Punya la lama tak update blog, sampaikan akak favourite blog yang aku follow tu pon dah beranak lagi. Last time aku baca pasal dia masa dia bersalin kan anak kedua. Sekali lagi bukak, baby tu dah besaq, siap beradik baru lagi. How time flies and I just neglected my beloved buddies macam tu ja.
Time study memang tak sempat sangat, nak mengupdate. busy. padahal banyak benda nak share. Tapi semua benda tu di share dengan somebody. So, tak la terasa terperam sangat. (i miss him actually). Kebetulan sekarang cuti, (dekat sebulan cuti dah pon) boleh la polish sikit karat dan habuk blog ni.
Btw, selamat hari raya....Maaf zahir dan batin. ^_^ V
Bersama king of selfie in the family. |
Kasi share sikit moment raya.
Memandangkan tahun ni turn Kedah, dan masih cukup anggota keluarga
so boleh la berlatar belakangkan bendang sikit.
Acah-acah "Appreciate the mother nature" sikit.
Tahun depan turn raya kampung ayah.
Sini lagi kampung daripada "kampung" sana tu.
Tapi yala, tu ja kampung yang kami ada pon.
Rumah tok lagi satu kan ke depan rumah ja.
TAk boleh la nak refer "balik kampung", sebab kentut pon boleh share bau weh.
Punya la dekat nak habaq bagi.
Tak sangka boleh senyum ni, padahai kena paksa selfie dengan puan emak. |
Mak la beria sangat nak ajak shooting kat bendang belakang rumah tokwan tu.
Peduli segala rumput tinggi ka apa ka.
Titi nak seberang takdak, suruh adik ambik kayu nak menyeberang punya pasai.
Dah sesiap lompat pi sana, hingaq nak balik mai pulak!
Haaaaa....baru tau! Pacat panjat betis! Cangak gi!
KAmi hat pakai kain ni lagi seram, mau kalau dia merayap masok dalam kain!
Woi....geli kot nak imagine.
Aku pernah di sentuh pacat masa kem form 5 dulu ja.
Tapak PLKN UUM Sintok, lain tadak.
Terpelihara ok.
Last sekali dapat port tepi pagaq ja la.
Amek bucu-bucu padi hat celuih masok frame (:
But we are all happy, sebab boleh buat mak happy dan puas hati.
LAyan kan ja, bukan susah pon.
Gembirakan hati mak tu kan besaq pahala dia (:
Mak zaman modern, gambaq nak boh fesbuk -_" |
Haa...pengabisan dah. Gambaq last depan pagaq rumah tok. |
p/s~ Incek ayah tidak kelihatan di dalam mana2 gambar kerana beliau telah bergegas ke Pedu untuk memborong sebonet penuh durian. Soalan quiz. Calculate the total volume of bonet Avanza?
Hasilnya. Taraaaa..... Kalau kira betol mau dekat30 biji semua sekali. Total rm50 sahaja. Alhamdulillah, sedap pulak tu. |
No comments:
Post a Comment