Saturday, April 30, 2011

Dear my kawan...=)

Me0n...
rindu kat hang tiba-tiba...
btw, dah tukaq wallpaper dekstop + wallpaper google chrome skali
suma dh change jadi Harry Potter
tapi xpandai nak
upload pic yg print scrin..=(
nanti ajaq aku weyh..
Tapi awal cuti ni xdan nak kuar ngan hang lagi...
aku outstation..
xpala..ank cuti lama..before start new sem kita jumpa =)

Pening dan kompius...

Lately rasa hidup sendiri macam dalam drama tv..
Kalau dalam cerita omputih styl0 gak..
ni macam dalam drama Melayu..haishhh
Bila drama Melayu, harap maklum la betapa x relevennya situasi
berkenaan...
Dulu saya mengutuk cerita cerita2 Melayu..
Tapi sekarang like i'm one of da character..
Hurrmmmm...----> sgt xpaham (-_-")

p/s~ Esok  final paper...nape tetiba after couple of weeks awak kol saye?? Tapi u bring neither effect no harmful upon me now..=) [saja speakang omputih sket sebab es0k paper BEL130 (^_^)]

Sunday, April 24, 2011

Gatal

Tangan kiri gatal..
nak tampaq orang or sekadar akan jadi bor0s???
Bor0s tu dah jelas lagi nyata untuk bulan nie..
yeap...Cik Ckah sgt boros ye bulan nie..
duit flow mcm air..
Bahaya bila mula berbelanja..
bila dah mula serius payah sgt nak stop..
Adesss...typical Cik Ckah..

Back to da basic...
rasa2 macam nak tampaq orang ja..
meh cni sapa rasa gatal pipi nak garu??
sila contact saye segera sementara tangan ini masih gatal
sekian ..harap maklum
meh nak tampaq2 sket..free  je ok =)

Saturday, April 23, 2011

N0 Worries

How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping Beauty is lazy and Snow White lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks...

p/s~ Then start to bear their ears with Aisya Humaira, sirah2 Rasul..para sahabat and many others that  might inspire them a lot and courage them to be a better persons...Read those stories instead of the other fairy tales as their bedtime stories...S0, no worries..=)

Thursday, April 21, 2011

Maaf serius tak sengaja

Maaf la Cik Farah n Biela..
secara tak sengaja dah merekrut korang j0in me tengok citer Korea same..
Serius x berniat pon nak buat korang addicted to that drama..
But then you all pon admit kan yang citer tu
MEMANG BEST... 
MySpace
Last2 suma pakat nganga tengok Chul S0o n Sang Shil gad0h
tapi comeyl..
Buku CTU parking sebelah lappy....kejap je (konon2)


Sikit synopsis bout the storyline..
This series is based on the 1987 American movie Overboard. Anna Jo (Han Ye Seul) is a rude, feisty, and audacious American-bred heiress who can never be satisfied. She returns to Korea only to continue being a controlling wife to her already cowardly husband, Billy Park (Kim Sung Min). When her yacht gets stuck for repairs, she hires local handyman Jang Chul Soo (Oh Ji Ho) to fix her shower, but when they have a heated spat over her dissatisfaction and non payment, she pushes him overboard and dunks his tools into the ocean right along with him. Later, after a quarrel with Billy that threatens to end their marriage, she herself gets drunkenly pitched overboard and falls victim to a bad case of amnesia....
Nak tau lebih lanjut --->sila la tgk sendiri citer nie =)


Sarkastik + Heartless ...tapi dalam hati ada taman jugak...=)


3 St0oges

Situasi  bila m0od exam tengah membara
Cik Farah yang memang sedia sengal telah 
menjadi sedikit bertamadun waras
tapi kan......


Sejuk perut mak-mak
and para bakal suami tengok nie...
0pppss.. bakal suami + suami je bukan lagi suami + suami + suami
walau pon bertiga
sebab Along = PUAN Along...underst0od?? =)
 Antara 3-3 "alimah" nie
yang tengah tu paling xley blah...


Puan Along and Cik Ziela khusyuk bace Yasin..
Persan x Cik Farah yang tengah tu pegang buku kuning..
Buku tu bukan Surah Yasin..bukan jugak kitab kuning..
Bagi sape yang kenal
tu la buku CTU101
ala-ala buku Pengajian Islam time kat kolej dulu la..
Sengal betol...
nak amek berkat tengah2 org bce Yasin la kon0n..
Farah...Farah..kartun bet0l..=)

p/s~ Semangat study tu dah nampak dah...jom kuatkan iman..halau sume syaitan2 Korea +  Zombie tu sume
        Tendang laju2...

Wednesday, April 20, 2011

Erkkk...be..t0lll!!

Rasa tetiba teringin nak cuba try test tengok
applicati0n kat fb tadi..
Dah lame xlayan app merapu kat fb..
Setelah di send..
resultnya adalah seperti dibawah

l
l
l
l
V

Tak dinafikan ada jugak yang be...t0lll =)

p/s~ Nasibla nama panjang s0 bnyak huruf yang repeated...Jadi kriteria + dan - jadi lebih kurang je =)

FiNaL

The real battle was just started..
Here c0mes the final..
Final countdown..
another 9 days to g0..
Waiting for semester break..
break from such a headache stuff..

Live well or live hell...I cho0se...=)

Monday, April 18, 2011

Lihat di sebelah ------->

Dulu dah banyak kali try nak letak music tapi x ..
xkuar bunyi...
playlist unsuccessful
Suddenly di hari yang mem0rable nie...
"Lah...senang je nak buat....(-_-")"

Ok..percubaan pertama..
xtau nak letak lagu ape...
bantai je la...
bila dah ada 
request baru..then I'll change =)

p/s~ As I said.... today is a MEMORABLE day...Lots of stories t0 share, but then...nantila citer ek..
not really in the mood to spill yet..=)

Suka JADE sebab...

Suka R0oftop Rant
sebab ada Jade...ada Trisy..=)
Suka Jade sebab...

Jade baik
responsible..
sporting...
caring..
independence...
pandai sketching =)
matured..
ambitious..
and....

 "Cuba kau cerita dengan aku apa dah jadi." Dalam lembut Jade menyuruh.Dia tahu apa yang berselirat di benak gadis itu meski lain yang ditutur di bibir.Lumrah alam.Semua orang mahu didengari.Semua orang mahu berkongsi perasaan baik gembira atau duka selagi diri masih bernama manusia.Cuba kadang-kadang keadaan yang menidakkan..

          "Why bother?" Wajah Jade tak dipandangnya.

          "Aku nak tau."

          Trisy memandangnya sekilas. "Family aku pun tak kisah,kau nak kisah apahal?"

          "Aku bukan family kau." Datar tenang Jade menutur dengan matanya masih pada wajah Trisy yang kini membuang pandang jauh entah ke mana.

          Trisy berpaling.

          "Spill." Jade menutur sepatah.



I like this part of Jade...=)

p/s~ off to bed... gudnite..sweet dream =)

Sunday, April 17, 2011

At Last..=)

yeayy..akhirnya dah boleh lipat baju KESAT a.k.a  Kesatria!!
(sebab baru kering lepas cuci)
Lepas ni dah nak cuti sem..
baju kesat dah xpakai lagi dah...
K0-ku dah abes (at least ntok sem nie)
paper BPC (Badan Pertolongan Cemas) pown dah selamat dah..=)
Maknanya, even exam abes  30th of April
(mula pown bel0m)
tapi dah boley start packing barang dah..
kelas pown dah xde..
tinggal nak pegi dewan exam to face the battle jew..

Puan Along tanye
"Xnak jual ke baju KESAT tu?"

Cik Ckah
"Xmo..sayang...=)"

Lagipun next sem maybe pakai lagi
 tambah pulak Cik Ckah sgt suka simpan barang lama..
Even t-shirt persatuan, kelas, MSSD, blezer pon masih simpan sampai sekarang
Setiap benda dari sekecik2 sampai la segedabak mana pown
kalau boley mesti nak simpam..
Sume tu ada kenangan tersendiri..
Jadi, sayang sangat kalau nak bagi org.

p/s~ agak2 rumah sendiri nanti mesti kena buat stor sama besar ngan living r0om since semua benda nak simpan...haissshhhh..

MiSsi0n and AcTi0N

Got an important missi0n..
but then already c0mpleted just now =)
Here are the side effect of the missi0n accomplished


Bet0lkan rantai beskal???
Teettttttttt.....salah!
Check minyak hitam???
tutttttttt...jugak salah!!
Enjin keta meragam???
hahaha...jugak x bet0l...

Ni kesan inai hitam....colourkan rambut Bie
Haiyy0..dulu tgk sorg member kat kolej 
(memang sengaja pakai inai hitam)
sangat tak berkenan..
x cantik..
dalam hati...
"Bajet Gothic habes la tue"

Tapi tgkla skg...yang hitam-xberkenan-lagi x cantik tu la
ada kat my fingers right now!!
Sheeiishh..tu la, jgn nak xsuka sesuka hati
dah dapat kat kita balik...adesss
Xtau berapa lama baru nak hilang neyh..

p/s~ xsuka inai hitam. Macam scary je tgk. Tapi best (la jugak). First time experience kaler-megaler rambut nie..Interesting sgt..=)

Comment

Dah la aku xpandai bab2 iT nie..
last day, ada godek2 kat comment setting..
then ari ni baru perasan yang ikon yg tunjuk 
kalo ada makhluk drop comment kat
bawah post tu dah hilang..
HAisshhh..apa yang aku dah buat..
try check and godek2 balik...
Tetap xjadi jugak..
Hurrmmm..tu la akibatnya
kalau aci redah-bantai-belasah
klik2 sana-sini suka hati

Saturday, April 16, 2011

Mula Rasa Annoying

LAtely hati jadi jahat/dengki/meyampah/annoying sgt2
x pasal2 kat orang lain
punya status kat fb...
Sepat0tnya aku xboley rasa camtu.
Hurm..faham polisi Msia yang  demokrasi ni!
But then still, rasa menyampah tu xleh nak elak jugak..
Aku dah mula pasang benteng ngan fesbuk
dah mula nak bercerai pelan2 ngan fesbuk...
dah mula nak say say0nara to fesbuk...

Tu sume mungkin sebab...
saya ada awak =)
saya sayang awak lebih dari lain2 skg..


I love blogging 
and i love my Incek Belog sgt2 =)

p/s~ bye incek belog..mlm ni i got date with Cik Farah. Upah teman beliau gi pasar malam tadi....she must ajar me physics malam nie =)

Paksa Rela

Cik Farah ajak teman dy , Puan Along and Sha gi pasar malam..
Dah ramai camtu lagi mau teman..
haiiisshhh..aku xde pape nak bli
dan malas jugak nak kuar..
Tapi dari sebelum mandi sampai bila siap2 nak kuar 
Cik Farah medley macam lagu pujuk aku kuar same..
Oleh sebab Cik Ckah ni baik hati
plus sangat xtahan ngan lagu2 pujukan Cik Farah yang ntahapeape tu...

"Ok, fine! Ckah ikot!"

Dan...Cik Farah pon melompat suke..(-_-")

Kalau Dah TAkdir

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah : 216)

Terbace artikel MenCari Ketenangan HAti
sangat menarik bila ada elaborati0n 
dibawahnya yang berbunyi

 "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Ibnu Athoillah

Dan skg aku faham yang sebagai hamba-Nya...

"It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Baekkk....underst0od!! =)

Harga Sehelai Tudung Labuh


"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak.Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.
"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.
Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan.
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."

p/s~ Cik Ckah bel0m setabah itu....=) Setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Jangan Takut Kahwin Awal | iluvislam.com


Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Friday, April 15, 2011

Schwe3t!!!

Have such a sweet moment with all of you...=)
thanx a lot....
MySpace

to
Abang Long + Yuse + Fazrul
Biela + NAdia + Rara

Thursday, April 14, 2011

Ladies Day Out =)

A day with Rara and beautiful Biela..=)
Searching for Mr. Budiman farewell present..
Perkara2 dibawah HANYA berlaku apabila
Dogol + Gila + 3 suku =)







p/s~ thanx to both of you...=) x0x0x0x0x0

Wednesday, April 13, 2011

Kebas

Bukan nak cakap kebas = curi tu..x..
Ni kebas yang...

Kebas otak + kebas hati....
dah mula x rase pape..
xtau rase ape..
dan xtau patot rase ape...

Semalam...

Semalam spend time study with Asma + Rara..
juz 3 of us..
Then when times come longer..mata dah lalok..
mula bosan ngan alphabet, numbers and those formulas
dalam notes tu kitaorg break kejap
doin blogwalkin..
I show them the blog that was inspired + motivated me a lot
blog Kak Nadya
Seriously, trough Kak Nadya I learned a lot bout LIFE..
I learned how to smile while crying...
I learned how to appreciated people more while they still with me..
I learned that Allah always give the best for me...and for us..=)
I do learn to be manusia yang redha and accept that all obstacles
Allah gives upon us have their own hikmah

Rara cakap
" Best la blog akak ni..hidup dy banyak dugaan tapi sabar sangat."

Yeap..thats true..she is a tough sister..tough women
and tough m0m t0o...
S0, I wanna say biggggg thanx t0 you Kak Nadya
Thanx a l0t.. =)