Ujian hidup mengajar kita
perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan
mencari redha Allah...
Kita akan tersentak dari alpa
kerana sedar bahaw
Kita bukanlah Khadijah yang sanggup
bergadai segalanya demi jihad fisabilillah..
Kita bukanlah Aisyah yang bijak
merungkai masalah dalam Islam..
Kita bukanlah Fatimah
yang sangat akur dan taat perintah
abuyanya....
Kita bukanlah Sarah yang amat sabar
menghadapi dugaan hidup..
Kita bukanlah Hajar yang teguh jiwanya
dan hanya berharap pada Allah...
Kita bukanlah Masyitah yang sanggup mati
dalam keunggulan iman dan
semerbak harum pusaranya....
Kita bukanlah Sumayyah yang nama
tersenarai sebagai ahlii syurga
kerana gugur syahid
menegakkan iman...
Kita hanyalah wanita akhir zaman...
yang hanya mampu berusaha meniti
jejak serikandi-serikandi
agung...
Doakan aku..walaupun x mampu sehebat mereka
namun cukup sekadar
menjadi insan berjiwa
merdeka....
No comments:
Post a Comment