
Mungkin...
Siapa tahu.

Tapi di pihak sana pon mungkin bertanya,
"Hati sendiri siapa yang peduli?"
Betul  jugak....
Itu pon dibawah kesedaran aku.
Tapi sekadar sedar memang tak mencukupi.





Mengantokkkkk

Dah habes kelas, now mengantok pulak.
Dsh beli nasi, tai lapar yang memonster
pagi tadi tu sembunyi kat mane ntah.
Kenyang pulak....
Save for later la...
Syukur dah asing lauk siap2.
Nap kejap... nighto (:

p/s~ Studio at 2, balik ni mesti drained gila punyaaaaa

Laparrrr

Lapar pulakkkkk pagi2 ni.
Berlagak sangat xnak restock biskut.
Bajet dah xperlu sebab nak balik sangat dah.
Jarang2 lapar pon minggu ni.
Semalam last makan pkol 12 tengah hari ponnn...
Malam minum Milo..
so now dah jadi lapar monster pulakk.
-----> sape suruh degil sangat!!!

Rabuuuuuu

Morning and salam hari Rabu.
Wake up with a positive mind
and praying to have the same
good night too.

(:

p/s~ I cant wait to go home.... Homesickness overload

Because I love you...

" ...if you really love her, you won't touch her.
 Not even a slightest bit.
 You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
 Just hold her in your heart for a few more years
 then you can do it the halal way...."

Tuesday, May 20, 2014

Maybe later

Having a glance blogwalking
one of my favo..blog kak arina ni.
I read her latest post ni.
Okay.... I like her facts...
her experience to be exact.
So, noted on her advices...
Before ni pon ada dengar dari puan emak,
and from other sources.
That is MARRIAGE is all about (:

p/s~ Sorang lagi kawan sekolah menengah aku dah kawen dahhhhhh. Tahniah Nuraina Muhd Rizal (:
Semoga berkekalan sampai ke syurga (':

Not-so-good-day

Actually hari ni full dengan kelas design je.
From 9am-5pm.
Ada la gap lunch in between.
But still, this class never dissapoint me
in making me feel so baddddddd.
Penat.
Tapi terngiang-ngiang pulak kat telinga
yang ungkapan 
"kalau kamu penat menanggung lelahnya belajar dot dot
nanti ape kebodohan"
haaaa...something yang tu la.
Tak ingat pulak sekarang
and malas nak bukak tab baru google yang betol punya.
Maaffffff....

Bila ada yang bertanya how was my day,
 need to say "OK".
I have to.
But I just able to say that.
Tanak menyemakkan orang lain.
Orang tu pon ada test penting jugak.
Ada hal sendiri nak fikir,
penat sendiri yang perlu ditanggung.

But Alhamdulillah after maghrib tadi 
dah start to feel better.
Maybe sebab dah bertenang sikit kot.
Now I feel much much better.
Syukur Ya Allah...
I got what You promised (:
I hopefully I will always remember and
istiqamah doing my stress-therapy that way.


Test dan test juga

Selamat sudah test listening Arab tadi.
Minggu lepas Speaking (lahhh sangattttt)
Yang speaking tu baca given text je pon.
Just nak tengok lancar ke tidak je.
YAng ni baru mencabar ke-siswi-an aku.
Tapi apapela...malas nak fikir dah.
Tawakkal...
HAti dah sampai kat rumah 3-4 hari lepas lagi.

Sayang aku pon tengah ber-test.
Nak habes dah tu.
Hopefully kali ni tak membuatkan beliau bertambah frust.
Sabar ye sayang.
I knew you can do it bebeh!!!
Fighting.

Bukan apa, sebenarnya aku jadi risau bila beliau
susah hati...
Sebab aku sangatlah tak pandai nak memujuk
meng-comfort so that he feel better.
And I feel bad about that.
Sorry sayang, you knew how bad I am when it comes
to part pujuk memujuk hati lara ni.

Apape pon semoga kita berjaya untuk
semester degree kita yang pertama 
ini with flying colours (:
InsyaAllah...aminnnn

Monday, May 19, 2014

Heartbeats

Laju semacam je jantung aku hari ni.
Bukan la rasa tak sedap hati pon.
Just heartbeat berganda...
Laju yang....laju.
Laju dari biasa.
Hurm...hati excited nak balik kot.
JAntung pon jadi laju.

p/s~ It makes me think that we never know when our heart will stop beating..... Allahuakbar. Banyak lagi daki2 dosa belom aku cuci...

Dyana Sofya & Abang Library

After kelas straight to library.
Need to find extra references.
Lepas dah dapat buku semua,
sampai kaunter beratur kejap.
Bukanla ramai pon. 
2 orang je depan aku.
Dengar dah abg tu borak...
TApi x clear sangat.
First time aku tgk abg ni.
Before selalunya ada abg berlagak-ketiak-bisul
yang jaga kaunter.
ada dua, tapi selalunya sorang je yang akan duty.

Pasal abg berlagak-ketiak-bisul tu kita hold dulu.
Ok, bila sampai turn aku je,
abg tu tunjuk front page SINAR HARIAN.
"Kenal x sape tu?"

Aku macam.....
"Budak UiTM Perak ke adik dia?" -monolog dalaman.

"Calon DAP Teluk Intan."
Aku sekadar baca apa yang ditulis kat paper tu.

"Kalau saya, saya akan undi dia untuk jawatan tu.
Dia ni bagus. Kenapa?"
"Sebab dia orang muda...berani."
Bla...bla..bla...
semangat betol abg tu sokong si Dyana ni.
Siap tanya aku, aku nak undi Dyana x.
Aku just cakap...depends on her background.
Dia pon mula la Dyana ni budak LAw UiTM Shah Alam...

oooo.....ok2.
Saya tau abg semnagat.
Tapi maafkan saya.
Saya memang sangat blurr katak bab2 politik,
lagi kalau pasal negeri lain.
SAtgi kalau ada masa lapang baru nak stalk 
sikit pasal si Dyana ni.
TAdi kat FB ada nmpak org anti dia..
Tu pasal Dyana x sokong hudud...
tapi dia cakap dia x tolak hudud, cuma xkan undi untuk
melaksanakan hudud.
Ok..roughly I still know nothing about her.
So, no comment yet.

Sunday, May 18, 2014

Moh berbreakfast


Hot Milo with crackers
have been my favourite here.
Padahal kat Penang dulu berlagak 
tak hengat.
Biskut2 xlayan...kalau spare pon
jarang2 sangat nak makan.
Takkan habis punya.
Paling2 pon Weetameal Jacobs la gerak laju sikit.

Maggi pon senasib.
BEli sebab teringin, tapi
sekali makan pon xkan habes sembungkus tu.
TApi sekarang dah ada 3 jenis stock 
mee segera ni.
Hebat jugak penangan Perak (:

p/s~ Sila abaikan semak samun tak bertebas kat belakang tu.

Weekend no More

It is Sundayyyyyyy..
But it nothing like weekend here (:
No more jalan2 on weekend.
Yang ada cuma......

Jangan tanya nanti kenapa
tangan macam buruh kasar....

Buat keje pakai je ape tools yanga available.


Project punya pasal...
Boleh la asah skill jadi carpenter.
Try tengok sikit Engineer tak jadi punya skill.

Saturday, May 17, 2014

Tak Sabarnyaaaa!!!!

Tak sabar nak balik rumahhhh!!!
Tak sabar nak bercuti.
Paling x sabar ialah nak bercuti semester terus.
Selagi tak semester break selagi tu hidup
tak tenang....
Kena fikir design, kena fikir reviewnya.
Arghhhhhh.... I feel like screaming out loud.
Berat sangat rasa dada ni dengan segala benda terpendam.

I miss my Puan Emak sangat2.
I miss him too...
:'(

Selamat Pagi Sabtu

Hari ni kena berLDK pulak.
Semalam dah ceramah seround.
Kat sini style ceramah malam.
ok jugak.
So, hari ni dalam pukul 4 ptg dah dismiss.
Syukur sama2 group dengan budak2
sekepala tu.
Cuma Della je tercampak sorang2.
Senior la katakan.
Kitorang kelas bawahan je.

Meet my new girls....
From left: Ayu, Ekin, Me, Della, Naura, Nurul

Tengah tunggu turn nak test speaking Arab ni.
Ustaz ada la dalam radius 1m je dari kitorang.


Hopefully hari ni I get something
to charge my +ve energy.
InsyaAllah....

Friday, May 16, 2014

Done with the quiz!

Alhamdulillah akhirnya selamat dah buat 
quiz ELC500.
Gaya macam susah sangat
padahal 5 soalan in half an hour.
Terima kasih aaaaa...awakkk
sebab bagi tips how to
score fullmark.
Dapat dah tadi 13/13.
Alhamdulillah....
Manja sangat...
quiz mudah pon tak boleh buat tanpa awak.
Apape pon.....tq sayang.
Love u banyakkkk.

Salam Jumaat

Another 1 week more to go.
Cik Raihan sila bersabar.
Tolong bertabah hati.
Tak sabar nak balik rumah.

Nak balik.
Nak balik.
Nak balikkkkk jugak2.

Thursday, May 15, 2014

Terima Kasih II

Terima kasih ini untuk dia.
Dia yang selalu ada...
Selalu sabar dan tak pernah jemu membantu.
Dia sumber kekuatan aku.
Dia penyokong kuat aku.
Tanpa dia.... mungkin aku masih lagi menggapai diploma.

Forever in debt with you love (':


Banyak sangat kalau nak di ungkapkan semula.
Since our first year of diploma
dia dah all out membantu..menyokong.
Mengetuk aku bila malas,
mengejutkan aku kala terleka...
menarik aku kembali ketika hanyut.
Terima kasih banyak sayang.



Alhamdulillah...mampu juga bergraduasi bersama.
Yang mana suatu ketika dulu
selalu menjadi igau burukku, risau....
Macam mana kalau aku terpaksa extend?
Macam mana kalau masih ada subject tergendala?
Tapi nasihat positive dan kegigihan dia tak
pernah membiarkan aku berputus asa.
Segala penat lelah dia aku ingati..
susah payah membantu aku study...
Menyiapkan segala tutorial, assigment, dah report.
Terima kasih sekali lagi sayang.


Aku doakan semoga kami berpeluang
bergambar pada saat konvokesyen ijazah
pula nanti.
Walaupun berbeza tahun graduasi,
semoga kita masih setia bersama.....



Wednesday, May 14, 2014

Terima Kasih I

Mak dan ayah..
Orang kuat saya...

Im graduating from my diploma at the age 23y/o.
Di mana ada dalam kalangan anak2 saudara mara,
kawan2 mak ayah dah boleh merasa 
duit gaji anak2 aku masih lagi mengharap
duit mak dan ayah untuk sambung study.
Belom bekerja, baru dapat diploma...
sedangkan ada kawan2 batch aku yang tengah buat degree,
final year degree bahkan ada yang dah
grad degree pon....

Tapi mak ayah tak pernah kata apa-apa
pasal tu.
Tak pernah sepatah pon bercakap negative,
berfikir negative.
Yang aku dapat sentiasa adalah dorongan dan semangat
untuk terus gigih melangkah
walaupun ada ketika aku dah hilang kudrat
untuk terus berdiri.
Mereka sentiasa menyokong...
sentiasa mendorong....
Alhamdulillah...aku berjaya jugak
grad on time...dengan pointer yang lebih baik
dari apa yang aku berani impikan.
Alhamdulillah.

Tak termampu nak membalas jasa mak ayah,
sejak lahir hingga hari ni
seluruh isi alam pon x cukup untuk bayar jasa mak ayah.
Sangat bersyukur dapat parents yang tak pernah pressure
anak2 dalam pelajaran.
Di beri kebebasan untuk buat pilhan yang terbaik
untuk masa depan masing-masing.
Itulah mak dan ayah aku.

Dan.....sekarang aku rindu sangat suasana kat rumah.
Xmau dah sambung entry ni.
Boleh menangis jugak aku kat sini jugak
Love u both mak ayah.
Terima kasih banyak-banyak.



Semuanya demi mereka.


Sesi Before the Event


Aku xde buat pre-convo photoshoot mane2.
Ni pon sepantas kilat punya session
memandangkan my family sampai awal pagi tu.
Pukul 10.30 dah sampai kampus...so bosan xtau nak buat,
xtau nak pergi mana.
So here we are...berphoto-shooting
di padang survey belakng kolej Delima je.
Sunyi sikit dan teduh xde orang.


Puan emak rasmikan mortar board.
 Masa ni ayah tinggalkan kat  Baiduri..
Kasi beliau baca paper
memandangkan beliau tak berminat nak bergambar.


 Nak bagi semua adik2 pakai.
Sewa mahal kot...pakai kejap sangat rugiiiiiiii
Xde DSLR pon xpe....
Kasi taram je camera ape ada.



Alang (:

Adik.

Konon memula segan nak pakai.
Tapi senyum sampai x nampak mata (:


Im almost crying just by seeing their smiles (':

Kawan...lama..rapat

KAwan since SAINA
Dari zaman berhingus kami bersama.
Tapi dia senior aku in Civil.
Cont degree in infrastucture kat penang.
So dengan dia la aku menumpang 2 hari 3 malam.
Sobsss...terima kasih daun keladi kawan.

Beliau dah grad long time ago...
aku ja baru nak merasa.
Thanks for everything my dear.
Till we meet again InsyaAllah...