..
Me: Makcik, nak sup kosong ada dak?
Makcik: Ada. Nak bubuh apa?
Me: Bubuh apa? (*dalam hati dah..bubuh apa apa?)
Bubuh apa? (terkeluaq jugak kat mulut)
Makcik: Haa, dalam sup nak bubuh apa?
Me: Selalu makcik bubuh apa?
(wondering about kiub Knorr @ maggi @ perisa sendiri)
Makcik: Ya laa...nak cendawan ka..apa ka?
Me: Haa...cendawan pon boleh la makcik -_-"
*Mana tau nak kena specific dengan makcik ni.
Kalau nak sup cendawan tak ke memang
kena habaq sup cendawan,
aku memang yakin xkan sampai kat tangan
sup dalam cup macam Pizza Hut punya!
Lagipon....yela,
makcik saya tau jugak pasal sup ayam,
sup daging sup ekor.
Saya just nak sup kosong.
Mungkin lepas ni boleh habaq sup "O"
p/s~ Mesti perception makcik tu kat aku dah merudum. "Ni nampak sangat jeneh anak dara satu apa pon xtau ni. Sup cendawan pon payah nak habaq."
No comments:
Post a Comment