Saturday, February 14, 2015

Puteri

Syukur dapat ayah yang sangat-sangat prihatin.
Kebelakangan ni aku mengalami masalah
jerawat di muka yang serius.
Mungkin ayah terkejut kot sebab since 
sekolah menengah sampai la last year
tak pulak jerawat tu jadi isu besaq.
setakat sebijik keluaq sebulan sekali tu pon sebab
nak period.

Sekarang ni dah macam ada jadual tetap dah.
Non stop timbul sana sini.
Plan baek punya penjajahan kawasan takluk.
Berpeta semua kawsan ada.
Past few days ayah dah suruh pergi cari ubat
kat farmasi... dah habaq, tengah try supplement baru.
Tengah tunggu effect la ni.
Sekali hari ni ayah balik dari sekolah
habaq ada surprise...ada hadiah.
Dapatla satu set penjagaan muka.
Brand "PUTERI".
Ya. aku pon tak kenai, tak pernah dengaq.
Sebab ayah yang bagi, moga ada keberkatan
dan mujarab untuk muka aku nu..inshaaAllah.

Nak buat macam mana, anak ayah baru nak remaja.
Umur 24 baru nak bercinta engan jerawat.
Sabo je laaaa....

No comments:

Post a Comment