Sunday, October 7, 2012

His words like a curse!

Belajaq dengaq cakap orang
laen sama Cik Raihan oi!
Ni dengan pakcik sorang ni lagi 
tak boleh buat maen.
Dah macam mak aku pulak.
Kadang2 rasa macam mulut dia
lagi 'laut' dari mulut mak.

Kalau dah keluar dari mulut dia,
sila take note.
Maybe not applicable to others,
but efficient enough for me.
Kalau tak ikot siap la!
Dah selalu macam tu.
Aku yang degil ni kuat mengelat,
taknak dengaq kata.
PAstu terima la akibatnya.
Tak kisah la kecik atau besaq,
simple atau kompleks...tapi reward tetap diterima.
Aissshhh...


Macam hari ni di pesan banyak kali
suruh sapu cream Betasone tu kat tangan.
Dah dekat seminggu dah 
tak kering2 lagi. 
Tak tau la mana yang tak kena 
kali ni.
Liat betoi nak baeknya.

Petang tadi memang dah plan,
memang taknak sapu kat tangan tu.
Seriau kot.
Sakit mak oii!!!
At least kalau ditanya sapu tak,
jawab je la sapu.
Tak tipu jugak, sebab kat mata n hidung
aku sapu betol.
Cuma kalau soalan lebih specific
sah2 kantoi la gua.
Nak menipu beliau ni memang tak dapat la.

Sekali lepas dah sapu kat mata hidung sume,
tangan ni bijak pandai la pulak
terpicit tiub tu.
Melimpah ruah cream putih tu keluar.
Selalu kalau adjust2 sket tiub tu,
nanti dia akan masuk balik dalam.
Selamat la!
Tapi kali ni makin adjust makin galak
dia dok keluaq pulak.
Tak selamat!
Last2 takde pilihan.
Kena jugak sapu kat tangan...aiiy0!
d(-,-")b

p/s~ ada hikmah jugak, taktik pengelatan biasa berjaya dihidu. Soalan ramalan keluaq jugak tadi. "kat tangan sapu dak?" Fuhhh....selamat sapu.

No comments:

Post a Comment