Showing posts with label .:Resepi:.. Show all posts
Showing posts with label .:Resepi:.. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Caramel Bread Pudding

Ni resepi sebab nak elak membazir.
Dah lama ada dalam buku resepi,
aritu roti dah nak expired...sayang...
So buat la benda alah ni.
Alang2 tengah demam
"Manisnya CInta Di CAppadocia"

so ni la hasilnya...


REsepi dia simple ja

3 keping roti gardenia
1 tin susu cair
gula
telur sebiji
esen vanila
secubit garam(bagi naik lemak)
(blender semua sekali)

Tuang atas gula yang dah dihanguskan..
pastu kukus sampai masak.

Disebabkan aku selalu masak hantam2 ja,
so memang ikot rasa ja..agak2.
MAsa pon agak...ikot la jugak buat bekas apa.
Love ni sebab pakai bekas kek Choc Anis tu. 
kukus dalam tu senang...lawa pon lawaaa

Wednesday, November 27, 2013

Sardin rolled

Akhirnya kali kedua percubaan 
buat doh ni menjadi jugakkkkk...
Seronokkkk sangat.
Sampai pukul 10 malam pon excited,
dok peram yis and uli doh lagi.

Macam2 rupa ada.

After about half an hour
doh tadi dah naik lagi sekali.

Sardin rolled siap goreng



Saturday, March 16, 2013

sabar je la....

Time2 mcm ni la
fon nak buat hal pon...
Whatsapp dah diceraikan pulak..
Wish to have my own new gadget..
Asyik pakai barang org xnak je :(

Friday, February 22, 2013

Homemade Tiramisu

Last fortnight, before birthday aku kitorang buat Tiramisu.
Buat dengan makndak.
Consider ni kek birthday from makndakla.
Semua bahan penting makndak yg sponsor.

Ni bahan paling penting.
Mascarpone cheese

Ni lagi satu,
ladyfinger cookies.

Bahan-bahan:

250 gm mascarpone cheese.
300 ml whipping cream
air kopi @ Nescafe (aku guna Nescafe sebab lambat sedaq kopi abes kat rumah tu)
Ladyfinger cookies
3/4 cup of castor sugar
1 biji eggyolk
1 tbs vanila essence
1 cup of fresh milk (xkesah la nak full cream ke original ke)

Compactkan dalam tupperware.
Simpan dalam fride.

Potong and taburkan coco powder.
Cara-cara nak buat mereka nie....

1. First, mixed eggyolk + sugar + susu dalam periuk. Kacau bagi rata je, xperlu nak kembang ke apa.
2. Bukak api kecik, heatkan sampai naik bubbles then tutup api. Tak perlu sampai mendidih.
3. Remove heat, then simpan dalam fridge selama sejam.
4. Dalam masa menunggu ni, boleh la start pasang mixer, timbang @ sukat mascarpone cheese & Whipping cream.
5. Campurkan mascarpone cheese, whipping cream, vanilla essence then pukul saaaaaammmmpai kembang.
6. Pastu baru masukkan bahan yang simpan dalam fridge tadi. (by this time InsyaAllah cukup dah sejam sebab benda ni pon nak kembang take time)
7. Bila dah rata semua.....Tadaaaaaaa, siap dah!
8. Ye, siap creamnya aja. Yang completenya, remdam the lady fingers dalam kopi @ nescafe then susun dengan penuh disiplin dalam bekas.
9. Siap satu layer biskut, lapiskan dengan cream. 
10. Ulang..dan ulang sampai habes cream. (:
11. Pastu boleh la sejukkan dulu before makan.
12. As garnishing, macam biasa tgkla...ayak sikit coco powder atas dia. Dah boleh makan.

*Dengan sukatan bahan kat atas, cukup dgn 1 eggyolk je. Kalau guna up to 3 eggyolks nanti cream akan jadi sangat lembik sampai kena makan dengan sudu.

p/s~ Tak sempat nak snap picture satu2, step by step sebab overexcited nak try buat and makan. SEDAPPPPPPP!!!!

Friday, December 23, 2011

Kek kukus



Hari ni tutorial
Buat kek kukus coklat dengan
Mak ngah...nyummm3!!

Bahan dia simple je.

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 cawan minyak Mazola
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Kacau rata semua
Then kukus selama 20-25 minit.
Tadaaaaa...siap macam dalam pitcha.

Thursday, December 22, 2011

Couples Caramel Pudding

Miahaha... sedap tak nama?


Nama je gempak.
Tu pon, bukan apa sebab hari ni
saja try guna ingredient baru.
Blender satu tin susu cair,
gula putih,
Telur sebiji
Plus ingredient penting...
Tadaaaaaa...biscuit couple.
Alaa, biskut yang ada krim kat tengah tu.
Sesetengah orang panggil
biskut kawen...macam2.
Sedap jugak rasa dia.
Nasib baek tak pelik (^_^)

Tapi first of all buatkan
Gula hangus dulu dalam loyang.
Pastu tuangkan bahan dah siap blend tadi.
Lupa plak..add on satu sudu teh esen vanila.
Untuk kasi hilang sikit hanyir telur tu.
Then kukus 20 minit..
pastu siaappppppp!!!!
Jadi la macam yang dalam pitcha tu :)

P/s~ guna tu pandai2 la adjust. My pudding today TERMANIS la pulak...hewhewhew

Wednesday, December 21, 2011

Potato salad : 1st trial


*Thanx to Amalina Ezzumi
sebab share resepi ni.
Sedaaaaapppppppp ~ngeeee

Friday, November 4, 2011

Homemade Beef Pie

Hari ni try resepi baru.
Homemade beef pie.
Ni first time nak buat..
Before balik ari tu dah mintak
resepi kat Nisa, adik culinary bilik aku dulu.
Nervous ni nak buat ni...excited lebih lagi.

untuk crust dia:

130 gm all purpose flour
(aku campor je all purpose ngan tepung gandum)
65 gm butter sejuk
50 gm castor sugar
garam sket
4 sudu besar air sejuk



inti dia:

Kali ni alu ada daging je
plus kentang...
Saje nak try buat pakai resepi inti karipap.
So, masokkan je la
kentang
mince meat
suka nak tambah carrot sket (dadu)
daun sup
gula garam
sebuk kari

p/s~ malas nak upload pic step by step....

Wednesday, November 2, 2011

Chocholate chips cookies.

Yang nak ajar sangat pon tak pandai.
Dah 2 3 kali buat pon asyik
menggelebeh je bila dah masok oven.
hilang teros rupa homemade cookies dia.
Tak tau la ape dosa aku, ape salah aku...sob2
Sampai member sendiri panggil
"kuih bergedil"! Ade ke patot..

Nasib bAek abang dengan adik ada.
Depa cakap rupa tak penting,
yang penting rasa sedap....
~ngeeeeee....sejuk hati sikit.
Walaupon rupa tak elok, tak jadi
tetap ada orang sudi makan.

Bahan-bahan choc chip cookies:

250gm butter
1 biji telur
1 sudu makan susu pekat manis
150gm brown sugar
1/4 sudu tea garam halus.
1 sudu tea esen vanilla
setengah sudu tea baking powder
1/4 sudu tea soda bicarbonate
50 gm sliced almond
50gm roll oat
100gm choc chips
25gm kelapa kering
250gm tepung gandum

1. Pukul butter, brown sugar,telur, esen vanila susu pekat, coco powder, garam halus, baking powder dan soda bicarbonate.

2. Masokkan suma bahan except tepung. Benda2 ni actually boleyh tukaq2 , depends kita suka apa. Boleh campor atau lebihkan sikit apa yang kita nak.

3. After that, baru add on tepung dan kacau rata.

p/s~ benda ni memang lembik, kena pakai sudu nak letakkan atas dulang. Jangan tebal, biar lebar xpe...nanti tak crunchy kalau tebal sangat. Selamat mencuba Cik Yana :)

Shortbread

I love to bake...anything, anytime.
Tak semestinya tunggu raya dan ikot mood jgak.
I love chocs very much.
Zaman Rebina jadi hantu Almond London.
Tapi bila dah besar2 ni, I prefer shortbread!
Homemade, tak nak yang beli.
Kalau buat sendiri tak jadi puas hati.
Tapi kalau beli tak sedap rasa rugi.

After SPM dulu sempat join kelas buat cookies
and other few classes lain dengan Kolej Komuniti Jitra.
Time tu memang rasa alien jugak.
Awkward sikit nak berkawan.
Yang attend the class semua makcik2 pencen
yang bosan dok rumah.
Aku sorang je la yana paling muda.

bahan-bahan shortbread:

200gm butter
90gm icing sugar
220gm tepung gandum
100gm tepung jagung
100gm cococrunch
1 biji telur
1 sudu besar coco powder
1 sudu tea emplex
1 sudu tea baking powder.

1. Mula2 campor je suma tepung gandum + tepung jagung + emplex + baking powder. Boleyh jugak add on almond cincang...laaaaaagi sedap. Dalam 20-30 gm cukup la.

2. Blender cococrunch then campor ngan coco powder.

3. Pukul gula + butter sampai kembang. Pastu tambah caporan tepung sikit2 dan jugak bahan no 2.

4. Uli sampai doh lembut. Lagi elok biarkan doh tu rehat jap 30-60 minit. Lagi lama lagi elok.

5. Terap ngan acuan suka hati, tapi elakkan yang berbucu macam bintang, nanti kalu celup chocs jadi tak cantik.

6. Then bakar 150° dalam 30 minit camtu.

7. Dah sejuk boleh celop dalam chocs. (time double boil chocs tu, tambahkan sekali coco butter) Untuk bagi chocs tu beku elok.

Saturday, October 29, 2011

RendAng tok

Hari nie puan emak request tolong
buatkan rendang tok...
Mak aii, pandai pulak wa buat menu Perak tu.
Puan emak dan incek ayah dua-dua mesyuarat hari ni.

Jarang nak try menu yang banyak rencah nie.
Masak aci campak boleh la.
Ape lagi...wa bukak kitabla.
Nasib baik abang banyak tolong.
Selalu pon macam tu...
akan ada yang temankan,
tak tolong banyak pon takpe as long as 'ada' :)

so pagi-pagi lagi dah 'bertukang'
kat dapur dengan abang.
Sekarang rendang dah atas api pon.
Tak tau la jadi ke tak.
Menu pakai buku resepi mungkin
tak sama macam rendang tok original perak.

At least boleh la nak share sket bahan-bahannya


  • daging
bawang merah
bawang putih
halia
cili kisar
jintan manis
black pepper
bunga cengkih
serbuk kunyit

bahan blender :

kerisik
santan
serbuk ketumbar
jintan putih
buah pelaga kulit kayu manis
gula dan garam.

*buku tu tulis campor je daging ngan bahan blender dan lain2
(bawang, halia etc) then perap kejap. Pastu masokkan dalam periuk, bukak api, masak sampai kering. Macam simple kan? Wa ikot instruction je, tak jadi tauuuuuu...

Tapi bila dah mula mendidih hasil karya wa tu..
baru la nak perasan...haha haddoii
wa trlupa masokkan bunga cengkih tuuuuuu..
Abaikan benda bolehhh? Kali ni je, dah terlambat je
rasanya kalau nak topup sekarang pon.

Hari ni wa belajar kenak jintan manis
ngan jintan putih.
Jintan manis gemok, jintan putih kurussssss..
Rupa macam twin :)
Lagi satu, puan emak kata serbuk ketumbar
tu rempah biji yang ditumbuk..
Entah...wa ikot je..

p/s~ Tengah menunggu hasil karya masak. Tak tau ape khabar dia nanti :)

Sunday, August 21, 2011

Kek ice-cream~

1- Kek coklat tanpa krim
2- Ais krim yang dalam bekas sederhana (dalam 500ml @ 800ml)
3- Whipping krim (200ml)
4- Strawberi & coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya:
1- Campurkan ais krim dengan whip krim. Memang ais krim dengan whip krim akan mencair untuk sebati. Kacau sampai sebati. Kalau korang nak rasa kacang, tambahlah dengan kacang walnut hancur, kalau nak rasa biskut2 sket, tambahlah biskut oreo yang da dihancurkan k.
2- Amik kek coklat tadi, masuk dalam bekas berpenutup yang korang nak buat acuan kek ais krim tadi.
3- Amik bahan bancuhan tadi then masukkan dalam bekas yang da di isi kek tadi. Kalau ada penutup, sila tutup dan masukkan dalam peti ais.
4- Bekukan dalam 3-4 jam (aku bekukan satu malam) dan bila da beku, kuarkan dari bekas dan hiaslah dengan strawberi dan coklat rice tadi.

Saturday, August 20, 2011

ShortbreaD [kali ni bt0l2]


Disebabkan resepi yg dapat time beljar dulu ntah kat mane disimpan..kena go0gle resepi baru

Tapi syangla sebab  shortbread resepi tu sedap...suka!


Bahan-bahan 

  • Bahan (utk base biskut)
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
  • Bahan (utk hiasan)
  • 200g coklat masakan
  • 1 camb shortening
  • 75g coklat putih

Cara-cara

  1. Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
  2.  Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
  4. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
  5. Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
  6. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
  7. Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
  8. Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali .
p/s~ Resepi ni lain skit sebab yg belajar tu xpakai loyang, celup one by one dalam melt choc..nanti nak balik carik jugak resepi tu. HArap2 jumpa...:)

Puding Truffle


Bahan-bahan:
  1. kek swiss roll (boleh guna lebih2 kek yang dijual dekat kedai kek, or kek span)
  2. oreo 
  3. koktel buah-buahan
  4. susu penuh krim (300ml)
  5. telur (sebijik)
  6. tepung kastad (1 sudu besar)
  7. gula pasir (80gm)
  8. serbuk jelly
  9. air 
Cara-cara:
  • Masak Kastad
  1. masukkan susu, telur, tepung kastad dan gula dalam periuk.
  2. kacau bahan2, dan guna api perlahan. (masak kastad kena selalu kacau, takut berketul2)
  3. masak sampai likat.
  • Masak Jelly
  1. masukkan jelly dan air dalam periuk hingga mendidih
  • Masuk ke dalam bekas
  1. bekas diisi isi siap dengan kek dan oreo yang dihancurkan. (buat lebih awal, before masak kastad)
  2. masukkan kastad yang siap dimasak tadi.
  3. sudukan koktel buah-buahan
  4. tuangkan jelly yang telah siap dilarutkan
  5. sejukkan.

    p/s~ before ni pernah buat, tapi dah terlupa resepi dy..xtau lak nama dy puding truffle....=D