Monday, October 15, 2012

Masih Tersenyum

Sedihhh.....
Dia masih mampu tersenyum.


Dia yang masih kecil..
Masih belajar mengenal dunia...
Tapi mungkin lebih dewasa dari kita.
Dia masih mampu tersenyum....
Walau bukan senyuman kebahagian...
tapi mungkin senyuman seribu kesyukuran.

Kecik-kecik dah kanak-kanak
Afghanistan nie dah kena jual oleh parents
sebab peperangan menjadikan mereka miskin
sampai mak ayah tak mampu nak bela.
Bila dijual, dipaksa bekerja jadi buruh kasar,
buat kerja berat tanpa di bayar gaji.

*Ampuni aku Ya Allah..
Astaghfirullahalazimmm....

Sunday, October 14, 2012



Tidak mudah menjaga hati semua orang,
kerana hati sendiri pun tidak terjaga,

walau sudah mencuba,

namun pasti ada juga yag terasa.
Jika kesilapan semalam belum terampun,

moga d maafkanlah,
Jika kesilapan hari ini menyakitkan,
dengan harapan moga lupakanlah,
Dan jika kesilapan esok atau akan datang,
ku mohon teman jgnlah d bawa sampai keakhirat, 
Maafkanlah kawan,
Kalau aku membuat hatimu terluka,
kerna sesungguhnya aku juga manusia yg terbatas...

Saturday, October 13, 2012

Tolong la.

Kalau tak boleh jadi baik, tak pa.
At least jangan jadi "jahat" okeyh.
Oh, kem0nla people.

Egg mask

Last nite masa kat rumah
kitorang sempat buat girls thing
sesuka hati (:
Seronok!
MAcam rumah bujang!
Takda orang, tinggal kami je.
Tolak tokwan la sebab tokwan tido awai.
After dinner terus tido dah pon (:

Project semalam buat egg mask.
Mula2 dengar aku dah macam...
Eeeeuuuwwww!!
Teloq kot!!!
"Tak busuk ka?"
Lepas dengar ramai cakap
tak busuk, sebab guna putih telur ja.
Eggyolk yang bau hanyir tu.
So semalam kitorang menjalankan misi.
Tujuan sebenar nak buang
sel kulit mati.
Muka aku dah menggelupas tahap kulit
pokok dah kes kena charlie aritu.
NAk bersalin kulit baru.

Tadaaaaaaaaa!!!

Sorang satu punya nie.
Bergilir-gilir tampal kat muka.
Yang kiri tu mask Syidah,
aku punya yang tengah (mask lawa macam tuan)
*oppppsssssssss
Yang rabak tu Cik Farah punya.
Taktau la dia kopek ganas sangat
or memang aku ngan syidah
tempek tak kemas.
Habes koyak rabak dah haa.
TApi yang penting berkesan.


Bintik2 tu kulit kering kat muka,
Bekas Charlie cium tu laaa..

Start pkai after solat isyak.
Senang je pon.
Putih telur...lebih kurang
sebiji untuk seorang.
Kapas muka, ikot size muka jugak
bape keping nak guna.
Then sudu.
Pakai sudu pon sebab kitorang xdak
brush yang bersesuaian.
Sudu pon ok bahhh!!!

Bangun subuh muka
pakat keras habes.
Macam kena simen.
Habes tertanggal semua blackheads.
Sumpah memang berkesan.
Murah pon murah.
Nose strips cap W*****s
pon tak seberkesan nie.
Setelur-telur dia pon
tak sebusuk chemical pore strips cap tuttttt tu.

Adik beradik kan?
Aku sangat geli tgk cerita
The mAsk sebenarnya...


p/s~ Taruk kaler hijau sket boleh la jadi The Mask


Sunday, October 7, 2012

His words like a curse!

Belajaq dengaq cakap orang
laen sama Cik Raihan oi!
Ni dengan pakcik sorang ni lagi 
tak boleh buat maen.
Dah macam mak aku pulak.
Kadang2 rasa macam mulut dia
lagi 'laut' dari mulut mak.

Kalau dah keluar dari mulut dia,
sila take note.
Maybe not applicable to others,
but efficient enough for me.
Kalau tak ikot siap la!
Dah selalu macam tu.
Aku yang degil ni kuat mengelat,
taknak dengaq kata.
PAstu terima la akibatnya.
Tak kisah la kecik atau besaq,
simple atau kompleks...tapi reward tetap diterima.
Aissshhh...


Macam hari ni di pesan banyak kali
suruh sapu cream Betasone tu kat tangan.
Dah dekat seminggu dah 
tak kering2 lagi. 
Tak tau la mana yang tak kena 
kali ni.
Liat betoi nak baeknya.

Petang tadi memang dah plan,
memang taknak sapu kat tangan tu.
Seriau kot.
Sakit mak oii!!!
At least kalau ditanya sapu tak,
jawab je la sapu.
Tak tipu jugak, sebab kat mata n hidung
aku sapu betol.
Cuma kalau soalan lebih specific
sah2 kantoi la gua.
Nak menipu beliau ni memang tak dapat la.

Sekali lepas dah sapu kat mata hidung sume,
tangan ni bijak pandai la pulak
terpicit tiub tu.
Melimpah ruah cream putih tu keluar.
Selalu kalau adjust2 sket tiub tu,
nanti dia akan masuk balik dalam.
Selamat la!
Tapi kali ni makin adjust makin galak
dia dok keluaq pulak.
Tak selamat!
Last2 takde pilihan.
Kena jugak sapu kat tangan...aiiy0!
d(-,-")b

p/s~ ada hikmah jugak, taktik pengelatan biasa berjaya dihidu. Soalan ramalan keluaq jugak tadi. "kat tangan sapu dak?" Fuhhh....selamat sapu.

Saturday, October 6, 2012

Mana?

Hari ni Incek Rajin dok main
apply tagline Chipsmore pulak.
"kejap ada, kejap xde"

Takdak mo0d langsung nak study nie.
SAtu badan rasa tak selesa.
Nak buat apa pon rasa xselesa.
Tak demam, tap rasa xsedap.

Taktau nak describe.
Kalau kena peluk dengan mak
mesti ok.
Even sakit belom baik, 
tapi after kena peluk macam dapat
ubat bius....dah xrasa sakit dah.

Tapi mak jaoh....
Lambat lagi nak balik...
S0bsss...

SEMAK

Semak meja, 
semak otak,
semak per0t...
semua la pon semak.



Thursday, October 4, 2012

Sape2 nak tolong??

Hari ni tangan saya kite sakit.
Tak sakit sangat, tapi sakit banyak.
Baju dah tak boleh nak basuh.
Bertimbun dah...s0bs
Tangan rasa cekang,
tak berani nak rendam dalam sabun cuci.
Nak suap makan pon kiat.

Konklusi: 
Bestnya kalau ada orang nak tolong cuci baju,
suapkan makan (:

*mo0d mengada-ngada.


Ubat Charlie

Berikutan kejadian Charlie
yang menyerang tempoh hari, kesannya 
menghampiri teknologi Hollywood.
Sumpah. Kalau nak berlakon pegang watak
Si gadis bermuka buruk, senang2 je dapat.
Dah payah nak mekap touch-up segala.
Memang dah dibantu Incek Charlie
secara suka rela pon.

Habes sebelah muka dah macam kena asid.
Sakitnya takyah nak cerita la.
Ingat je dalam hati,
Allah nak uji,
nak hapuskan dosa-dosa kecik aku.
Alhamdulillah boleh bersabar.

Memandangkan yang kena kali ni kat muka.
Jadi amat la merisaukan.
Menggugat ketenteraman jiwa.
Aku yang masih berstatus "Cik"
kena ikhtiarkan sesuatu
supaya those scary scars tak bermastautin disitu.

Cik farah suggest pakai eye ointment.
Creme yang pekat macam glossy tu.
Ubat tu selalu orang pakai untuk sakit mata.
Letak dalam mata.
Benda tu maybe ingredient dia 
tak kuat sebab tuboleh letak dalam mata.
So, berkemungkinan takkan meninggalkan parut.

*kawan dah bagi,
tak salah mencuba (:

Lantaran keperitan muka yang tak tertanggung
Pergi jugak cari creme laen farmasi.
Sebab sekarang exam week.
Sangatt tak selesa untuk buat apape pown.
Need to do something supaya cepat heal
Terima kasih kepada
Incek Boss kesayangan sebab sudi
temankan saya ke farmasi tempoh hari.
Kitorang beli Betasone cream.

Betasone cream

Agak comel pink dia (:
Aku request Uniflex-N cream kat counter.
Then dia cakap Betasone cream je ada.
Active ingredient sama, Betamethasone jgak.
Aku dah try search kat internet,
company produced je laen2.
Ok. Angkat satu!
Harga ok je. Mampu milik.
Dari nak tahan sakit berpanjangan,
Ya Allah tak sanggup.

Uniflex-N

Both nie kena apply sikit je.
Layang-layang je camtu.
Kalau banyak nanti mampu meninngalkan parut hitam.
Alhamdulillah pakai baru tiga kali dah kering.
Tak sakit dah (:
Syukur sangat.

Sapa2 yang kena Charlie ni try la ubat nie.
InsyaAllah cepat kering.
Fasa menggelembung-gelembung tu
mungkin dapat di elakkan.
Time tu la pon peak time sakit yang amat.


Sekian.

Credit to Cik Noor Farah Amirah n Incek Fitri Izzat.

p/s~ Setiap kali ambil wuduk, selawat sket bila lalukan air kat tempat kena charlie tu. InsyaAllah kurang sket sakit dia (:





Tuesday, October 2, 2012

Aishhhh!!!

Pick up the fon!!!
Pick up the fon!!!
Pick up the fon!!!
Pick up the fon!!!
Pick up the fon!!!
Pick up the fon!!!
Pick up the fon!!!Pick up the fon!!!Pick up the fon!!!
.............

At the end, perempuan tu jugak yang jawabkan..


"The person you have called...bla..bla..bla."

(-,-")
~tak sedar mulut dah boleh buat 
sangkut baju....

Hati Tetap berbunga

Kite tau awak sibuk..
Kite tau awak letih...
Kita tau masa awak terhad..
Tapi kite tau awak tetap sempat
singgah jenguk Incek Belog (:
Dan kite pon rasa suka (^_^)/ 

Monday, October 1, 2012

Kak Yong

A bunch of thank you to
Mr. Charlie who kind-heartedly
turn me into the most Brutal Kak Yong kawasn~

p/s~Habes sebelah muka bengkak. Nak buat apa pon x comfortable langsung.