Friday, July 31, 2015

The Curse of Teman Lelaki Upahan

Ya Allah.....
I  couldn't believe that I am crying watching this drama.
It make me smile like a silly girl 
but this Teman Lelaki Upahan episode 23
just make me srot sret srot sret early in the morning.
Nasib baik tengok dalam bilik.
Terpelihara sikit. 

Cik Raihan dah pandai fefeeling sekarang.
More sensitive.... *maluuuu
Dulu jangan harap la, sedih tera mana pon I steady ja,
but now I am different.
Nak sambung layan drama.
Kbye

p/s~ Hati tengah fragile...

Thursday, July 30, 2015

Come Again my Crazy Craving.

Hari ni baru start puasa.
Puasa ganti, puasa 6, puasa sunat khamis.
Padanla seminggu raya melantak segala tak pikiaq lagsung.
Sekali timbang, nahhhh...... extra 3kg!
Puaih hati?

As usual bila dah posa ni, macam-macam 
teringin nak makan.
Segala mak nenenk.
Cuma Alhamdulillah masa bulan posa hari tu,
More than half  Ramadhan spent time kat kampus.
Tapi syukur tak mai mengidam hat pelik-pelik.
Dah la nak balik memang tak dan, 
plus dah takdak orang nak melayan
kalau aku merengek nak macam-macam.

Pi bazar pon sampai kerap sangat balik bawak ayaq ja.
Tak selera nak makan.
Paling kerao beli donut dengan karipap.
Sebab rindu Jieha, so eating her fav kuih did help (:

Hari ni teringin burger Jade.
Padahal dalam freezer ada ja frozen burger.
Incek ayah beli.
Cuma takdak bun.
Tapi.....kalau dah buat sendiri tak la jadi burger Jae.
Mestila jadi burger Cik Raihan pulak.

Talking about burger Jade mestila teringat kat 
my burger_hunting partner.
Tapi, nak mengadu pon macam tak patot.
He might have a busy and hectic day.
Sedangkan wsapp time  hour pon tak dan nak tengokkan...
Baik jangan menyibuk.

Makin petang sure la makin panjang list aku.
Kalau luah kat fesbuk, satgi orang meluat pulak.
Kalau tweet, macam tak cukuup emosi,
So ni ruang aku nak ranting everything.

Hee are the list....muahahaa

1. Burger Jade

2. Cakessssss
( when I meak cake with S it means a lot, more than one. tamaknya hangggg)

3. Black paper potato currypuff...hmmm yummy
(nasib baik dah ada yang siap frozen dalam fridge)

4. burger Jade

5. burger Jade

6. burger Jade

Ditto.


Tadi macam banyak, tapi terbang pi mana habeh ntah.
Tengah hari tadi dah siap buat puding roti.
There is extra baguette which I bought past few days.
Takdak sapa layan,  hari tu pakai buat garlic bread cicah mushroom soup.
Tu pon tak habes sebatang.
Terpaksa ;a buat jadi benda len. 


ByFatinsuhana Tag & Win contest

Alhamdulillah rezeki kami.
First time menang contest Tag & Win ni.
Menang kali ni pon tumpang tuah member la kiranya.
Sebab pakat-pakat tag sampai nak kena block la kat ig tu.
Tapi dah rezeki baju raya, dapat la jubah sehelai.
Voucher sorang rm100.

Thank you very much Fatin Suhana boutique (:
I love this Zaara jubah.
Fabric sedap, sejuk dan tak iron pon dah cantik.


Adik-adik buli kakak time nak amek gambaq  (x_x)

Swag raya katanya....
Awkward weh. Kayu kan?

Bukan jenis aku nak berposing bagai, tapi dah dapat baju orang bagi
nak kena tunjuk appreciation jugak.





Salam refresh.

Punya la lama tak update blog, sampaikan akak favourite blog yang aku follow tu pon dah beranak lagi. Last time aku baca pasal dia masa dia bersalin kan anak kedua. Sekali lagi bukak, baby tu dah besaq, siap beradik baru lagi. How time flies and I just neglected my beloved buddies macam tu ja.

Time study memang tak sempat sangat, nak mengupdate. busy. padahal banyak benda nak share. Tapi semua benda tu di share dengan somebody. So, tak la terasa terperam sangat. (i miss him actually). Kebetulan sekarang cuti, (dekat sebulan cuti dah pon) boleh la polish sikit karat dan habuk blog ni. 

Btw, selamat hari raya....Maaf zahir dan batin. ^_^ V


Bersama king of selfie in the family.
Kasi share sikit moment raya.
Memandangkan tahun ni turn Kedah, dan masih cukup anggota keluarga
so boleh la berlatar belakangkan bendang sikit.
Acah-acah "Appreciate the mother nature" sikit.
Tahun depan turn raya kampung ayah.
Sini lagi kampung daripada "kampung" sana tu.
Tapi yala, tu ja kampung yang kami ada pon.
Rumah tok lagi satu kan ke depan rumah ja. 
TAk boleh la nak refer "balik kampung", sebab kentut pon boleh share bau weh. 
Punya la dekat nak habaq bagi.


Tak sangka boleh senyum ni, padahai kena paksa selfie dengan puan emak.

Mak la beria sangat nak ajak shooting kat bendang belakang rumah tokwan tu.
Peduli segala rumput tinggi ka apa ka.
Titi nak seberang takdak, suruh adik ambik kayu nak menyeberang punya pasai.
Dah sesiap lompat pi sana, hingaq nak balik mai pulak!
Haaaaa....baru tau! Pacat panjat betis! Cangak gi!
KAmi hat pakai kain ni lagi seram, mau kalau dia merayap masok dalam kain!
Woi....geli kot nak imagine.
Aku pernah di sentuh pacat masa kem form 5 dulu ja.
Tapak PLKN UUM Sintok, lain tadak.
Terpelihara ok.

Last sekali dapat port tepi pagaq ja la.
Amek bucu-bucu padi hat celuih masok frame (:
But we are all happy, sebab boleh buat mak happy dan puas hati.
LAyan kan ja, bukan susah pon.
Gembirakan hati mak tu kan besaq pahala dia (:


Mak zaman modern, gambaq nak boh fesbuk -_"


Haa...pengabisan dah. Gambaq last depan pagaq rumah tok.

p/s~ Incek ayah tidak kelihatan di dalam mana2 gambar kerana beliau telah bergegas ke Pedu untuk memborong sebonet penuh durian. Soalan quiz. Calculate the total volume of bonet Avanza?

Hasilnya. Taraaaa..... Kalau kira betol mau dekat30 biji semua sekali.
Total rm50 sahaja. Alhamdulillah, sedap pulak tu.