Monday, October 31, 2011

Tak boleh buat pape

Kadang2....no, selalu jugak rasa nak halau je
cik roomate sorang tu!
Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!
Buat bengkek je......

ArtWorK II

Ni project aku after SPM.
Tahun 2008 duluuuuuu.....




90% Siap.
Benang abes, pastu tak pergi beli baru.
Tak sangka mampu nak buat
cross stich ni, 33 × 23 cm besar dia.
Time rajin sampai juling2 mata dok hadap.
Time tak rasa nak buat tu, sentuh pon tak nak.
Entah bila nak siapkan benda ni.
Sangat tak sabar nak frame kan artwork ni.


*Its should look like this when
completely done soon

ArtWorK :)




*Ni hadiah puan emak bagi kat incek ayah
23 tahun lepas.
23 Tahun ok! Lebih tua dari aku tu.
Handmade.
Incek ayah pernah mention yang itu la
satu2nya lebai paling comfortable.

Tadi petang nampak puan emak kait yang baru.


*ni yang puan emak buat baru

p/s~ terpegun dan ralit tengok puan emak mengait. Macam magic! Aku tak pandai nak mengait....lagi.

Sunday, October 30, 2011

Master chef

Master chef malam ni kena prepare
memorable childhood dish.
Otomatik aku teringat, yang paling ingat
dari iQ budak kecik aku dulu2...
Pagi2 sebelom pegi tadika mesti incek ayah
akan suapkan half boiled egg sama kicap.
Time tu merebut2 ngan abang.
tapi sekarang dah tak lalu dah...
Macam nak muntah...
tapi kalau ayah yang suapkan lagi...
hehehe...aku telannnnnnnnnn jugak :)

*ingat sangat time dua2 patuh ja mengadap ayah tunggu turn kena suap.....

Love Matter

Rasa macam tak layak je nak nasihat orang lain
pasal love matter nie.
Tapi dah macam magnet pulak.
Dari dulu sampai sekarang ada yang mencari.
Hurrmm...kengkadang tu speechless jugak.
Krukkk......krukkk...
Tak tau nak cakap ape, nak advice ape..
Aku sendiri pon bukan profesional...
Berchenta pown tak pernahhhhhhh!! (ini fact)
Boleh jadi tukang dengar la kot...
And seriously aku sangat tak kesah untuk menjadi pendengar.
Maafla kalau kadang2 aku tak respond
like expected....
Entah, kadang2 rasa sedihnya tak mampu
nak tolong comfort kawan yang tengah susah.
Tak tau nak tolong macam mana....

###########################

Sometimes takot nak 'berkawan' pon sebab
asyik dengar/tengok masalah rumah tangga orang...
Phobiaaaaaaa... Tapi tak semua orang sama.
People will have their own story..
own version.... I dont wanna be in fairy tales.
I'm not dreaming of being
Cinderella and her prince charming
or Snow White, Rapunzel, Puteri Gunung Ledang atau
apa2 je la.....
Cukup sekadar jadi original me..Rasyiqah Raihan Roslee.

Bertukang...

Petang tadi tiba2 dua orang adik
aku hilang. Tak dapat dikesan...
Suddenly terdengar suara budak dua orang
tu bergelak kat belakang plus bunyi
ketung-ketang-ketung ketang....
Ah, sudah! Projek mega ape pulak dah kali ni...

Usha punya usha....oh...
Abang tengah gergaji kayu, adik dah ready
ngan hammer dan paku kat tangan.
Collaborate buat apa la dekat2 senja ni

Bila di siasat, oh kes diorang dah berlarutan rupanyaaaa..
Past few days dah dengaq bunyi bertukang dalam bilik.
Bila bukak pintu, dua2 tengah tekun kelebek katil.
Eh, apecer bro?? Muka masing2 tak boleh belah.
Rupa2nya, besi katil dah patah.
Kalo duduk katil terlipat macam sandwich.
Dah siap bertukang, sekali lagi pi tengok
dua2 dah tertido atas carpet bawah tu.
Gaya letih sangat je....tapi serius comel :)

Tapi that time boleh back up lagi.
Hari ni.....nasib tak berapa baik.
Besi tu dah patah teros.
Tu yang nak tak nak kena juga cari kayu penyangga.
Kalau tak, pakat jadi roti kapit la malam ni
atau pon tido bawah terosssss...
Dah potong, paku, pasang siap Lega la kot
dah tak payah risau kena tido bawah ke ape...
Tau pon susah...lagi nak wrestling tahap tak hengat...
Rebina betol...tapi takde diorang sumpah sunyi.
Kalo wrestling pon, saja2 nak mengusik je...

Saturday, October 29, 2011

Anugerah terbaik

Kak long sedih baca mcg Nadia tadi.
Takat ni, memang kak long tak faham
apa yang dah terjadi...
antara nadia ngan adik nadia.
Its ok sayang...take your time.
From your mcg tu kak long faham
sedih bila adik tak treat kita as kakak.

Nadia tak boleh aspect setiap relationship
akan perfect, takde dear....
same as friendship pon.
But relation ngan adik beradik are tighter than we know.
Adik-adik kak long pon tak perfect, kak long pon tak...
Even sekarang pon kitaorang ada ja gadoh.
Tapi normalla tu...

I'm 'aint a perfect sister...not really a very good sister too.
Tapi kak long sangat2 bersyukur ada adik2
yang tolong bantu kak long "seems" to
be perfect....
Alhamdulillah, kak long di anugerahkan adik2 yang baik.
selalu ada untuk kak long, selalu support.
But still, bukan nak cakap
our days always perfect without fight....
Ada...tapi mungkin jarang.
Nak kecik hati pon bukan orang lain.
Darah daging sendiri....

Maybe belom masanya lagi Afham nak appreciate nadia
as kakak dia, to be hihglighted the only kakak yang dia ada.
Insyaallah satu hari nanti dia akan berubah.
Doakan semoga dia lembut hati...
berubah to be someone better...
Biasala tu, guys....kadang2 lambat matang.

but for sure, tak perlu jadi
kakak yang garang untuk buat adik2 respect kita....
Tak perlu membebel 24/7 untuk buat
diorang ikot cakap kita..
tak perlu memaksa jugak untuk
buat diorang tolong kita buat sesuatu...
Pelan-pelan, tapi built
strong relation tu dari awal kalau boleh..
so that nanti tak terlambat...
Supaya tak jadi strangers dengan
darah daging sendiri...

Si hijau kepek

Tengok......
dah kempis dan kepek...
bertambah buuuuurokkkkkkkk...

Angkara Najiha

Semalam paknjang satu family datang rumah.
Si kecik tu macam biasa la,
rata ceruk dia explore...
amek dolphin besaq buat kuda...
and always nak "mengorat" magnet yang lekat
dekat fridge tu...
dah dibawak lari si kecik tu kat depan,
nampak plak mata dia my green angry bird
lembik dan berlampu hadiah incek ayah tu.
Bila dah bagi, di penyek-penyek benda alah tu.
Penyek tahap cipan punya.
Suka kot tengok angry bird muka tembam.
Last2,angry bird tu ntah meletop ke ape..
terkelepek je macam buntal mati...
Takat tu je la jodoh kami....
Tamat sudah riwayat benda lembik tu... :'(

Tok cina

Incek ayah tanya kenapa rendang tok
kakak tak hitam....jadi kaler macam masak kurma.
I just replied, tok kakak Cina la ayah (^_^)

Siap dahhhhh!!!

Sementara dok terkedek-kedek type
post tadi, dah siap pon rendang tok aku.
Adik memang selaluuuuuuuuu sangat
jadi tukang rasa paling awai sekali.
Bila dah rasa, terus cepat2 amek pinggan.
Terus adik makan nasi lauk rendang tok kakak dia.

RendAng tok

Hari nie puan emak request tolong
buatkan rendang tok...
Mak aii, pandai pulak wa buat menu Perak tu.
Puan emak dan incek ayah dua-dua mesyuarat hari ni.

Jarang nak try menu yang banyak rencah nie.
Masak aci campak boleh la.
Ape lagi...wa bukak kitabla.
Nasib baik abang banyak tolong.
Selalu pon macam tu...
akan ada yang temankan,
tak tolong banyak pon takpe as long as 'ada' :)

so pagi-pagi lagi dah 'bertukang'
kat dapur dengan abang.
Sekarang rendang dah atas api pon.
Tak tau la jadi ke tak.
Menu pakai buku resepi mungkin
tak sama macam rendang tok original perak.

At least boleh la nak share sket bahan-bahannya


  • daging
bawang merah
bawang putih
halia
cili kisar
jintan manis
black pepper
bunga cengkih
serbuk kunyit

bahan blender :

kerisik
santan
serbuk ketumbar
jintan putih
buah pelaga kulit kayu manis
gula dan garam.

*buku tu tulis campor je daging ngan bahan blender dan lain2
(bawang, halia etc) then perap kejap. Pastu masokkan dalam periuk, bukak api, masak sampai kering. Macam simple kan? Wa ikot instruction je, tak jadi tauuuuuu...

Tapi bila dah mula mendidih hasil karya wa tu..
baru la nak perasan...haha haddoii
wa trlupa masokkan bunga cengkih tuuuuuu..
Abaikan benda bolehhh? Kali ni je, dah terlambat je
rasanya kalau nak topup sekarang pon.

Hari ni wa belajar kenak jintan manis
ngan jintan putih.
Jintan manis gemok, jintan putih kurussssss..
Rupa macam twin :)
Lagi satu, puan emak kata serbuk ketumbar
tu rempah biji yang ditumbuk..
Entah...wa ikot je..

p/s~ Tengah menunggu hasil karya masak. Tak tau ape khabar dia nanti :)

Thursday, October 27, 2011

BlueButterfly

Last night I've a dream of a blue butterfly.
I dont know why and where it comes from
but no matter how hard I tried to push it out
from my place it just flying around me...
Flying next to me and seems like it wont leave me
no matter what happen..
and at the same time, my heart said so.
That it wont leave me...I just dont know why..
and I dont know how...but I just feel...
Suddenly this morning when I just woke up
I feel like unprivate my blog...

*morning sunshine....Alhamdulillah :)

Wednesday, October 26, 2011

Seventh day

Dah lama tak post onion head emoticon.
Then for seventh day nie aku just nak post...

MySpace

Puan emak pesan, lain kali jangan
suka-suka nak tetap rule
tak contact seminggu ka...
dua minggu ka...
sekarang diri sendiri yang menggagau.

Dah la lately nie asyik nampak ViVA hitam je semedang.
Tak tau la mai mana semua tu..
Ramai plak tu...
Macam dah tak  dak yang kaler lain..
semua hitammmmmm ja.

Tak sedar jugak bila ada ramai orang 
kampung Panchor sendiri 
pakai ViVA...
asyik dok lalu depan rumah nie ja....
Dugaan betoilaaaaaa!!!
Hari nie baru genap seminggu.
Ada lagi seminggu....
Lamaaaaaaa lagi tu....srob3!!

MySpace

Smurf

How I wish my mista smurf
can talk to me...respond to me..
not just smile and look forward
without feelin'

Wishing

How i wish i could
wish you good morning again...

Tuesday, October 25, 2011

Serba tak kena

Dah tak lalu nak tukar channel tv..
dah tak lalu jugak nak repeat novels..
tak dak mood nak layan CSI..
malas nak reply mcg sesiapa...
nak pejam mata tapi tak boleh lelap..
nak main game pon dah tak lalu..
mp4 pon tak boleh dibuat teman..
bintang dalam bilik pon poyo semacam je malam ni.
nak online pon dah tak menarik..
Apa pon serba tak kena ja malam nie..

Got to see Him...
readingHis love letters..always can give me comfort.
Alhamdulillah....He loves me

Stylo in green

Ni one of the pitcha yang catch my eyes.
Stylo kot...
Unique...
Creative...
Awesome...
kemas...


*Cantik kan?? baaaaaaaanyak plak tu.
tapi siapa sangka...


















*Those asparagus actually a cake!!!!

Bahaya calcium

Past few days baru je cakap pasal calcium.
Kebetulan dalam column HealthSmart ada
tulis pasal calcium...
"Is calcium good or bad?"

Stated in one of the phrase that people always assume
calcium is gooooooooood for health.
But actually calcium also might be bad
for our health especially heart.

*Gullpp...meaning that I've the risk too.
This fact somehow scares me a bit.

Recent analylis yang dibuat proved that
daily supplement which consist of
1000 mg of calcium plus 400 IU of vitamin D
increased 22% of the risk to gain heart problem!
This fact specially concerned to calcium in pill form.
The pill would prevent three fractures but
cause six heart attack or strokes.
Ooooo...no! Such scary facts.

Then in the last paragraph suggested that
the best ways to get calcium are through
food or supplements that no more than
600mg daily...Ya Allah
I run to my bottle reading the descriptions.
Such a relief when it shown that mine is 600mg :)

Sama juga

Baru kejap tadi abang dapat call
dari member dia pasal sorang member baik
yang kenal dari secondary school sampaila
kat kolej pon sama-sama sekarang baru ja
meninggal... Sama juga macam arwah
abang afif asyraf, adik kak nadya.
LEPTOSPIROSIS

Boleh nampak muka sedih abang bila dia call
kawan-kawan lain untuk sebarkan berita tentang arwah.
Boleh faham perasaan dia...
Kawan baik, yang memang rapat sangat-sangat
dah pergi buat selamanya...
Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali...
Semua member lain pon susah nak terima.
Dalam masa beberapa minggu ni ja arwah dah pergi.
Baru lepak sekali sebelum balik cuti hari tu.

Tumpang sedih atas pemergian arwah.
Terima kasih sebab dah banyak tolong adik kakak.
Kakak boleh tolong sedekahkan
Al-fatihah, Yassin dan kiriman doa
semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...

*AL-FATIHAH BUAT ARWAH
yang meninggal di Hospital Melaka
dan insyaallah akan dikebumikan di kampung halaman di Sik,Kedah.

Sixth day

Rasa nak meletup sangat2 hari nie
:"s

Reader's Digest

Bosan punya pasal, hari aku betol2 'digest'
buku nie hari ni.
Before this aku just layan tengok pitcha yang
menarik and read the jokes published inside.
Kadang2 baca story yang betol2 best je.
Usually stories or articles bout life,
motivation....something inspire la.
Keluaran November kali nie, comeyl je dy punya
cover pAge...interesting, catchy :)
(*dah gaya promote dapat percent plak kan)

Dah baca cerita pasal sibling ni...
orphaned, Daniel and his brother Leonard.
Parents diorang mati kena tembak dengan perompak,
then makcik bela but then asyik kena layan macam
anjing even diorang kecik lagi time tu.
Sedih betol cerita hip diorang, but thanks God
diorang adik beradik tak dipisahkan dan
tak berpisah-pisah...

p/s~Nak tau details, bace la mag reader's digest
edisi november then bukak muka surat 86

Buhsannnnnnnnnnn

Buhsan tahap gaban nie.
Puan emak ada karnival di SK Tokai, Pendang.
Balik petang...sunyi je rumah nie.
Ada abang, alang ngan kakak je.
Incek ayah pon x balik lagi..
xtau la meeting ka apa.
Hari ni adik ada game Paintball kat Sungai Petani.
Adik pon balik petang jugak.
Hurmmm...cuti lama sangat pon buhsan, xcuti pon buhsan.
Manusia memang susah nak rasa bersyukurkan....
Astaghfirullah halazimmmmmmm....

Monday, October 24, 2011

Fifth day

Hari ni dah masuk hari kelima pon.
How was your day, awak?
Sihat tak hari ni?
Lately sibuk lagi ke?
Awak ingat orang macam orang ingat awak tak?

*Always hope you are under His bless....always :)

Berubah.

Tadi blogwalking kat blog incek ntah-sapa-nama-dia.
suddenly macam muncul satu spirit yang
buat aku rasa lepas ni nak improve style penulisan.
So far, as you can see masih lagi in term of rojaks.
At least sekarang dah tanam azam baru
nak reduce typo error and kalau boleh dah tak nak guna
shortform dah...
Even before this pon selalu je kena
bahan ngan member-member sebab selalu sangat-sangat
buat typo....dah macam sinonim dah.
So, hari ni merupakan langkah utama kearah perubahan.
Jom berubah ke arah yang lebih baik :)

Sakit tangan kanan

Ni dah second day rasa sakit tangan yg xtau punca.
Tersedar pon sebab nak angkat benda berat,
then rasa sakit.
Nasib baek x teruk, paling ketara aroud ibu jari n jari telunjuk larrr...
mak ai....mau menjerit jugakla masa mula2 rasa tu.
Pastu dah boleyh bajet dah brg mana yg berat
angkat ngan tgn kiri je.
Lesung batu, bakul kain, vakum pakai tgn kiri...
tapi, kuranglA sket pahala xpakAi tgn kanan.
Hopefully cepat baek, rasanya xde la kes berat..
saje je kot sekali sekala nak meragam :)
Alhamdulillah...terasa nikmat kesihatan yg Dia pinjamkan (^_^)

Lambatnyaaaaaaa!!!!

Lambatnya nak abeh 2 minggu.. :'(
Hari ni baru hari ke-4
Rasa menyesal pon ada (sikit) sebab tetap limit 2weeks.

*awak, nak Mat Kool Traffic Light (~_^)

Sunday, October 23, 2011

Deactivation

Just deactivate my fb account.


*Wondering how to contact Kak mila?? Hurrmm

Saturday, October 22, 2011

Reaching those stars

This evening suddenly I felt like
to clean up those stars hanging in my room.
They all are almost covered by
the spider web already.
I dont have the problem with the stars on the
wall, only with those which hanging with the thread.
Feel like want to slap all the spiders laju2.
Eerrggghhhh! Geramm!

*Third day

Today is the third day of.....
urmmm of quarantine??
Whatever...
I really hope that you are
always fine with the bless of HIM everyday.

Bius!

Hari ni masok hari kedua rasa mcm kena bius je.
Paralysed trok! Jadi mengantok yg x terkawal.
Kalo malam ok jugak.
Ni dalam pkol 10-11 camtu dah x larat bukak mata.
Malam2 bukanla tido lmbat pon.
Macam biasa ja jugak..tapi, entahla.
Kengkadang bila lawan mengantok,
sampai meleleh ayaq mata plak..

*x mkn ubat pape pon.....("_)

Lu langsi, wa kawen lagi

Midnight movie with my adik2.
Bini-biniku gengster...
Lambat sket, org laen dah tgk hangit
aku baru nak kenal..
xpela...janji dapat tgk jugak (^_^)v

Friday, October 21, 2011

Tolongla sabar ye!

Rasa ringan je tgn ni
nak text awak...

"How was your day?"

Tapi, dah janji...no contact at all.
ok, I put away my fon.
out of my sight...the best way I think.

Menyesal sgt2 :"(

MenyesalnyA x redah pergi sorg kenduri kakak kak mila
15 oct hari tu...
nak bukak fb dah la mengalahkan siput p*g..lembab!
Hari ni bArula nmpak komen kak mila
yg dy tunggu je tepacak kat
gerbang umah hari kenduri tu.
Takot Aku cari dy x jumpa.
Tetiba rasa mcm nak nangis je...
rasa sedih sgt2...rasa besalah lagi.
Rasa mcm...jahatnya ank ni
buat preggy mommy mcm kak mila
tu tunggu ank sampai cmtu...
Hurrmmm...serius menyesal sgt.
Tapi x mampu nak rewind, backspace or even
undo even sedetik sekalipon.... :'(

*sedih.sedih.sedih. Dan saaaaaaaaaangat sedih.
Kakak jahat buat camtu kat kak mila.
Sorry.......sorry sgt2.

Happy Bday Jaja.

Hari ni bday Nur Syaza Nasuha Sobiron a.k.a Jaja
21st Oct genapla umur cik adik ni 15 tahun.
Semoga di panjangkan umur dan dmurahkan rezeki.

p/s~ syukur ptg ni murah rezeki. Ada jamuan kecil dirumah Paknjang :) Alhamdulillah

2nd day

Alhamdulillah..dah boleh pangkah satu hari.
Really hope u will be fine, instead....always fine.

~ lambatnya nak habeskan 2 minggu (tiba2 rasa cmtu)

Thursday, October 20, 2011

Lain

Rasa lain bila tau we won't
contact each other within this two weeks..
huurrmmm...rasa lain. SAngat.
Hopefully apa yg kita buat ni betol.
Really hope so..

Semoga dipermudahkan...

Tadi tiba2 Puan emak ajAk suma anak2 dy yg berempat ni
sama2 tido berjemaah depan tv ni.
Puan emak ajak qiam.
Bila dah berkumpul setempat senang
nak kejut.
Alhamdulillah...memang niat nak bangon mlm ni.
Terfikir jugak, mampu ke berhati kental
bangon pakai alarm je?!
Then....HE knows best,
Puan emak secara x lgsg dh menyetelkan masalah tu :)

Semoga dipermudahkan segala urusan
INSYAALLAH...

Eksperimen

Semalam rasa nakkkkkkkkkkk sgt2 try
buat muffin sendiri..
Dah memang jenis aku kot if nak buat,
nak cakap or nak something kena time tgh mood
betol2 nak tu....
kalo x pastu dah xnak lgsg dah....

So semalAm sampai tahap rasa cam xleyh
tido kalo x buat muffin tu semalam.
just imagine,start baking pon dah
almost 12 midnight.
Dah la air xde lak tu.
Baking memang xpakai air banyak,
tapi leceh part nak membasuh la....

And.......bout 1 a.m my muffin dah siap.
hehehe...excited nak rasa.
Ada method yg dah di ubah sket so do some ingredients.
Kalo xjadi, x sedap sekalipon
takat boleh makan x muntah pon dah syukur sgt.
Xde la membazir....sayang nak buang.


*result eksperimen

Xla cantik, ada yang kembang2 trok.
Nanti la beli base cup muffin...
SekarAng pakai je apa yg ada dulu.
Syukur kali ni rasa dy....no bad.
Xmanis sgt, xpahit, x keras, dan x hangus jugak..
Kira macam ok2 je la...

puan emak katabila buat selalu, lama2 nanti pandaila..
Erk?! Huhu....insyaAllah...
Org buat ikot rajin, ikot mood... :)
Kalo hAti x rasa nak buat kasi wa RM10k pon wa x buat ok.

p/s~ x sampai 24 jam mu muffins yg adala dlm 15biji tu dah abesssssss! Seronok tgk adik2 mkn, rasA zgt2 puas hati. Syukur dpt family members yg sgt2 supportive. Love uollllsss (^_^)

Weird Thursday...

It was an unexplained feeling when I open my eyes
and I know I couldnt talk to you
anymore....within this two weeks.

Wednesday, October 19, 2011

Sembunyi kejap...

Maybe ni last post ntok publish publicly ntok
hari ni dan jugak within this 2 weeks..
Post insyaallah akan ditulis macam biasa,
tapi blog akan di privatekan saaaaaaaampai la
4th of november nanti.
Nak sembunyi kejap...
Hiding for reasons...

Tuesday, October 18, 2011

Mimpi oh mimpi!

Lately nie suka mimpi yang pelik2.
Macam2...yang ntah pape (ye la, mimpikan?)
Kengkadang cam ri-di-ku-lus¡!

mimpi bout SAINA dah sampai 2 3 kali...
Bout teachers, condition there....hurmmm i think i miss the environment there a lot..

Lately penyakit lama dah datang balik,
feeling empty without my mp4 playing my lullaby...
Dah lama tinggal benda tu, letak tepi xpakai.
Now dah kena rujuk balik.
Xkan pasal dengar lagu boleh dapat mimpi pelik2 kot??
Tido baca doa macam biasa jugak...
Tapi.....mungkin jugak skrg before tido banyak berfikir.
X sempat nak kosongkan otak dah lelap dulu.
Huurrrmmmm...entahla.

Semalam mimpi yang paling x bley blah.
Hahaha....nak cita pon segan... *Blushing nie
Semalam wA mimpi kawen derr..
Tapi bukan sesuatu yg seronok sebab...wa kena kawen paksa kot¡!
Dengan entah sape2 lak tu.
I dont even know who is my husband-to-be in my dream.
X nampak muka, x jumpa pon dia...
and I dont think he's somebody I know..
One thing for sure, I'm not happy with the marriage.
Not at all¡¡!!
Ye la, kena kawen paksa kann..

Mimpi pon dah gaya novel2 and tipycal drama Melayu dah.
Bangon tido dah macam terpinga-pinga kejap.
Nasib baek mimpi..Astaqhfirulla halazimmmm..
Dahla past few night tido ngan rama2 dalam bilik...
Sometimes, macam takot nak tido pon ye jugak.
Dah lama x mimpi, sekali mimpi...haaaa, amekaw!
NIGHTMARE!!!¡

TAPI.....bila dah ngantok....zzzZZzzZzzzZzZz jugak
Malah..lebih awal daripada biasa B)

Terima kAseh, ayah :)

Seronok....~ngeeeeee
Dah besaq2 pon dapat mainan lagi..:)



*angry bird...

memang x minat sgt pon, tapi amek jugak sebab incek ayah yg kasi.
Siap boleh menyala-nyala lagi..
Tapiiiii........eeeuuwwwww...
LEMBIKKKKKKKKKK!!!!



*See....angry bird lembik yg menyala-nyala

p/s~perasan x mukA angry bird ni nampak baek sket bila lampu dy menyala (^_^)

Monday, October 17, 2011

I, you, we, they...

Add caption

My bed-mates :) (other than Alang of course)
Since start cuti sem lagi they already there..
I dont mind to hang the frame...let it just be there

X jumpa pon...

Tengah hari rembang panas2 baru nak
keluaq cari umah tok imam.
Satgi puan emak tanya progress borang tu,
nak jawab apa?¿
Redah pi la jugak panas2 pon...
Kalo ikot hati malas dah nak keluaq tgh hari camni.
Tapi terpaksa jugak sebab nak
kena jadi tour guide abang yang xtau mana satu umah imam.

Dah sampai kawasan deret perumahan kampung..
hurrrmmmm...mana satu ek?
Dah banyak yang berubah...lain...xsama.
Haaaaaa...yang kuninh tu bang!!!

"Tu bukanla, sure sangat.Hat tu rumah Siti Ramlah."

Errrr...yA ka¿?
Yala...rumah awek lama, xkan x engatkannn??
Dah tu mana satu umah tok imam ni??
Selama ni ngatkan yang tu la rumah imam..
lagipon dah kompius...rumah kat situ
dah under renovation overdose.
Rupa dah lain...dah xleh cam...

"Ingatkan ank tau....."
Hehehe.....sori bro. Now I'm confuse too :)
Last2 balik camtu ja...
dah 2 3 kali buat kawad pengecaman tetap
xjumpa jugak mana satu umah tok imam..

p/s~ This week after smyang Jumaat tolong pi usul supaya pasang "Kediaman Pak Imam sekeluarga " kat gate

Lama x jumpa..

Tadi otw ke kediaman tok imam lalu la
simpang 'rumah' tok...
Rindu....lama dah x pi jenguk tok..
LamA x jumpa tok...
Cakap kat abang..

"Lama dah kita x pi jumpa tok..."

"Ank sorang ja, aku tiap2 hari Jumaat jumpa."

"Tak ajak ponnnnnnnn... :'( "



*Memangla dah xpi semayang Jumaat skali, abg lepas semayang Jumaat jumpa tok dulu before balik rumah. Al-fatihah untuk arwah tok yg sentiasa dirindui.....

Sunday, October 16, 2011

Nitezzzzzzzzzz..

Gudnite sleepy head....
Gudnite world...
I'm off to bed...
may tomorrow bring me brighter sunshine..
may tomorrow be a better day than today...
aminnnn


Saturday, October 15, 2011

Beriadah~

U know what, tadi sempat battle badminton ngan abg kat depan
rumah with Najmi ngokngek as refree...
Told ya, I played only with slipers and........baju kurung

Homemade sushi

Dah lama niat nak buat sushi sendiri.
Sashimi ketchup pon pon dh lama bosan tunggu dlm fridge.
Hari ni dah buat...:)(:


*gulung kemas2...


*potong pelan2..


*siap dah sushi tuna saye....:) nyum3!!!

p/s~credit to abg sebab tolong snap pitcha tadi....jom mAkan!!!

Morning©

Pagi2 lagi dah teringat sangat kat awak...
Kalo mcg, ganggu plak...
Awak hari2 pon busy....

####Good morning#####

Gotchaa!!

Ngatkan dh terdelete pitcha ni.
Rupa2nya dlm fon abg...
Terjumpa semula.....


#before keluaq shopping groceries. With the whooe family members :)

Friday, October 14, 2011

Blast day :)

Hari ni dari pagi bergotong royong.
pagi tadi di rumah sendiri, ptg plak turn umah tokwan.
Tapi ramai2...paknjang satu fmly..kitorg pon satu family
pak ngah ngan che mat ja...

Rumah tokwan skg tgh buat renovation besar-besaran.
So tadi ramai2 kemas stor belakang
then keluarkan cupboards yg lama...
Rumah tokwan sapa yg rajin kemas,
dan bertuah sikit memang bertuahla...
Duit bersepah-sepah.
Tadi dapat coin segenggam atas almari lama...
Terus cilok pi beli eskrim :)
Tau dAh takat coins karat cam tu tokwan x pandang pon.

Hasilnya.........


Dapat beli sebelas kuntum eskrim ni tadi..
Semua dapat sorang satu, tokwan makan satu jugak..
Jieha??? Dua, abeh dy punya eskrim abg papan pon tibai skali.


*Abg choky kuat menyakat...


*kering batang eskrim dy kerjakan...:)


*target eskrim abg papan plak....

p/s~thats all for today....mls dh nk memanjangkan cerita :)

Minyak tutti

Orang pekan sebut tutti mesti dalam kepala
keluar awan larat ngan cup tutti frutti yg nyum3 tu.
Betol x??? Jgn tipu....mesti punyala.
Minyak tutti tu menatang apa?
Salah, minyak tutti tu minyakla...bukan binatang,
jugak bukan spesies minyak dagu.

#########################

Hari ni hari Jumaat, weekend.
Hari ni kitorg semua buat activiti outdoor.
Berjemaah sapu daun2 kering kat kiri kanan rumah.
Bakar sampah...then puan emak usulkan
supaya Pokok setoi (aku xtau ngri len pggil apa, tanya incek ayah mcm biasa la jwpan 3 suku yg keluaq. Dy hemtam sebut nama siam apa ntah yg pastinya jwpan x serius lantas x boleyh dpercayai) untuk di tebang.
Pokok setoi ni kat tepi pagar ja, tapi pokok jenis ni x elok nak biaq besaq kat situ.
So abang pon mula nak start injen gergaji motor tapi susah nak idop.
majlis syura antara puan emak dan abang bersetuju yg awal2 tadi abang dah terlebih minyak tutti.
Thats why aku tanya beliau, minyak tutti tu guna mcm mana?
Macam berpengaruh besar sampai enjin pon xmo idop.

Mulala ceramah enjin serenjang la,
enjin dua renjang moto besaq, moto kechik....makkk aiiii...

"Ank paham dak???"

Boleyh la nak paham serenjang la, dua renjang la
tapi selagi xtengok sendiri camne beza enjin berdua tu
consider kakak lu ni paham theory je la derr :)

Apa2 pon, thanks for your morning lecture. Semangat tengok ank tebang pokok tadi.
Jimat xpayah upah orang...

p/s~ hari ni berpeluh dannnnnnnnnn.....mandi awai (^_^)v

Thursday, October 13, 2011

Tetiba..

suddenly feeling like i need to find back my palette and my colours.
nak maen kalerrrrrr....adusssss..
ni salah ana raffali la ni, tunjuk yg dy tgh canting batik watpe???
nak jugak canting batik lagi...best!!!
I was once got the opportunity to draw batik..
When i was 15...program after PMR.

Best kot time tu...first time experiencing how to mencanting batik by my own....
Tapi....sayangnya benda yg patotnya jadi kenangan fizikal tu
dah selamat kembali jadi kain putih balik..
Tu la...cik ckah buat pandai sgt
balik umah pi rebus kaen tu pekehal...aiyaaa
bajet nak tiru method mcm dlm tv la konon.
Overdose nak tiru dokumentari sangat..
Last2, rebus ja tros luntur kaler kat kain tu..
Waaaaaaa...mana wa tau nk jadik camtu...

Kalo dapat peluang nak lgi canting batik. Dan kali ni xkan balik rebus dlm periuk puan emak lgi dah... (-_-")

Lucky

I'm not talking talking bout gudluck, best of luck or portluck
Lucky ni brand eskrim cap koro yg ada jual kat kedai runit depan umah aku nie.
Suddenly nak buat post pasal eskrim sebab
semalam bila pgi kdai sebab nak tolong belikan
Puan emak beras pulut ternampak la paper balut eskrim yg dh lama gila xnampak.
Eskrim yg slalu beli zaman tadika dulu2...
Skg dah rarely found dlm mana2 peti eskrim kat kedai.


Ni eskrim cap koro, tpi ala2 TROPHY tu jugak..
zaman tadika dulu, duduk kampung mana nak jumpa sgt wall's
or even mat kool. Yg ada yg cap ntah pape ni la...
murah, 2 kupang 3 kupang camtu ja harga dy.
yg kat dlm pic tu plak tu 5 kupang ja pon
Petang2 minx duit nak beli eskrim sebelom kuar jalan2.
Time tu beskal pon yg solid rubber lagi, bukan tayar angin pon.
tayar kaler2 selang seli merah biru kuning mcm logo tv3.

p/s~ stop here, lgi pnjg lgi bnyak typo. Mls nk betolkn

Wednesday, October 12, 2011

Langkah kanan

Xtau la sapa sebenarnya yang langkah kanan :)

Cerita bermula bila pagi2 buta tadi before beransur ke sekolah
puan emak telah memberi esaimen kepada aku dan incek abang.

"Ni duit, satgi pi la keluar beli ayam kat market. Boleyh buat lauk tgh hari nanti"

Tudia...malaih gila la nak pi market ni.
Sebelom ni x bapa kesah sgt, tpi lately ni ja timbul sifat mazmumah ni...
astaghfirullahalazimmmmmmmm....

tapi xpala...ada bnyak masa lgi nak decide sama ada nak pi atau pon x...
Bila dah pkol seploh camtu...

"Bang, jom la pi market sat beli ayam kat mak"
Tudiaaa...beli ayam kat mak la sgt, padahal anak2 mak yg dok hadap ayam tu.

"ok, pkol seblas stgh kita gerak. Nak mandi ka, nak apa ka makesure on time dah keluar rumah"

"aye aye....yes bos"

********************

Dah mandi wangi2, tinggal nak saruk tudung ja lagi tiba2 tokwan sampai..
dann......beliau antaq ayam..Alhamdulillah
Memang rezeki betolla...xpayah kuar beli, duit x guna :)

"Abanggggggg~~~~~~"
(*Take note, ni nada mndayu-dayu plus muka kesian )

"Tolong siang ayam :) ..... Aku dah wangi, ank xmandi lagi"
cubaan sekadar trial and error dengan kata2 jujur tanpa perlu bersikap hipokrit.

"yala2.... biaq situ satgi aku buat"
Gotchaaaaa!one trial without error
Tu la kosa kata yg kita mahukan....miahahaha
Incek abang yg baek hati pon siang, basuh and siap letak garam kat ayam tu...
Kakak dy tolong goreng ja :)



So, sapa yg langkah paaaaaaaaling kanan hari ni??? (10m)

p/s~ terima kasihh sebab memahami. Lagipon cikgu BM kata berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kakak lebiuuuuuuuuuu abang :)

Today is Wednesday

Hari ini hari Rabu.
Hari ni adik kecik aku balik....(kecikla sgt)
Budak lepas PMR antaq buku text hari ni, then dy dh nak cho balik.
Tau sgt dah nak balik sgt2 buat apa...
Maen game lawan bunuh sesama sendiri..maen CS.
Lagi2 skg kakak abg dy ada kat umah...
lagi la dy melompat2 nak balik.
kartun sungguh sorg tu..hidop tau nak maen ja....

p/s~ dah beli tuna smlm..dah boleyh buat shushi. Tapi......timun jepun xde. Timun cina xleyh pakai...

Tuesday, October 11, 2011

Betol berani???

keep asking myself btol2 berani ke kalo apa yg di agak2 skg btol2 jadi kenyataan???
Dah ready terima hakikat tu?
Kuat ke nak face the truth???
Mampu ke nak melawan???

Hurrmmm..entah...
Tanya la kat sapa pon, xdAk sapa yang akan btol2 ready..
banyak je lagi yang lompong sana sini..
Aku ni lagi la....
tapi kalau dah tu takdir yg tetapkan DIA, sapa kita untuk melawan.
Mampu redha je...
Risau???? Mestila...tapi blom ada pengesahan saintifik lagi.
Takot jgak nak tau keputusannya apa..
Kalau negatif alhamdulillah..tapi kalo sebaliknnya mcm mana???
Serious scary oh...takott..

so buat masa ni ikhtiar setakat yang mampu..
lagion blom tahap mudarat yang obvious lagi..
masih seperti biasa...
ape yang penting.... Positive thinking.
X suka buat Puan Emak risau...
xnak org laen risau jugakk...

p/s~ jgn tanya saya apa2. I'm ok :)

Rasa macam....

Rasa macam nak shoppingla pulak...
adoi...kenapala rasa skrg? Time cuti plak tu..
Hurmmmm, kalodi ikotkan dah lama x shopping.
Shopping yg btol2 beli barang..
beli barang ntok diri sendiri.
Window shoppinh memang selalu...selalu sgt2 :)
Teman org lain beli brg pon selalu jugak...
belikan barang untuk org lain pon selalu jugak.....

Last time beli untuk diri sendiri mlm before balik cuti raya.
Beli sekadar nak melepaskan rsa ja.
Perempuan memang pelikkan, susah nak faham.
Aku sendiri pon xphm ngan dii sendiri.
part nak shopping ni contohnya,
bila mai rasa nak membeli tu x senang duduk lagi xdapat beli.
Nasib baek aku bukan stok shopping yg tahap
kena bawak kontena..
Bila mai rasa "NAK BELI SESUATU" beli satu brg pon dah cukup.
Dah boleyh buat tido sambil senyum pon...gila kan???
macam time nak beli wedges...rasa nak jugak2...
rasa nak ja, tapi xpakai sgt pon..


Nasib baek aku bukan jenis yg beli barang banyak2 or gila branded stuff.
Kalo x mau kopak jgaklakan....
Tapi yg x bestnya sekarang TERasa nak shopping...haadddoiii..
Nak pi ngan sapa? Bila? Dimana?
Huurrrmmmm...sabaq sat na....
Nanti kita ajak Cik Nabila teman shopping ye..


p/s~ Paksa teman cari sampai dapat jugak2

Monday, October 10, 2011

Twisties time

Tetiba rasa nak makan junk food plak...
cedis org panggil....jajan pon ye jugak..
aisss banyak btol nama tapi refer kat benda tu la jugak
benda2 makanan ramu ni la...
kebetulan syidah nak keluar, so ape lagi...

"syidahhhhhhhh, twisties satu!!!"

cakap pasal twisties teringat zaman rebina dulu.
ada ssorang member ni, classmate time form one.
boys panggil dy twisties...huh, ape celop???
satelah dirisik2 baru la tau yang rupanya s
ada kesah hape ntah pasal twisties sampai lekat la si azim ni jadi twisties.. X hengat plak ape sebab konkrit dy dapat nama tu, terlupa dah.
tapi x pelikla sebab bebudak sekolah aku ni otak ntahapeape ntah..
banyak sangat a.k.a yg wujud.

macam dalam batch aku je ada nama bear, ketiau, nganga, teloi, batista pon ada...
bear tu swtau aku sebab badab dy macam beruang kot...bukan labesar ape pon, tapi cumil2 je aku tengok.
ketiau sebab rambut dy kerinting, nganga sebab amat tu selalu je mengannga dgr org bcakap...
teloi plak cikgu kelas litorg yg star panggil. Lucu plak bila onga2 balik. Nama sedap, panjang jugakla...payah2 time amek kdatangan cikgu panggil "Teloi!!!" Dan....lekatla nama tu sampai sekarang..

p/s~Banyak lagi nak citer, tapi wa dah lenguk tangan. So, till then. Kita cont nrxt post plak ok :)

Incek belog~

Dah lama x borak panjang ngan awak kan incek belog.
rindu jugak nk tulis panjang2.. Tapi xtau dah nak citer apa.
dulu selalu mengadu kat awak, mcm2... :)
sekarang pon boleyh je nak mmengadu, tapi dah sedar yg xboleyh nak suka2 hati citer kat awak lagi...
banyak hati nak kena consider, nanti ada plak yg touching...
dahla wa x pandai nak pujuk...abehla....




p/s~ nak kena mandi dulu kot baru nak dtg idea berborak...hari ni xmandi lagi, ye sedar hari dh tgh hari tapi kesah ape x mandi pon wangi :) [serius confident ni]

Sunday, October 9, 2011

Saman ke-2

Rasa nak saman lagi..
kes ni dh makin serius..
keadaan semakin bahaya..
saye semakin terancam...






i think u had spread the virus over me
i think i'm in love with u...

p/s: serius x sangka rasyiqah raihan akn post menda macam ni. **Blushing trok dah ni...aishhh

Saturday, October 8, 2011

Sekaki bunga kunyit


trip berjalan2 ngan abang dalam celahan pokok kunyit tokwan.
aku xtau asAl umur dah masok doploh baru tau kunyit ada bunga..
first time nampak kot..
selalu tengok pokok kunyit, amek pucuk je masok dlm rendang.
rupa2nya siap ada bunga

bila dah tunjuk sgt muka excited xpenAh tgk bunga kunyit...
mulala.....

"Jom aku tunjuk kat ank bunga kunyit baanyak2" abang

redahla semak pokok2 kunyit tu cari bunga dy....
senyap2 patahkan satu bungA dy senyap2
sebelom tokwan nampak...kalo x mesti dy bising...
dapatla kat aku sekaki bunga kunyit...ngeh3

Some0ne

Love is when you find someone who didn't meet any of your standards. And yet you still say, finally I've found the right one.

Summary hari ini.

Hari ni sehari suntuk spend time kat rumah kedua puan emak.
Rumah kedua??
Dah gaya  macam hidup berpoligami la pulekkk..
Oh, bukan begitu ye.
Rumah yang xduduk...rumah ape ntah nak panggil ek??
Ntahh...xtau.
Biaqla, xpenting. =)

Hari ni asyik main atas jalan je...
After Zohor amek adik kat Kuala Nerang..
Haaa...tau pon nak balik.
Semalam time pegi melawat dy konon tahan daulat sgt xmo balik.
Nak tunggu hujung minggu after abeh paper sume baru nak balik.
Tup...tup...pkol bape ntah dah calling2 puan emak
sebagai waris untuk menuntutnya di asrama sekolah...
Padahal esok pagi2 kena pegi sekolah awal macam biasa.
Balik aci redah..warden outstation.
Oh, mewarisi bakat kakaknya fly balik rumah rupanya :)

Dah sampai rumah xlama pastu keluar balik rumah ayah pulak
[rumah ayah?? Rumah ayah rumah yg kitorg duduk skg]
Cik Alyaa dah sampai depan gate..
datang nak amek esaimen dy yg TERsimpan dalam my lappy..
Ni kes bawak balik lappy before cuti sem,
then terlupa ada member tumpang letak esaimen...aishhhh

Alhamdulillah semua dah selamat.
Hopefully Miss Ju x potong markah group.
Satu tu je lagi drawing autoCAD kitorg yang sangkut.
YAng lain dah settle even before final start lagi.
Xtau la ape bala yang jadi sampai macam tu..
Dugaan.....

Pape pown...
I'm starting to miss Penang so0o0oo0o badly :'(
Adatla bila dah mula cuti nie..
Xde geng nak merapu.
Xde member nak gadoh...
Xboleyh nak melepak sesame...

p/s~ Nak mula pangkah calender la....countdown to 20th of November...

Saman!!!

Rasa nak saman awak sekarang jugak!!!
Awak dah buat x baek kat saye...
Sebab salah awak la buat jantung saye dah x betol..
Rasa macam nak meletup kadang2...
aissshhh.....xtau kenapa!!

Baru tau yang rindu tu MENYAKITKAN!!!
Haddoiii...

Sekali lagi :)

Hari ni pagi2 pegi ATM ngan abang..
as usual, tolong withdraw duit puan emak.
Xtau kejadian yang kali ke berapa..
tapi dah macam mengikut.. :)

Bukan nak x merungut, tapi bersyukur
Bukan susah nak dapat pahala.
HAri ni tengah2 beratur nak withdraw duit ada la sorang pakcik nie....

"Dik2 satgi tolong pakcik bwak keluaq duit sat naa...?"

Aku pandang abang, abang pandang aku....
Both of us just smile :)(:
Sebab, benda ni dah banyak kali sangat jadi kat kitorg..
Dekat bank...
Bank Islam, CiMB, BSN..
Semua pon pernah..
ngan makcik pakcik..yang memang xkenal..
Tapi percaya ja bagitau kitorg untuk siap tekan no pin lagi

Dan tadi selamat la sekali
tolong pakcik tu withdrawkan dy RM3K
Takat tu je limit kalo nk withdraw pakai ATM dalam masa 24 jam..

Tuesday, October 4, 2011

Untuk kita :)

Hari ni first day of PMR..
Cmne la agaknya adik kt skolah?...
Nervous x dy, ke masih poyo2 macam biasa?
hopefully adik dpt buat yg terbaek, takat adik mampu...
Kakak pown exam jgak, tp hari ni last day...
Nanti weekend kita jumpa :)

p/s~ kakak doakan yg terbaek ntok kita

Saturday, October 1, 2011

Sepi sebentar

Skrg tgh final exam. Dah lama xdate ngan awak kan incek belog...
Bukanla busy study or buat revision sgt pon...
Tapi ntah... Mcm dh terlupa simpan kat mana
feeling excited writing post tu kat mana.
Pasni la cari balik.. :)