Friday, May 23, 2014

Submission

Doakan semoga hari ni semuanya ok.
HAti rasa berat sangat.
PAgi submission of  "Mood and Space"
padahal masing2 semua orang dah xde mood
dah nak ke kelas.
Ada yang dah sampai rumah pon sebab lari
balik semalam.
Tiket habes punya pasal..xnak balik lambat,
amek tiket awal terus.
Sabo je la...
Kalau ikot hati aku pon nak jugak lari.
Tapi nanti makan diri jugak.
LAst2 lagi stress daripada sekarang.
Mental jugak la aku...
Jenuh nanti kacau semua orang...
Kacau dia, kacau farah, kacau mak.
After Gawai break, tinggal another 3 weeks of lecture.
Tapi itu x cukup bagos...
sebab dengar cerita review after exam.
Exam start 25 Jun.
Aku ada satuuuuuuuuuuuuu paper je kot.
Harap2 berita tu salah.
Lagi awal kan lagi bagos.
Bulan puasa kot time tu.
NAk balik spent time ngan mak kat rumahhhhhh.

p/s~ cant wait to meet u this evening. Balik elok2 sayang. Love u.

Jumaat Sudahhh

Alhamdulillah...dah masuk hari Jumaat.
Tapi still ada more than 24 hours to spent here.
Esok balik tengah hari...
InsyaAllah.
Sangat tak sabar rasanya.
Pagi2 subuh mak dah Wsapp tanya balik
hari ni ke esok.
Okay...bukan kite sorang excited nak jumpa (:
Esok dah boleh jumpa mak..
Tunggu kakak balik okay!

Thursday, May 22, 2014

Its Thursdayyyyyyyyyyyyyyy

Tak sabar nak balik rumahhhhh.
Dua hari rasa tersangat lah lambat.
Nak balik rumah,
but I miss him a lot...
Masa sangat mencemburui kami..
(ayat Melayuan sikit)
Awak ikot kite balik Kedah laaaaaaa....

Wednesday, May 21, 2014

Batu vs Batu jugak

There are times where come
the up and down of us.
Masing-masing punya ego melangit.
Dua-dua pon kepala batu.
Bila dah berlaga memang berapi la.
(gaya macam teruk sangat, padahal takdak apa pon)

Kite touching...dia pon sama.
Tu la jadinya bila kita yang dulunya
kayu di-tisu-kan.
Perempuan itu mohon dipujuk.
Bukan dituduh berdrama swasta.
Skill memujuk dah berkurangan mungkin.
Atau pon dah malas nak layan dah...
Hakikatnya mungkin begitu...
Mungkin...
Siapa tahu.

Tapi di pihak sana pon mungkin bertanya,
"Hati sendiri siapa yang peduli?"
Betul  jugak....
Itu pon dibawah kesedaran aku.
Tapi sekadar sedar memang tak mencukupi.





Mengantokkkkk

Dah habes kelas, now mengantok pulak.
Dsh beli nasi, tai lapar yang memonster
pagi tadi tu sembunyi kat mane ntah.
Kenyang pulak....
Save for later la...
Syukur dah asing lauk siap2.
Nap kejap... nighto (:

p/s~ Studio at 2, balik ni mesti drained gila punyaaaaa

Laparrrr

Lapar pulakkkkk pagi2 ni.
Berlagak sangat xnak restock biskut.
Bajet dah xperlu sebab nak balik sangat dah.
Jarang2 lapar pon minggu ni.
Semalam last makan pkol 12 tengah hari ponnn...
Malam minum Milo..
so now dah jadi lapar monster pulakk.
-----> sape suruh degil sangat!!!

Rabuuuuuu

Morning and salam hari Rabu.
Wake up with a positive mind
and praying to have the same
good night too.

(:

p/s~ I cant wait to go home.... Homesickness overload

Because I love you...

" ...if you really love her, you won't touch her.
 Not even a slightest bit.
 You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
 Just hold her in your heart for a few more years
 then you can do it the halal way...."

Tuesday, May 20, 2014

Maybe later

Having a glance blogwalking
one of my favo..blog kak arina ni.
I read her latest post ni.
Okay.... I like her facts...
her experience to be exact.
So, noted on her advices...
Before ni pon ada dengar dari puan emak,
and from other sources.
That is MARRIAGE is all about (:

p/s~ Sorang lagi kawan sekolah menengah aku dah kawen dahhhhhh. Tahniah Nuraina Muhd Rizal (:
Semoga berkekalan sampai ke syurga (':

Not-so-good-day

Actually hari ni full dengan kelas design je.
From 9am-5pm.
Ada la gap lunch in between.
But still, this class never dissapoint me
in making me feel so baddddddd.
Penat.
Tapi terngiang-ngiang pulak kat telinga
yang ungkapan 
"kalau kamu penat menanggung lelahnya belajar dot dot
nanti ape kebodohan"
haaaa...something yang tu la.
Tak ingat pulak sekarang
and malas nak bukak tab baru google yang betol punya.
Maaffffff....

Bila ada yang bertanya how was my day,
 need to say "OK".
I have to.
But I just able to say that.
Tanak menyemakkan orang lain.
Orang tu pon ada test penting jugak.
Ada hal sendiri nak fikir,
penat sendiri yang perlu ditanggung.

But Alhamdulillah after maghrib tadi 
dah start to feel better.
Maybe sebab dah bertenang sikit kot.
Now I feel much much better.
Syukur Ya Allah...
I got what You promised (:
I hopefully I will always remember and
istiqamah doing my stress-therapy that way.


Test dan test juga

Selamat sudah test listening Arab tadi.
Minggu lepas Speaking (lahhh sangattttt)
Yang speaking tu baca given text je pon.
Just nak tengok lancar ke tidak je.
YAng ni baru mencabar ke-siswi-an aku.
Tapi apapela...malas nak fikir dah.
Tawakkal...
HAti dah sampai kat rumah 3-4 hari lepas lagi.

Sayang aku pon tengah ber-test.
Nak habes dah tu.
Hopefully kali ni tak membuatkan beliau bertambah frust.
Sabar ye sayang.
I knew you can do it bebeh!!!
Fighting.

Bukan apa, sebenarnya aku jadi risau bila beliau
susah hati...
Sebab aku sangatlah tak pandai nak memujuk
meng-comfort so that he feel better.
And I feel bad about that.
Sorry sayang, you knew how bad I am when it comes
to part pujuk memujuk hati lara ni.

Apape pon semoga kita berjaya untuk
semester degree kita yang pertama 
ini with flying colours (:
InsyaAllah...aminnnn

Monday, May 19, 2014

Heartbeats

Laju semacam je jantung aku hari ni.
Bukan la rasa tak sedap hati pon.
Just heartbeat berganda...
Laju yang....laju.
Laju dari biasa.
Hurm...hati excited nak balik kot.
JAntung pon jadi laju.

p/s~ It makes me think that we never know when our heart will stop beating..... Allahuakbar. Banyak lagi daki2 dosa belom aku cuci...

Dyana Sofya & Abang Library

After kelas straight to library.
Need to find extra references.
Lepas dah dapat buku semua,
sampai kaunter beratur kejap.
Bukanla ramai pon. 
2 orang je depan aku.
Dengar dah abg tu borak...
TApi x clear sangat.
First time aku tgk abg ni.
Before selalunya ada abg berlagak-ketiak-bisul
yang jaga kaunter.
ada dua, tapi selalunya sorang je yang akan duty.

Pasal abg berlagak-ketiak-bisul tu kita hold dulu.
Ok, bila sampai turn aku je,
abg tu tunjuk front page SINAR HARIAN.
"Kenal x sape tu?"

Aku macam.....
"Budak UiTM Perak ke adik dia?" -monolog dalaman.

"Calon DAP Teluk Intan."
Aku sekadar baca apa yang ditulis kat paper tu.

"Kalau saya, saya akan undi dia untuk jawatan tu.
Dia ni bagus. Kenapa?"
"Sebab dia orang muda...berani."
Bla...bla..bla...
semangat betol abg tu sokong si Dyana ni.
Siap tanya aku, aku nak undi Dyana x.
Aku just cakap...depends on her background.
Dia pon mula la Dyana ni budak LAw UiTM Shah Alam...

oooo.....ok2.
Saya tau abg semnagat.
Tapi maafkan saya.
Saya memang sangat blurr katak bab2 politik,
lagi kalau pasal negeri lain.
SAtgi kalau ada masa lapang baru nak stalk 
sikit pasal si Dyana ni.
TAdi kat FB ada nmpak org anti dia..
Tu pasal Dyana x sokong hudud...
tapi dia cakap dia x tolak hudud, cuma xkan undi untuk
melaksanakan hudud.
Ok..roughly I still know nothing about her.
So, no comment yet.

Sunday, May 18, 2014

Moh berbreakfast


Hot Milo with crackers
have been my favourite here.
Padahal kat Penang dulu berlagak 
tak hengat.
Biskut2 xlayan...kalau spare pon
jarang2 sangat nak makan.
Takkan habis punya.
Paling2 pon Weetameal Jacobs la gerak laju sikit.

Maggi pon senasib.
BEli sebab teringin, tapi
sekali makan pon xkan habes sembungkus tu.
TApi sekarang dah ada 3 jenis stock 
mee segera ni.
Hebat jugak penangan Perak (:

p/s~ Sila abaikan semak samun tak bertebas kat belakang tu.

Weekend no More

It is Sundayyyyyyy..
But it nothing like weekend here (:
No more jalan2 on weekend.
Yang ada cuma......

Jangan tanya nanti kenapa
tangan macam buruh kasar....

Buat keje pakai je ape tools yanga available.


Project punya pasal...
Boleh la asah skill jadi carpenter.
Try tengok sikit Engineer tak jadi punya skill.

Saturday, May 17, 2014

Tak Sabarnyaaaa!!!!

Tak sabar nak balik rumahhhh!!!
Tak sabar nak bercuti.
Paling x sabar ialah nak bercuti semester terus.
Selagi tak semester break selagi tu hidup
tak tenang....
Kena fikir design, kena fikir reviewnya.
Arghhhhhh.... I feel like screaming out loud.
Berat sangat rasa dada ni dengan segala benda terpendam.

I miss my Puan Emak sangat2.
I miss him too...
:'(

Selamat Pagi Sabtu

Hari ni kena berLDK pulak.
Semalam dah ceramah seround.
Kat sini style ceramah malam.
ok jugak.
So, hari ni dalam pukul 4 ptg dah dismiss.
Syukur sama2 group dengan budak2
sekepala tu.
Cuma Della je tercampak sorang2.
Senior la katakan.
Kitorang kelas bawahan je.

Meet my new girls....
From left: Ayu, Ekin, Me, Della, Naura, Nurul

Tengah tunggu turn nak test speaking Arab ni.
Ustaz ada la dalam radius 1m je dari kitorang.


Hopefully hari ni I get something
to charge my +ve energy.
InsyaAllah....

Friday, May 16, 2014

Done with the quiz!

Alhamdulillah akhirnya selamat dah buat 
quiz ELC500.
Gaya macam susah sangat
padahal 5 soalan in half an hour.
Terima kasih aaaaa...awakkk
sebab bagi tips how to
score fullmark.
Dapat dah tadi 13/13.
Alhamdulillah....
Manja sangat...
quiz mudah pon tak boleh buat tanpa awak.
Apape pon.....tq sayang.
Love u banyakkkk.

Salam Jumaat

Another 1 week more to go.
Cik Raihan sila bersabar.
Tolong bertabah hati.
Tak sabar nak balik rumah.

Nak balik.
Nak balik.
Nak balikkkkk jugak2.

Thursday, May 15, 2014

Terima Kasih II

Terima kasih ini untuk dia.
Dia yang selalu ada...
Selalu sabar dan tak pernah jemu membantu.
Dia sumber kekuatan aku.
Dia penyokong kuat aku.
Tanpa dia.... mungkin aku masih lagi menggapai diploma.

Forever in debt with you love (':


Banyak sangat kalau nak di ungkapkan semula.
Since our first year of diploma
dia dah all out membantu..menyokong.
Mengetuk aku bila malas,
mengejutkan aku kala terleka...
menarik aku kembali ketika hanyut.
Terima kasih banyak sayang.



Alhamdulillah...mampu juga bergraduasi bersama.
Yang mana suatu ketika dulu
selalu menjadi igau burukku, risau....
Macam mana kalau aku terpaksa extend?
Macam mana kalau masih ada subject tergendala?
Tapi nasihat positive dan kegigihan dia tak
pernah membiarkan aku berputus asa.
Segala penat lelah dia aku ingati..
susah payah membantu aku study...
Menyiapkan segala tutorial, assigment, dah report.
Terima kasih sekali lagi sayang.


Aku doakan semoga kami berpeluang
bergambar pada saat konvokesyen ijazah
pula nanti.
Walaupun berbeza tahun graduasi,
semoga kita masih setia bersama.....



Wednesday, May 14, 2014

Terima Kasih I

Mak dan ayah..
Orang kuat saya...

Im graduating from my diploma at the age 23y/o.
Di mana ada dalam kalangan anak2 saudara mara,
kawan2 mak ayah dah boleh merasa 
duit gaji anak2 aku masih lagi mengharap
duit mak dan ayah untuk sambung study.
Belom bekerja, baru dapat diploma...
sedangkan ada kawan2 batch aku yang tengah buat degree,
final year degree bahkan ada yang dah
grad degree pon....

Tapi mak ayah tak pernah kata apa-apa
pasal tu.
Tak pernah sepatah pon bercakap negative,
berfikir negative.
Yang aku dapat sentiasa adalah dorongan dan semangat
untuk terus gigih melangkah
walaupun ada ketika aku dah hilang kudrat
untuk terus berdiri.
Mereka sentiasa menyokong...
sentiasa mendorong....
Alhamdulillah...aku berjaya jugak
grad on time...dengan pointer yang lebih baik
dari apa yang aku berani impikan.
Alhamdulillah.

Tak termampu nak membalas jasa mak ayah,
sejak lahir hingga hari ni
seluruh isi alam pon x cukup untuk bayar jasa mak ayah.
Sangat bersyukur dapat parents yang tak pernah pressure
anak2 dalam pelajaran.
Di beri kebebasan untuk buat pilhan yang terbaik
untuk masa depan masing-masing.
Itulah mak dan ayah aku.

Dan.....sekarang aku rindu sangat suasana kat rumah.
Xmau dah sambung entry ni.
Boleh menangis jugak aku kat sini jugak
Love u both mak ayah.
Terima kasih banyak-banyak.



Semuanya demi mereka.


Sesi Before the Event


Aku xde buat pre-convo photoshoot mane2.
Ni pon sepantas kilat punya session
memandangkan my family sampai awal pagi tu.
Pukul 10.30 dah sampai kampus...so bosan xtau nak buat,
xtau nak pergi mana.
So here we are...berphoto-shooting
di padang survey belakng kolej Delima je.
Sunyi sikit dan teduh xde orang.


Puan emak rasmikan mortar board.
 Masa ni ayah tinggalkan kat  Baiduri..
Kasi beliau baca paper
memandangkan beliau tak berminat nak bergambar.


 Nak bagi semua adik2 pakai.
Sewa mahal kot...pakai kejap sangat rugiiiiiiii
Xde DSLR pon xpe....
Kasi taram je camera ape ada.



Alang (:

Adik.

Konon memula segan nak pakai.
Tapi senyum sampai x nampak mata (:


Im almost crying just by seeing their smiles (':

Kawan...lama..rapat

KAwan since SAINA
Dari zaman berhingus kami bersama.
Tapi dia senior aku in Civil.
Cont degree in infrastucture kat penang.
So dengan dia la aku menumpang 2 hari 3 malam.
Sobsss...terima kasih daun keladi kawan.

Beliau dah grad long time ago...
aku ja baru nak merasa.
Thanks for everything my dear.
Till we meet again InsyaAllah...

Alhamdulillah (':




HAri ni ni dah merasai kembali pagi di bumi Perak.
3 malam di Penang tapi macam sekejap sangat.
Sekarang dah xde reason nak balik ke sana lagi.
Sedih jugak rasanya....banyak sangat kenangan kat sana.
Pahit manis payau semua adala....



Rehearsal session 


Sesi pengambilan jubah di Laman Perdana.
Antara benda yang xde kat Perak ni ialah lobby
macam LP.
Takde ruang legar luas, boleh lepak, berkipas besar
dan sejuk macam tu lagi dah.
Salah satu nikmat  yang dah xde untuk aku kat sini.


Invitation card for parents
Penang punya graduan x rmai pon.
So, majlis sehari je.
Sesi pagi and petang.
Aku punya sesi petang...
Start right after zohor.
Other details kita cerita next entry okayh (:



Wednesday, May 7, 2014

Puan Emak & 360 Cam


I miss her so much.
I miss our time together.
Puan emak dah pandai selfie.
Silap2 balik rumah dah ada monopod pon beliau.
Pandai dah ber 360 camera skrg...
I cant keep writing....
i just... miss her so much.

Brothers


Ohmaiiiiiii....
my brothers dua-dua pon botakkkkk.
Nasib baik berjauhan.
kalau tak....hurmmm

Morning :

Selamat pagi and salam hari rabu.
Trying hard to start my day with a smile.
Im able to produce a fake smile.
Awal2 pagi buta teringat 
kat puan emak....
Rindu.
Laju-laju terus wasapp beliau.
Rindu....
nak balik.
Puan emak kata, solat dhuha..Isnin kita jumpa.
Hurmmm...baekkk.

Rasa nak balik rumah now!!!
Nak balik jugak2.
Dah x ingat last bila dekat rumah.
Macam mana kalau hari Insin nanti
terasa nak ikot balik Kedah?
Padahal Selasa malam ada test puler...
Cuti Gawai pon x membantu.
Lagi hujung semester algi banyak benda nak kena cover.

Hati please la kuat.
Dah besar kan...
Dah 23 tahun pon..
TApi........
rasa tu tetap ada jugak...xpeduli la umur berapa pon.
Nak mak jugak.

Monday, May 5, 2014

Rindu rumah

Rindu suasana rumah.
Nak balik rumah.
Semua orang pon ada kat rumah.
Nak balik...
nak balik....
nak balik jugak2

Meet my bestie

Hujan2 lapaq eskrim.
Aci boleh je.
Tapi spoil sikit sebab koop xde stock eskrim best.
Ada 2 3 jenis je.
Xpela, janji ada.


Im happy sspending time with her.
Always comforting, entertaining.
We share stories.
Pillow-talked moment is the thing I missed the most about us.
Bunyi macam mengada-ngada,
but yes...kitorang tido sambil berpegangan tangan.
Sweet kan dua2 (:



Doin our routine activity when we were together,
biasa la Cik Farah banyak sangat
benda menarik from youtube yang dia nak tunjuk.
How to make cute cakes,
choc sticks, dessertla...ice cream...

Selalunya video clips artist yang dia suka.
Sometimes, things about make up.
(Aku x minat make ...langsung)
Tapi layankan je sebab dia super duper
addicted to make up thingy ni.


Recharging Weekend


Me and Ayu
Baru balik from 2 days and 2 night weekend at Shah Alam.
2 days because sampai sana pon dah malam.
Tiket kesana 5.45pm from Seri Iskandar.
Berlari-larian kejar masa sebab
petang tu ada program mentor mentee untill 5.15.
Late info, kitorang TAKKAN cancel the plan.
Lambat betol nak confirm pasal mentor mentee tu.
So, program hari sabtu kitorang nekad x join.
Ape nak jadi pon jadilah!!!

So, around 9.30 pm lbh kurang dah selamat sampai Shah Alam.
Lega and mood happy gila.
Lupakan kejap semua kerja2 and anything related to Perak,
except for one...my sayang.
Nak buat macam mana, beliau Perakian
huhu...thats the only thing I love about Perak.
(:

Rezeki (:
2nd night kat sana, dinner kat Japanese restaurant.
His mom menang contest kat IKIM.
Kalau saja2 nak pergi memang tak la kot.
Beliau anti-sushi. Tegar!!!
Tapi the buffet there sushi tu minoriti sangat.
ada pon dua jenis je, idako dengan udang.
Lain xde.
Mostly benda2 yang dia pon boleh makan (:


Orang gigih makan lamb grilled (:
Till then la kot.
Skill bercerita berbelog dah karat...
Nak kena polished balik nmpaknya.