Friday, December 30, 2011

macam bau makcik

Mintak adik cium pipi macam selalu2.
But he REFUSED!!!!!
Adik cakap macam bau bedak sejuk tu
Macam makcik2!!!

:')(':


Anak ramai

Tadi tengah tolong Puan Emak
siang ikan kat dapor
tetiba kuar statement
"Kalaula lqgi dua orang tu ada, mesti penuh rumahkan?"

Ooohhh...ok.
Mak tetiba teringat kat arwah
anak mak yang dua orang tu.
Ntah kenape ntah.
Nak bagi keadaan tak jadi
macam sedih sangat
aku tambah je ayat sket kat belakang tu.

"Kalau abang2 tu ada,
mesti mak kena buat rumah lagi besar,
kena beli motor lagi dua...
Kena tambah bilik...
Beli meja makan yang lagi panjang.
Tambah ampaian nak sidai baju..
tambah rak kasut..
kena pakai kereta lagi besar
untuk muat semua orang (:
Kena beli meja tambahan lagi
kalau abang2 tu kaki game jugak.
Meja sekarang tu mesti tak muat untuk semua.
Meja Jepun kecik je ponnnn..."

Mak gelak2 je...
Pastu mak cakap
"Betol jugak..
Nanti kena tambah duit tambang
pi balik kekampus macam kakak
dengan abang sekarang ni
kalau masing2 belajar jauh."

Dam kepala terfikir juga..
Apa rasa ada abang ek?
Macam dalam drama tv tak??
Selalunya abang2 nie
bersikap protective.
Tambah2 lagi dengan adik perempuan.
Garang...itu taboleh...ini jangan.
Hurmm..entah..tak pernah ada abang.
Dan takkan pernah ada abang la kan.
Takkan nak order kat mak ayah
"Abang kandung dua, nak yang tinggi,
tak garang, baik hati dan boleh buat geng!"
Memang tak dapat la... (:

P/s~ kecik2 dulu selalu nangis sorang2 sebab teringin nak abang sangat2. Jeles dengan kezen2 yang ada abang jadi tukang usik tukang pujuk :')

Sunday, December 25, 2011

Air masak

Problem when it come to a situation
where i need to drink a lot of water!
Adoiii...dah la bukan kaki minum air.
Nak abehkan secawan air sedap
pon payah...kena berkongsi-kongsi.
Ni kan pulak saja2 buat hobi
minum air masak.

Ok. Nak cepat baik!
Ulser jadi salah satu
sebabnya ialah panas badan.
Incek ayah suruh minum banyaaakkkk
air masak...errrr..baek!
Kakak cuba sebaik mungkin.. (-_-")

P/s~ kemon la.. tolong diri sendiri dan tolong jangan buat orang lain risaukan awak!

Ulang Minggu??

Selalu orang cakap pasal ulangtahun.
Kali ni ulang minggu.
Last Sunday tepat pkol satu dah kena
sorong masok OT.
Seronokkkk...sebijik macam
dalam drama or filem tu....

Dan...waktu macam sekarang ni
dah pengsan tak sedar diri dah.
Bila sedar balik semua dah selamat pon.
Alhamdulillah.. till today
xde pape komplikasi serius pon.
Syukur semua ok (",)

Saturday, December 24, 2011

Pulut Durian

Malam nie tokwan reguest nak makan
pulut durian pulak.
Tahan je sabar sebab petang tadi
keadaan dah darurat sangat.

Ada dua sebab kena tolak jauhhhhhhhh
Pulut dan jugak durian tu.
Pulut, tak boleh makan sebab bisa.
Kalau makan jugak nanti luka
aritu boleh bernanah. Scary!!!

Durian, kena avoid sebab ulser.
Petang tadi makan lima ulas je pon
Tapi sampai keras lidah tak boleh bercakap.
Sakitttt sangat!
Nak bercakap dan menangis sama banyak.
Rasa sakit macam lidah kena siat2!

Ok. Sebab taknak awak (boss besar) risau..
Taknak puan emak dan incek ayah risau..
Malam ni saya makan bubur nasi.
Abang cakap cepat2 baik nanti
dia nak belanja burger Jade!
Burger tepi jalan tu...
Ok..tak sabar nak baek.
Nak burger Jade!!!!!! :)

P/s~ ulser hadiah operation. Mulut dan lidah luka masuk tiub then naik pangkat ulser. Sabar jela...

missing

I keep thinking bout her today.
Every moment...every second.
I cant stop myself from wondering
How is she? Is she doin' well?
How bout her problems...etc.
Something serious, I'm even
dreaming of her last nite!
Walking hand in hand~

:')

Friday, December 23, 2011

Kek kukus



Hari ni tutorial
Buat kek kukus coklat dengan
Mak ngah...nyummm3!!

Bahan dia simple je.

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 cawan minyak Mazola
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Kacau rata semua
Then kukus selama 20-25 minit.
Tadaaaaa...siap macam dalam pitcha.

Thursday, December 22, 2011

oooppssss..

Really think that the luka
already healed....
Rupanya belommmm..
Takat rasa ngilu sikit2 buat taktau je..
Still boleh bleeding lagi ...
Ngatkan dah kering dah.
Hari ni dah hari kelima pon.
Ooo...ok.
Malam ni kena tido sopan2.
Hurmmm...seriau sikit.

Bershopping

Hari ni lepas Asar satu family bershopping.
First singgah bookfair kat City Plaza.
Ingat nak beli kamus ntok BEL
dan cari "kekasih" baru.
Yang lama tu dah mula uzur.
Biasala...lasak sangat.
Dak koyak sana sini.

Tapi tadi sempat rembat kamus je.
Alhamdulillah...murah rezeki.
Beli tadi ada diskaun 10%.
Dapatla dengan harga RM 53.
Tapi tak sempat nak beli beg pon.
Biasala..dengan ayah always kena rushing.
Ayah dah offer suruh cari dan beli tros.
Tapi Cik Raihan yang tak selesa kalau ada orang tunggu.
Lagi2 ayah...
Sebab nak pergi Tesco pulak.
Lagipon nak kejar Maghrib lagi.
Ayah mesti nak Maghrib kat rumah.
So, tak payah beli lagi.

Nanti tunggu abang balik keluar lagi.
Dengan abang nak belek lama2,
Ulang alik 2 3 kali pon takpa.
Dengan abang boleh berbincang
dan berdiskusi nak beli ke taknak?
Patot amek yang ni ke yang tu?
Murah ke mahal?
Cantik ke tak?
Haaa...macam2.

Takpe la sabaq sat.... sabtu pagi abang sampai. Nanti kita keluar merantau lagi..:)

Couples Caramel Pudding

Miahaha... sedap tak nama?


Nama je gempak.
Tu pon, bukan apa sebab hari ni
saja try guna ingredient baru.
Blender satu tin susu cair,
gula putih,
Telur sebiji
Plus ingredient penting...
Tadaaaaaa...biscuit couple.
Alaa, biskut yang ada krim kat tengah tu.
Sesetengah orang panggil
biskut kawen...macam2.
Sedap jugak rasa dia.
Nasib baek tak pelik (^_^)

Tapi first of all buatkan
Gula hangus dulu dalam loyang.
Pastu tuangkan bahan dah siap blend tadi.
Lupa plak..add on satu sudu teh esen vanila.
Untuk kasi hilang sikit hanyir telur tu.
Then kukus 20 minit..
pastu siaappppppp!!!!
Jadi la macam yang dalam pitcha tu :)

P/s~ guna tu pandai2 la adjust. My pudding today TERMANIS la pulak...hewhewhew

Hari ke-4

Ini cerita berdasarkan hari rabu.
Masok ni, dah hari keempat pon
Bercuti sakit...Sakit?
Sakit ke? Hurmmmm...
Syukur Alhamdulillah tak sakit
langsung pon.

Puan emak pon pelik tengok
anak dia lasak semacam je.
Yela, mana taknya..luka operation
tu langsung tak sakit.
"Rahmat" kata mak.
Tula..bersyukur sangat.
Segalanya di permudahkan Allah.
Alhamdulillah...syukur.
Berkat doa mak ayah, relatives
and other members jugak nie \(^_^)/

Hari ni dah rasa betol2 sihat.
Siap dah boleh keluar merempit
dengan syidah beli barang, pegi bank.
Keluar dalam hujan plak tu.
Waahhhhh...aku memang sangat suka main hujan.
Tunggu peluang je :)
Bila kereta Puan Emak nak keluar klinik nie?
Dah gian nak menjalar nie..aishhh

P/s~ esok pon macam tak dudk diam. Esok result adik plus pegi bookfair...~weeeee...excited nie..dah banyak hari terperap :)

Wednesday, December 21, 2011

Potato salad : 1st trial


*Thanx to Amalina Ezzumi
sebab share resepi ni.
Sedaaaaapppppppp ~ngeeee

jumpa jugak..

Tadi petang Maknjang
bawakkan Jieha jumpa Kak Iqah :)
Nasib baek Jieha tak sombong ngan kakak.
Rasa tak puas jumpaaaaa..
Dah rindu balik dah...



Suka betol dia nak angkat peace sekarang :)

Tuesday, December 20, 2011

Teristimewa

Tiba2 rasa nak post entry pasal puan emak.
Somebody yang teristimewa dalam hidup.
Seseorang yang super duper HEBAT!
Sesorang yang tak terbalas jasa dan pengobanannyq
kalau nak di gantikan dengan semua bintang dilangit.



*Ni pitcha time kat ward aritu.
Puan emak tak suka pon orang amek gambar dia.
Tapi tak kira. Budak degil
Curi2 jugak candid pitcha dia :)

Ok. Back to the main objective.
Lately makin terasa risau dan
sentiasa terfikir mampu ke
aku nak jaga mak dan balas
balik segala pengorbanan
Mak terhadap anak2 mak, kat family
selama ni?

Mak dah macam galas tugas wakil rakyat.
Suami dan anak2 di utamakan
diri sendiri jatuh no yang entah keberapa.
Selalu kalau ada yang demam, mak la jadi orang
Yang paaaaaaling risau. Paling sibuk.
Tak tido malam...sebab sentiasa
pantau keadaan yang demam.
Jelumkan kepala kalau badan panas sangat.
Bagi makan ubat, suapkan makanan,
jirus mandi lagi.

Tu belum kira lagi hari biasa.
Mak BUKAN suri rumah sepenuh masa.
Mak seorang guru.
Keluar pagi dan balik pon dah petang jugak.
Tapi dari kecik kitorang
Empat beradik membesar dengan air tangan mak.
Lewat macam mana pon, meeting
abes lambat sekalipon mak tetap akan masak.
Sebab mak akan rasa puas hati bagi
anak2 dan suami dia makan makanan rumah.

Dulu2 zaman kitorang sekolah rendah
nampak sangat mak sibuk...penat.
Tapi sepatah po mak tak pernah nak merungut.
Sepatah pon mak tak pernah mengeluh.
Sepatah pon mak tak pernah mengungkit...
walaupun anak2 mak tak sentiasa patuh cakap mak.
Maafkan kami mak...ampun...

Zaman sekolah rendah..
sampai rumah sama2
(Kami empat beradik sekolah di tempat emak mengajar)
Sampai rumah terus masak nasi,
mak siapkan makanan tengah hari..
Check anak2 mak supaya mandi..
buku2 complete..baju tak comot..
Make sure kitorang lunch dulu
sebelom ke sekolah...

Dan pergi ke kelas KAFA
pon mak yang hantar.
Time tu ayah still mengajar secondary school,
agak jauhhhhhh jugak dari rumah.
So, ayah memang sampai rumah lambat.
Mak uruskan kami semua..sensorang.
Hebatkan puan emak saya? Syukur..
bertuahnya kakak dan adik2
jadi anak mak...alhamdulillah..

Setiap pagi pon macam tu.
Mak akan bangon awal untuk prepare breakfast.
Kitorang bukan breakfast segera
dengan segala bagai tu...takkk.
Tapi dengan menu2 Melayu.
Kadang2 nasi goreng, bihun goreng
mee goreng, cucur pisang, cucur bilis..
Macam2.... being prepared with love :)
aaku dari dulu bukan stock breakfast,
so, aku tak pernah fail bawak
bekal air teh setiap hari ke sekolah.
Macam bangga letak botol atas meja
Dengan perasaan "Ni mak aku yang buat."
Dah jadi macam air jampi.
Pembakar semangat nak belajar.
(Maybe secondary school dah kureng pandai
sebab duduk boarding school. Dah takda
Bekal air teh dari puan emak setiap hari.:)

Sampai sekarang dah besar2 pon
Mak still manjakan kitorang.
Kekadang rasa lagi manja
dari zaman kecik2 dulu...
Time kat ward aritu aku kena puasa,
before operation...tak boleh makan.
Since midnight before tu sampai la after operation.
Puan emak pon sama tak makan jugak.
Mak cakap tak lapar..nanti nak makan sama2.
That day, operation lambat sangat.
Pukol empat petang aru betol2 sedar.
Mak elom makan apa langsung.
Kesian mak...tapi mak sabar je.
Aku try makan sikit sebab
tak nak mak risau.
Tapi tak boleh telan banyak.
Tekak tak selesa dan rasa nak
muntah...kesan ubat bius.
Nampak sangat muka mak sedih..
Mak pon makan sikit je.

Dah la letih..seharian temankan
Aku kat hospital...menunggu
Dan melayan aku yang tak reti duduk
Diam bila bosan kat ward.
Mak sabar je layan..
Tolong snnapkan pitcha ntok aku letak dalam blog...
temankan borak2 merapu..merepek.
Letih ke penat ke..
Mak senyum je....sentiasa.
Kakak sayang mak.

Dah letih samapi rumah almost
8 pm pon mak masih tak boleh rehat lagi.
Mak mandikan baby tua dia ni dulu.
Mak insist jugak nak jirus mandi
even aku dah cakap aku boleh mandi sendiri.
Lembut je mak cakap....
" Takpa, mak nak mandikan anak mak sendiri. Mak puas hati."
Pastu make sure aku betol2 ok..
boleh makan macam biasa dan tak muntah2 lagi.
Baru la dapat tengok mak
Jamah makan malam tu dengan tenang.
Kesian mak..kakak sayang mak.

*banyak lagi perkara yang tak tertulis.
Tak mampu nak tulis semua pon sebenarnya....
Setiap hari berdoa, dan berharap..
Sepaya takkan pernah lupa nak balas jasa mak
Dan mampu jadi anak yang solehah..
Yang sentiasa menggembirakan kan mak..
menjadi penenang hati mak.
Pasti kakak tak mampu nak jaga mak
sebaik mak jaga anak2 mak...
tapi insyaAllah kakak akan cuba yang termampu.
Sekali lagi...kakak saaaayang mak! :)

Budak Degil

Pagi ni kantoi ngan puan emak.
Bila mak pegang badan- PANAS!
Semalam makan ubat dak?
Dak ponnnn..semalam orang makan doyan :)

P/s~ harap2 tak demam. Lagipon rasa normal je.

Lubang hidung -..-

Btolla pitcha terbalik tu nampak
lobang hidong.. -..-"
Hebat btol KBKK awak...
Teliti..pandai menilai "karya seni".
nampak aje lubang hidung pon.
Sengal!!!!

I got another pitcha yang
kurang terserlah sikit
lubang hidung mahal tu :)
Yang ni adik yang snap..
yang terbalik tu hasil kreativiti Puan Emak


*I told puan emak
"kakak nak culik curtain nje :) "
Emak senyum je, tau dah.....
kaler biru punya pasal......

Monday, December 19, 2011

Chong Sheau Ching

Ini bukan nama lecturer or makanan aku hari ni.
Actually ni nama sorang kolumnis mag
MASTIKA yang aku admirer sangat.
Aku suka semua cerita dia.
Setiap kali ada mastika baru,
aku akan gone through tengok
pitcha and tajok2 menarik dulu
then bookmark kat page dia then
patah balik baca story dia!

For sure aci potong kuku kaki/tangan
aku akan baca story dia dulu dAn the
other stories...ikot mood.
I really love those stories bout her
experiences and also her friends.
So much inspiring and full of motivations
and also positive values.
How I wish I can be such a good
writer like she did :)

*tiba2 idea lesap. Kbye!

Cepat2la balik


Sayang, cepat la balik :')

Yeayyy!!

Seronok!!!
Dapat coins 5 kupang lagi
segenggam!!
Puan emak yang bagi tapi
dari cup coins incek ayah :)
Aryte gak tu..
Duit ayah = duit mak jugak..


*makin buncit dah tabung gua! Alhamdulillah

Jangan nakal

Kena jadi budak baek..
tak boleh buas sangat.
Jangan nakal2..
hurmmm..

Lecehla...mana reti duduk diam.
Tapi ye la hari ni baru second day.
The wound still bleeding..
tapi syukur tak sakit.
Sebab tu boleh lasak2..
sedar2 je baju basah berdarah.

Wad K2, HBAS.

Ini pitcha semalam yang tak sempat
di update sebab after tangan
masuk drip, mula sengal silu :)





* Puan emak cakap, dulu orang bersalin je pakai tag nama macam ni.


*puan emak yang amek kan gambar ni.
I know, terbalik kan?
Saja tak rotate sebab ni original pic.
(Nasib baik anak mak tak "jatuh" ke langit)



*mula2 tak tau menatang ape la ni...
Ye la, bukan hari2 duduk hospital.
Then bila sorang makcik
tu kena sorong masok OT..


ooohhh....cap rupanya..
unik je rupanya..
macam getah sp*-d3r je..hahaha

Sunday, December 18, 2011

Ouch!

/

Tak sakit sangat..
Rasa macam kena gigit semut je.
tapi ngeri jugak nak gerak2 tgn ni.
Doc ni lambat...
Dah bosan menunggu..hurmmm
Hari kena puasa, lapar pulak!(-_-")
Perut ni pon saje je...

P/s~ kalau la abang yang kena cucuk jarum ni, hurmmm... i cant imagine how the situation will be. Gamat kot!

First experience

First time merasa duduk ward.
First time merasa baju hospital.
First time jugak undergo operation.
First rasa cuak/takot/seram well blended.
First time kena cucuk drip kat tangan :'(


*See...katil no satuuuuuuuu :)

Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

P/s~ sakit tu ujian. Sakit tu berhikmah...rasa, "Ramainya orang sayang kat kita. Alhamdulillah..." :)

Thursday, December 15, 2011

Before tido..

Tadi terlupa nak cerita.
*kembang kempis hidung
Bukan apa, bangga yang teramat sangat
[as usual, auta semata]
Malam tadi dapat
kup0n terulung!!!
Waaa...propa gila.

Excited overdose plak.
Meeting blok je pon.
Ye la, sem ni dah macam ape je.
Satu habuk pon xde kupon.
EXKEP punya pon takde.
Persatuan satu pon tak register.
Ok, betol! Dah mula besaq kepala sket.

Tak boleh nak predict langsung
berapa buah kupon boleh dapat
sampai end of this semester..
Hurrmmmm.....

p/s~ off to bed...nunytezzzzzzz

Ngantok jugak.

Dah mengatok jugak dah.
Nak iron baju siap2 then..
off to bed....

Waahhhhhhh..bantal pelukkk....
Diddy....
comforter....
Benda yang paling sukaaaaaaaa
Tidurrrrrrrrrrr....zzZzzzzzZzz....

Gadis dan bunga

ok. It actually a song title.
"Gadis dan bunga"
Tapi bet0l pon dah memang camtu kot
kalau dah namanya perempuan
kusut2 pon bila dah tengok bunga serius rasa tenang.

Waaaaaahhhh!!!!

Gadis dan bunga


*Sila abaikan video clip dan
certain lyric yang..errrr
agak cheezy itu ok!



(0_o")

Mengant0k already..
Nak buat outline BEL pon jam tahap gaban.
Cannot think even a word!
Aduss..ape nak buat esok.
Rasa tak mau masok kelas pon ada.

Astaghfirullahalazimmmm...
Ayah dah pesan kena rajin ke kelas..
"kita tu dah la tak berapa nak boleh"
[ayah cakap  camtu]
Bet0l pon..
subject2 engineering lagi la tak boleh nak telan..
Adoi...
Lebih kurang macam kena paksa telan
mammoth dalam masa sejam!!
Waaaa...Fear Factor betoll...!!!
Dah sama disaster macam Survivor kat tv dah.. -_-"

Anger and danger

Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.

Wednesday, December 14, 2011

Trust and care

Susah nak jumpa sombody yang boleh dipercayai.
Payah nak kenal somebody yang care pasal kita without reasons.

Tak nak tuding jari kat sape2.
Again...tak kesah baik macam mana pon
orang tu tetap takkan sama macam darah daging sendiri.
Muhasabah diri balik Cik Ckah!
Maybe tu teguran secara tak langsung dari Dia.
ALHAMDULILLAH...Thank you Allah.

Mungkin betol salah aku..
Silap aku...
sebab terlalu percayakan orang..
Sebab tak alert bout other people responses.

Thanx a lot...
I am trying to tolerate with you.
Hopefully aku "sejuk" cepat before obviously
You can noticed that I am avoiding you.

P/s~ I've expected this thing to happen...so, here it comes!

Lost+broken

Lost super precious calculator
And my beloved white bag suddenly broken! :'(

Bad day

Monday, December 12, 2011

JeL0usy

Lamanya tak jengah blog...
Nak kata busy..tak sangat pon.
Just kind of out of mo0d to write =)
Hari ni topic JELOUSY
Sebab?? Sajaaaaaaaa.....

**************

Agak pelik bila kenal somebody
yang naakkkkkk sangat tengok aku jealous.
Aduussssss....agak kritikal disitu ok!
Aku bukan jenis yang senang2 nak get jealous .
Tu yang susah nak timbul isu jeles kat orang tu,
atau pon orang nie...

Just to be clear...
Dengan awak, bukan orang tak jeles tapi sebab
orang tu ialah awak.
S0mebody yang orang percaya..
yang orang yakin takkan kecewakan orang.
Tau, awak takkan buat pelik2 dengan orang lain.
InsyaAllah =)

Lagipon...ada sebab konkrit yang buat orang yakin
and percaya kat awak.
Awak ada kakak...juga ada adik perempuan.
You will understand  how to treat your girl
as much as you want other guys to treat your sisters well.
And the most important things are
I knew who you are...
And I trust you...
Cukupla macam tu.

Lagi satu...kalau kita nak
orang percayakan kita, kita pon kena
belajar percayakan orang lain.
Orang nak sangat awak percayakan orang
macam mana orang percaya kat awak.
I knew you did trusted me....Thanx
I live with trust.
For me, trust is everything.


Wednesday, December 7, 2011

Baju baru

Ser0noknya dapat baju baru.
Dah besar2 pon excited ni kan pulak baru setahun
Happy belated birthday 

Rania Hasya =)

Chubby macam my sis dulu =)


C0meyl =)
p/s~ teringat Syidah zaman kecik2. Muka bulat and tembam sebab asyik minum susu banyak sangat. Sampai gigi buruk! 0oopssss...

Maaffffffffff!!!

Rasa bersalah sangat kat puan emak.
Sebab again... I've made her worried bout me.
Tak berniat nak buat mak risau sampai tak dapat tido malam.
Last two night,  I dont how
but suddenly I just felt that I am no other than just a loser.

Memang selalunya I can calm myself no matter
how worst I feel.
But still at one point those feeling that I
keep inside will suddenly burst out!!
0k, as we promised before
with Puan emak and jugak awak, Incek Boss Besar
I'll finish my diploma first and I'll find my own way later.
(nak bisnes jual laksa and botol mineral)
Adoii...sengal.
Ni gara2 Class ECG la..
Subject ge0logi dah gaya kelas business study je.. 
0k..I'll just follow the flow.
Pray for the best..
Reaching for success....
"So verily, with the hardship, there is relief, Verily, with the hardship, there is relief. So when you have finished, then stand up for Allâh’s worship. And to your Lord turn your invocations.'
 Quran 94:5-8



p/s~ Sorry sebab buat ramai orang risau....(-_-")

Terima kasih, sayang =)





p/s~ posted by ibu Rania Azzahra.. c0meyla sape name Rania nie.. Rasyiqah Raihan pon nak Tambah nama rania jugak laa.... Rasyiqah Raihan Rania binti Roslee.. Errr...ok! xpayah, xmuat borang nikah, nak akad sempot =)

Sunday, December 4, 2011

3 Idi0ts

Ini ntah dah mas0k kali
ke berapa ntah aku ulang tengok
m0vie 3 Idi0ts ta0n nie.
Tak bosan sebab 
this story is about 
ambiton....
pation..
Dream....
and interest.

Seriously aku rasa MOE patot kasi
semua cal0n2 siswa/siswi
tengok citer ni before diorang start first semester.
By this way aku rasa students yang sedar
dia tak minat sesuatu course tu patot
kuar awal2.
Tak payah tunggu dismiss..
or pergi kelas ke tak pergi kelas sama je macam tak belajar.
Tak semestinya jadi engineer kita happy.
Tak semestinya jadi doctor je buat kita kaya.

Bila tengok story nie again and again
I can totally heed the feelings of the characters.
Sorang nak jadi engineer, tapi tak pandai.
Sorang tu nak jadi photographer of wild life
tapi terpaksa ikot kehendak ayah dia
yang nak sangat his only s0n become an engineer.
Sorang lagi dah genius tahap gaban
dan tak kesah langsung ape orang nak cakap
as long as dia dapat belajar kat
mana2..cara apa sekalipon dia tak kesah.

Ok, aku faham sangat ape beza dan kesan
buat benda kita suka dan terpaksa.
But then real life bukan sama macam movie..=)
But one thing for sure,
setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.
S0oner or later kita akan dapat rasa nikmat ujian Allah.
Have faith ok =)
We wont let you down...InsyaAllah.

EksperiMENTAL

Trying an eksperiMENTAL
on myself this semester.

Chaiy0k2 Cik Ckah!!!


Setuju dan faham !

Ini copy je dari blog Kak Nadya.
Takda kena mengena pon..
Tapi, interesting issue jugak ni. 



Petang Yang Malas

Pelik betol la.
Bila pagi dimulakan dengan activiti yang
proactive, sekali dah petang....
Makkk aiii, malassssnyaaaaa aisshhh.
Yana ajak teng0k sunset..again.
Kali nie nak capture pitcha sunset plak.

Hurmm....rasa malas gila ni.
Cik Farah ajak Yana teng0k sunset from Casa Prima je.
From r0oft0p tingkat 30 macam hari tu.
Dilema nie.... (-_-")

Sem0ga selamat Sampai

Pagi tadi dalam pkol 8
ayah dah sampai Penang.
Tu pon kejap je..
Memang tak nak lame2 kat sini pon.
Sebab nak pass buku abang je.
Tadi hujan...risau sebab lebat.
Hopefully diorang selamat sampai nanti.

P/s~ Jumpa adik...senyummmm je. Sepatah pon tak kuar suara. Adoi..adik2.... =)

Morning Walk

Hari ni morning walk dengan Alyaa SAHAJA.
Plan semalam beria sakan.
Yana la la k0non semangat.
 
"SApa tak bang0n SIAP!"

Cehh...skali lepas subuh orang call nak
kompem kan haram tak angkat pon.
Hurmm..dah boleh agak dah.
Turun bilik teng0k, masih di alam lain lagi.
S0 berjalan la duet ngan Alyaa.

Alyaa tak jadi nak jog sebab teman aku berjalan.
(sori..wa memang malas bab2 jogging nie,
berjalan jauh tak kesah)
Dia kata nak teman jalan sebab
takot Bangla culik aku.
Hahahaha..Sengal!
BTW, thanx for caring..

p/s~ Tak boleh puji sangat, lepas nie ter0s dia buat tak tau plak.. Alyaa Aliana aka Alien-A, memang la pelik2

W0nderFuLL SuNdAy

Hari nie rasa terisi activity =)

S0lat Subuh.. D0ne
Morning Walk.. D0ne
Breakfast.. D0ne
Kemas rumah..d0ne
Sapu lantai...D0ne
Sapu sawang...D0ne
Susun kasut...D0ne
Basuh baju....Half d0ne (tengah rendam Softlan lagi)
 S0lat Dhuha..D0ne ~Alhamdulillah

Ape lagi ek??!
Tu je la kot..
Pkol 9 pagi semua dah settle.
0o0o0pppss..ada satu je lagi bel0m.
Bel0m mandi lagi laaaaaa..
Hurrmmm....before Zohor je la =)


Es0k hari

Yeaayyy..es0k pagi morning walk lagi.
Pastu nak jumpa puan emak and others.
Diorang nak balik kampung ayah esok.
Hurrmmm..tak dapatla nak ikot.
Tapi takpe la..
Next year turn raya kat sana jugak pon.

0h tidaaakkkk!!

Dah mula lapaaaarrrrr pulakk!!!
Nak Cheesy Wedges!
Mana nak korek malam2 nie..
Fo0dcourt pun sume dah menutupi punn..adoii.
Hurrmm...s0lution biasa yang paling affordable
ialah tid0!!
St0ck biscuit pon xdak ni.
Mil0 pon tak beli lagi.
At least kalau tid0 bangon pagi es0k
dah lega sikit.

Saturday, December 3, 2011

Sunset

Alhamdulillah, baru boleh bernafas proper sket.
Rushing gila sebab dah dekat pkol 8 bel0m maghrib lagi tadi.
Hari ni beriadah sket.
Pergi berjalan-jalan..
Ser0nok...
SiaP sempat tengok sunset lagi.

Subhanallah..serius cantikkkk.
Tak dapat tengok kat sea-side pon takpe.
View dari tepi bendang pon tak mengecewakan =)
Rasa rugi je tak bawak camera tadi.
Sebab macam petah kata la..
Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Jumpa macam2..banyak benda dan perkara menarik.
Jumpa budak pempuan atas motor
yang dua tiga kali jumpa kitorang
asyik offer chocolate bar dia..
Jumpa budak lelaki naek motor
baik hati nak kasi tumpang.. =.="
Jumpa lady bird gem0k (cantikkkk)
Jumpa lalang kembar Siam...
Jumpa siput bendang...(baaaaanyaakkkk tapi dah mati)
Jumpa Pokok daun L0ve
Rumah kayu yang cantik....
And etcetera ...

Kalau boleh snap pitcha
mesti dah penoh entry kali nie..

p/s~ Kali ni berjalan tempat takda swing macam hari tu. ;) Dah azan Isyak pon..Jom semayang siap2 =)

Yuran elektrik

Hari tu terlupa nak tulis.
Alang2 teringat hari nie baek
cepat2 tulis..kalau tak tertangguh lagi la jawabnya.
(perot lapar tengah tunggu Cik Yana nak lunch same.
Lunch ke? ye memanh dah menghampiri pat petang tapi
aku belom breakfast apatah lagi lunch.)

0k. Bab bil elektrik nie.
Biasala tiap2 sem kena bayar
yuran elektrik.
RM10 untuk satu barang.
Dan maksimum pon untuk tiga barang ja.


Memandangkan aritu aku dah kena denda (konon)
dopl0h hinggit tau dak pasai tak sign buku
check out hostel.
Tak sign ja pon.... tu pon Incek tu yang tak kasi buku.
Takat sign tu, bukan benda berat pon.
Tak payah la salah orang lain pon kita yang nak
kena denda jugak.
Bapak mahal sign aku sampai doploh hinggit.

0k. tut0p bab tu.
Kali ni aku bayar untuk satu barang je.
Sebab macam pelik lak kalau tak bayar langsung.
Takkan zaman teknologi moden
ni sekeping henp0n pon k0 xde kan?
S0, bayar je untok henp0n.
Bab lett0p...tab..or second f0n
memang buat tak tau je.
TAK MAU BAYAR!!
Apa pon yang jadi!

Nasib baik ir0n, water heater pakat share je.
Nasib la ape pon yang nak jadi.
Rupanya, bab duit ni bukan private college je suka buat hal.
Tempat lain pon lebih kurang je.
Cuma dengan alasan yang berbeza *sigh..
Dunia oh dunia...
Sabaq je la...

p/s~ cerita basi. Kesah apenye pon....

=)


p/s~ S0metimes the pers0n who make us smile after we cried would be the same pers0n who caused the tears to fall...

Waaaa...

Adik: Ikot balik Melaka dak?
Kakak: Hmmm...dak kot...Awat?
Adik: Xdak pa aihh...Rinduuuu...
Kakak: Cehhh...kononnnnn!!! 

Friday, December 2, 2011

totally off

Last nite alhamdulillah dapat gak
tido awal (before 12).
Selalu bila tepon bunyi mcg
pon dah boleh sedar.
Ni sampai dua mcg masok
pon serius tak sedar langsung.
Dah la mcg tu awal lagi..
ye la, dalam pkol 12.10 camtu.
My roomate text me :)
(See, dah cakapkan dy skg dah berubah.
Bila dy tido luar siap text me
before tido..sweet btol la Alyaa :D )

Hehehe...sayang sungguh alyaa aliana
kat schiqah raihan kan?? :)

P/s~ tablet pon dah bukak max volume, letak tepi bantal so that "in case" ada org chat me through whatsapp kot2 akan tersedar. Tapi tak jugakkkkk (Π_Π)

Thursday, December 1, 2011

lapar vs mengantok

Tertengok gambar makanan.
Waaaaaaa....terlapar pulak.
Tidur ngan makan?
Ok....muktamad!
Aku pilih tido.

At least esok pagi celik mata
dah kenyang...
Dan aku bukan stock breakfast awal
So selamat laaaa....

P/s: rasa nak tido awal malam nie.... kasi mc kat incek otak kejap.

Christina Perri - A Thousand Years (Lyrics)

Lama dah tak post lagu....



p/s~ saja amek video with lyrics sebab official video lagu nie....seksi :)


Heart beats fast
Colors and promises
How do be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow


One step closer


I have died everyday
waiting for you
Darling, don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

Wednesday, November 30, 2011

TingTingDingDong

Rasa tak betol nie...
Dah kenapa pulak nie Cik Ckah oii...
Sabar.....

p/s~ rasa nak lari somewhere...tapi tak tau nak tuju kemana.. :'(

30 Nov 2011

Patotnya pagi tadi pkol 
8 aku dah kena sorong masok 
operation theater...

Syukur jugak date kena postpone.
Ada hikmahnya..
At least tak menyusahkan 
orang lain nak pikir hal registration yang 
makin serabut nie...
DAh makin berputar,
berbelit semua...
Serius migrain dibuatnya...
Nak bernafas pon tak lepas nie...

p/s~ semoga selepas ni segala urusan dipermudahkan.. amin..

Bermula dan berakhir

Rasa macam sedih pulak.
Bila cerita kita baru nak mula,
tapi cerita orang lain baru je titik.
Sedih bila kawan2 sedih...
Macam tak patut kadang2 nak cerita
my current happiness while
there are somebody who crying
into sleep every night....

Betol cerita kita tak sama..
cerita kita berbeza...
Sama2 la kita doakan yang terbaik..
Jumpa jalan kearah pelangi selepas hujan 
Insyaallah...

Tuesday, November 29, 2011

cinderella bertuah

Untungla jadi Cinderella modern.
Kalau dulu takat hilang seblah je,
but now lesap dua2 belah tros.
Hilang sepasang!! Hebat tak hebat??!
Tu pon sebab tertinggal kat surau.
At least ditinggalkan di tempat baik2.
Alhamdulillah...


Macam lawak pon ada jugak.
Dah sampai kampus baru nak
Tercengang2 plastik kasut kat mane?!
Haha...memang wassalam la.
Sayang tu memangla sayang.
Tapi boleh redha jugak
sebab sedar and tau tertinggal kat mane.
Kalau hilang tapi tak sedar
bila, kat mana tu laen plak feeling dy.


*semoga bertemu kembali :)

Hurrmmm...dah rasa macam menyusahkan plak
nak patah balik cari kat QB.
Bukan pakai sangat pon.
Baru pakai dua kali...
Sebab keras...kaki tak selesa terseksa :)
Tapi nak temankan pergi cari pon boleh
Tu pon sebab tak nak diri awak diselubungi
MISTERIIIIII....
Hahaha...dah macam ape dah.

Ye la...ok je kalau tak dapat balik pon.
Dah takde rezeki..
Jodoh tak panjang...
Kalau rasa nak jugak nanti2 boleh beli baru.
Kumpul duit saaaaaaampai cukup :)

Intranet !!!

Dah la tengah mengantok tahap gaban
performance otak pon bertambah slow.
Mata dah tahap kena btongkat daa...
Nak try register DOM shortform
Apekenama ntah Documentary of Makrifah
apantah kena pakai intranet
tapi masalahnya dari tadi dok find
server tak found2 lagi...adoii..

Syukur part antaq borang kolej dah
setle siap suma tadi...
Alhamdulillah dipermudahkan.
Tak perlu beratur panjang,
Tak payah tunggu lama :)

Sekarang ni masalah kelas pupak.
Perlukah aku berpindah?
* ecece...ayat tak boleh blahhh..
baca sendiri pon rasa nak muntah.

P/s~ ngannnntookkkkkkkkk gilaaaaaa (©_©)

Errr...nak tido

Serius mengantok gila.
Rasa macam kena bius dah...
Nak tido....

P/s~ sob..sob..sdeynya hari ni hidup merempat sensorang.

Satu pagi

Sekarang dah pkol satu lebih pon.
Sumpah penat gila kot.
sakit kaki.. sengal satu badan pon ye jgak.
Seharian dok tawaf Queensbay Mall today.
Bila dah over letih sampai tak mampu nak lelap.

Rasa nak cakap ngan orang...
Tapi sapa? Bilik, rumah dah light off pon.
Tak sedap hati sebab baru tengok
tiga misscall from Puan emak
around after maghrib tadi.
Aduss...asal la tak bawak tepon tu tadi.
Nak return call pon dah lewat sangat...
Balasan la kasut tertinggal kat QB tu.. (-_-")
Karma agaknya!

Esok punya hal pon dah start serabut nie...
Nak kena stick kelas B ke?
Tak boleh tukar pon...

P/s: i need somebody rite now. Urgent!

Sunday, November 27, 2011

Malaysia vs Bahrain

This is my second time tengok bola
kat tempat public macam nie.
First time : Sukan SEA ari tu.

Menarik bila orang sorak2...
Tak gol pon bunyi....
Gol tak yah nak cakap laa...
Seronok tengok gelagat orang je lebih.

I wonder bila aku nak ada mood
tetiba nak layan bola plak?
Boley je kalau nak join tengok betol2,
tapi tak rasa nak tengok.


P/s: teringin nak serius tengok bola..Bila? Entaahhhhh... yang pasti bukan sekarang :)

Picnic :)

Hari ni spending the day kat rumah Yana.
Mama Yana ajak berpicnic kat Lata Bayu.
Weeeeeee~ seronok!
Dah lama tak berpicnic nie.
Excited jgak la..

Tapi, saje tak inform other members
pasal tempat tu sangat sebab memang
sengaja taknak kasi diorang mandi.
Fobia Leptospirosis tak abeh lagi ni.
Tak mau jgak la jadi pape kat sape2.
Simpang malaikat 44....

So pergi Lata just to makan, main air sket.







P/s~ thanx to para penaja dan semua kerjasama yang di berikan :)

Sleepyhead girl :)



~Perot kenyang mata berat (°_°)

Saturday, November 26, 2011

potato salad

Hari ni keluar ada orang nak belanja potato salad.
So, kitorang parking kat Nando's nak try
potato salad kat situ.
Before meal yang kitorang order sampai,
ingat lagi dalam hati
"Japgi nak snap pitcha, boley update
blog malam nanti."

Sekali bila dah abeh makan,
Pinggan dah licin berkilat baru teringat.
Terlupa nak snap pitcha potato salad tu.
Lapar sangat kot..adoii
Tapi takpe la jugak, salad bogel je.
Orang taktau buat pon
Boleh je senang2 beat salad kitorang makan tadi.
Tak sedap pon...teeettttttttttttt...

P/s~ terimasss incek abang besar, belanja saya tadi. Next time homemade potato salad plak ok :)

Hujan lebat petang

Hujan lebaaaaaaattttttt.
Syukur sempat balik hostel...
Elok2 je timing..kalau tak, mau lencun
bila sampai depan pintu bilik.
Syukur jugak takde kilat, takde guruh petir.
Kalau tak...takoottttt..tringat rumah.

Kesiannye kat pakcik Bangla yang
Kerja kontrak buat hostel uitm nie.
Ntah2 diorang pon teringat kat family,
anak bini kat tempat asal time hujan camni.


Ni la penempatan diorang kat uitm ni.
Betol2 kat belakang bilik aku di kolej Delima ni.
Sedih jugak bila pikir2..
Diorang susah payah buat hostel cantik2
Untuk kitorang tapi...
Tempat tinggal diorang sendiri?


P/s~ syukur ya Allah.... syukur alhamdulillah.

traffic light


Traffic light...

Bukan lampu isyarat yang kat tengah jalan tu.
Sayang awak..

Friday, November 25, 2011

Artifak

Tadi carik2 brooch terjumpa plak
Ngan arifak lama zaman perang China dulu.
Sedih pon ye gak sebenarnya.
Terkilan pon sama banyak je.


Terkilan sebab cincin kaca ni pecah
sebab aku gatai tangan nak
tampar nyamuk gemok kat dinding.
Bahana bertindak tak pakai otak,
ni la kesannya... (-_-")
Mula2 pecah dua ja.
Aku gam kan balik (gigih kan?)
Ye la benda orang kasi, mestila sayang.
Lepas gam, elok balik.
Pakai jugak even nampak kesan retak.

Pastu second time cincin
tu jatuh plak dalam bilik mandi.
Terus pecah tiga....redha ja la.
Sayang sangat sebab cincin tu abang yang bagi.
Time form bape ntah.
Dy beli kat cikgu Mandarin dy.
Pastu, paksa dy suruh beli baru.
Yang sama macam tu time jumpa kat mall
tapi dy buat tak tau je...

Tapi ye la, even dah beli baru
sama rupa pon tetap tak serupa
dengan yang asal.
Sentimental value dy dah laen.

P/s: pecah2 pon simpan jugak. Tak boleh pakai pon takpe la janji tak buang :)

(",)

Super lapar plus super bosan.
Nak blogging pon tangan gigil.
*ok, yang tu tipu.

Pagi tadi dah quarter-way typing a post
but then kena stop sebab kena berkelas.
Lepas abeh kelas mood nak sambung typing
dah hilang kemana ntah.

Sekarang tengah tunggu Cik Farah sayang
teman makan.
She almost make me cry just now.
Selalu je buat jiwa halus wa ni terharu.


P/s: nak makan! Nak makan! Nak makan!

nak blogging tapi.....

Mengantokkkkkkkkk.....

Wednesday, November 23, 2011

Dugaan..

Tekal gatal hidung tersumbat..

Tuesday, November 22, 2011

Perot Alien

Hari ni saaaaaangat tau nak makan apa.
Tak lapaq plak tu...
Kalau lapaq gila pon, makan sikit
dah takmau dah.
Ishhh..taktau sejak bila dok
Belajaq kawan ngan nates ni..
Membazir..kecuali orang yang selalu
tolong perabih selalu ada sama. :)
Astaghfirullah halazim...

Dari pagi tadi sampai petang tadi
tak makan pape...
Berjalan banyaaaaakkk, perot krukk krukk jugak
tapi sangat tau nak makan apa.
Beli roti, tak rasa nak makan jugak.
Sekarang tetiba nak tom yam pedas plak!!!
Ngek btol...
Ok, esok kita masak tomyam dengan
kerabu mangga ok!

Kebas tulang bontot

Tadi lepas turun bas, mengeliat sakan.
Turun kat Pekan rabu hari ni..
Tulang bontot kebas punya pasal
Tak kira la orang ramai ke, ciput ke
Mengeliat jugak.
Kebas bukan kes body demand tak boleh
naik bas ke apa, tapi sebab......

Sebab tadi tak dapat single seat.
Kebetulan seat sebelah incek tshirt putih ja kosong.
Duduk ja la, lain dah penuh.
Dah lama tak duduk sebelah stranger,
lelaki plak tu..
Terpaksa jaga jarak.
Bas dahla belok tajam..adoi
Kena sama2 tolong break kaki
Supaya tak kerabat brader sebelah tu.

Nasib baik beliau baek je..
Boleh la buat teman menyembang..
Kalau tak laaaagi rasa macam
Baru turun dari planet Namek.

Saturday, November 19, 2011

M*L@$

MAAAAAAAAALAAAAAASSSSSNYAAAA NAK UPDATE BLOG!!!


P\S~ Secara tak langsung, dah TERupdate satu entry pon ;)

Thursday, November 17, 2011

Selamat ulang tahun :)

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-23
to puan emak dan incek ayah.
Kakak doakan semoga jodoh berpanjangan,
bahagia selalu dan dipanjangkan usia.

p/s~ love u both <3

Sama nama

Tadi blogwalking kat blog kak nadya.
Terjumpa linkwithin to old post.
tajok dy muhammad haziq haiqal.
Teringat kat baby jumpA kat
hospital hari tu....
Ingatkan baby yang sama ke, manala tau.
Tapi Haziq hospital tu nama dy
Muhammad Haiqal Haziq...terbalik je.

Lagipon time jumpa tu, Haziq baru umo 49 hari.
Baby blog kak nadya plak lahir 28 mei :)
Kebetulan kan?
Umo sama, nama pon sama cuma terbalik ja.
Tapikan.......Haziq hospital tu saaaaaangat adorable.
Teringat-ingat lagi kat baby tu :)

p/s~ nak jumpa nama sama macam cik raihan pon susah, dan jarang2 jumpa.

Wednesday, November 16, 2011

Semangat tiba2.

Tiba2 rasa semangat nak packin, kemas barang balik Penang.
Jieha pon tak bangon lagi ni.
Tapi, before this pon dah
banyak kali selongkar,
keluarkan baju, susun itu ini
tapi last2 serupa jugak.
Takda beza pon.
Takdak improvement jugak beg tu.
Taktau nak bawak apa, nak bawak yang mana.
Hahaha...adoiii blurr betol.
Gaya macam tak pernah duduk hostel pulak.

p/s~nak baju baru :)

Tuesday, November 15, 2011

Bila Jieha Merajuk



Dapat eskrim nak angkat "piece"
tapi sudu tetap takmau letak :)

p/s~ untungla merajok2 dapat eskrim...

Monday, November 14, 2011

Pelangi petang

Pelangi petang- Sudirman...
Salah satu favourite song aku tu.
Kebetulan petang tadi hujan..
tapi renyai2 ja pon.
Aku dan Incek ayah dah heading home pon,
baru balik dari beli barang sikit.

Kebetulan ada plak lagu Pelangi petang
maen radio...
Dalam hati aku
"Dah nak Maghrib pon, pelangi mendanya lagi?"
Ayak plak, mula la bukak sejarah
cerita pasal life Arwah Sudirman ni.
Career dy, rumahtangga dy, saat2 akhir dy..

Tiba2 ja incek ayah tunjuk, tu pelangi!!!
Subhanallah...memang betol pon.
Ada jugak pelangi petang tadi.
Tak sangka sebab time tu dah dekat
pkol 7 pon..
Tambah plak hari ni cuaca tak panas.
Mendung dan sekali sekala ada
hujan renyai.
Ingatkan pelangi dah tak kuar la....

Nitezz :)

Off to bed already :)
Esok nak kena keluar awal.
Appointment pkol 8 pagi.
Semoga segalanya dipermudahkan... Amin.

p/s~ so scared to think bout pisau, jarum, gunting....:(

Sunday, November 13, 2011

Cerita semalam....

Actually ni story of yesterday.
But then semalam bukan mo0d
nak story mory happy2 so
hari ni baru nak cerita.

Past few weeks aku ada cakap mood shopping
tetiba menyinggah tak kena masa.
Punyala azab dok tahannnnnnnn ja
sabar sedangkan nafsu nak beli tu
dah tahap melangit dah..

Semalam kebetulan keluar kejap.
Nak disingkatkan cerita semalam actually
bukan keluar shopping, just ntok pergi
amek barang then heading home.
Kebetulan ada masa yang sempat dicuri,
tak sampai half an hour pon
aku cilok masok kedai kasut jugak.

Nak tengok2 ja.
Sebab nak beli kasut ni bukan kerja mudah
(*bagi aku)
Kena usha keluar masok kedai, test, pakai buang
then baru boleyh decide nak beli yang mana.
Niat nak beli flat Bally shoes ja.
Sekali.......


Waaaaaa....heels tu....
Ni puan emak yang pilihkan.
Beria suruh amek yang tu.
Dah cakap nanti jalan tak bolah laju, terkedek2.
Pakai sliper cabuk pon dah asyik kena kutuk lambat.
Puan emak kata takpa perempuan memang kena jalan
macam perempuan sikit.
Pakai kasut gaya perempuan..
oooooo...terfikir jugak,
tak cukup gaya perempuan ka aku selama ni??!

p/s~ alhamdulillah, at least dah hilang sket kempunan nak shopping.

Sesat Satu


Terjumpa nametag sekolah dulu.
Entah macam mana sesat satu
dalam bekas dan jarum.

Mula2 semua asyik complain sebab macam
alien ja nak pakai nametag ikot kaler rumah sukan
Just imagine baju, tudung purple nametag
kaler kuning...
Lagi kesian kat member2 yang
rumah hijau dan merah.
Dah macam apa ja..... :)

Saturday, November 12, 2011

Laugh and cry

"If you make a girl laugh,
she likes you.
If you make her cry,
she loves you"

0o0ooooo... Macam tu ka?!
Ya la kot, tak payah kena marah
terok2...pon dah boleh "panas mata".
Thats totally not my style....before.
Padahal takdak apa pon.
Take sure la pedih mata sebab aircond or
sebab kena sunlight..
sedar2 je dah pedih mata.
Otak cakap, ok je bukan hal besar.
Tapi hati diammmmmm ja...tak back up langsung.
Apekah??!

p/s~ kekadang rasa nak gelakkan diri sendiri pon ada :)