Monday, February 23, 2015

Semoga Allah Setiasa Melindungi Tok

Minggu ni dah masok minggu ke 3
tok stay kat wad.
Dok dah mula mengadu bosan dok sana.
Nak cepat2 balik katanya.
Tak larat dah nak baring saja kat sepital.

Tapi keadaan tok sendiri dah uzur.
Kalau tak sebab sakit pon
usia tok dah masok 71 tahun.

Sedih bila nampak tok sedih sambil
cakap dia takdak anak..
selalu senyum bila tengok kami adik beradik
bergurau masa pi melawat dia.
Syok ada anak2 kata tok kat mak.
PAstu meleleh lagi ayaq mata tok.

Setiap kali pi melawat, suap tok makan...
mesti dok nangis.
Mujoq ada anak ni dok ulang mai tengok..kata tok.
Kami yang dengaq pon tumpang sedih sama.
Tok bukanla saudara dekat sangat.
Tok ni sepupu kepada arwah tok nab (tok kandung aku).
Dan juga merangkap adik ipaq tok nab.
(zaman dulu kan pesyen kawen sepupu)

Masa aku kecik2 tok atau nama sebenarnya som binti saad
ni la yang babysit aku.
Tinggal dengan mak ayah kat Selama, Kedah dulu.
Sebab tu arwah tok nab dulu memang suruh kami semua
panggil kat tok som ni tok jugak.
Kami semua memang panggil tok som ni tok.
Lemah lembut orangnya...baikkkk sangat.
Rasa macam tok betoi dah.

Untuk pengetahuan tok di syakki meghidap leukemia.
Tapi medical test belom dibuat untuk confirm tok sakit apa.
Sebab tengah tunggu cuti raya cina la apa la.
SAmpai sekarang belom confirm bila tarikh nak amek 
air tulang sum-sum tu.
Ya Allah...semoga Allah meringankan beban tok.
Semoga Allah sentiasa melindungi tok.


Saturday, February 14, 2015

Happy birthday Abang

malas la pulak nak continue long entry.
InshaaAllah esok sambung cerita pasal 
birthday celebration hari ni.

Puteri

Syukur dapat ayah yang sangat-sangat prihatin.
Kebelakangan ni aku mengalami masalah
jerawat di muka yang serius.
Mungkin ayah terkejut kot sebab since 
sekolah menengah sampai la last year
tak pulak jerawat tu jadi isu besaq.
setakat sebijik keluaq sebulan sekali tu pon sebab
nak period.

Sekarang ni dah macam ada jadual tetap dah.
Non stop timbul sana sini.
Plan baek punya penjajahan kawasan takluk.
Berpeta semua kawsan ada.
Past few days ayah dah suruh pergi cari ubat
kat farmasi... dah habaq, tengah try supplement baru.
Tengah tunggu effect la ni.
Sekali hari ni ayah balik dari sekolah
habaq ada surprise...ada hadiah.
Dapatla satu set penjagaan muka.
Brand "PUTERI".
Ya. aku pon tak kenai, tak pernah dengaq.
Sebab ayah yang bagi, moga ada keberkatan
dan mujarab untuk muka aku nu..inshaaAllah.

Nak buat macam mana, anak ayah baru nak remaja.
Umur 24 baru nak bercinta engan jerawat.
Sabo je laaaa....

Friday, February 13, 2015

Friday The 13th : A nightmare.

Hari ni hari result degree.
Alhamdulillah...
Bersyukur...even ada sedikit kekecewaan
bertompok sikit sana sini
sebab ada subject yang dah betol-betol all out
tapi result mellow.
Hurmmmm.....mungkin masih tak cukup usaha.

Setiap sem pon berazam dan akan 
tetap berazam untuk naikkan pointer.
(kali ni pon samalaaa)
Semoga sem depan lebih baik daripada 
sem2 sebelum ni.

Thursday, February 12, 2015

Caramel Bread Pudding

Ni resepi sebab nak elak membazir.
Dah lama ada dalam buku resepi,
aritu roti dah nak expired...sayang...
So buat la benda alah ni.
Alang2 tengah demam
"Manisnya CInta Di CAppadocia"

so ni la hasilnya...


REsepi dia simple ja

3 keping roti gardenia
1 tin susu cair
gula
telur sebiji
esen vanila
secubit garam(bagi naik lemak)
(blender semua sekali)

Tuang atas gula yang dah dihanguskan..
pastu kukus sampai masak.

Disebabkan aku selalu masak hantam2 ja,
so memang ikot rasa ja..agak2.
MAsa pon agak...ikot la jugak buat bekas apa.
Love ni sebab pakai bekas kek Choc Anis tu. 
kukus dalam tu senang...lawa pon lawaaa

Project Taman Astakonarrr

As usual, cuti2 mesti akan ada mini project
dengan puan emak.
Kali ni project taman mini kat depan rumah.
Main subject dia pokok bunga matahari.

boleh la kalau nak nyanyi lagu Maya Matahari tu..
"bunga-bunga matahari....harum mekar.."
Ok aku tak tau pon lirik dia apadia.
Semangat mak tanam...berbelas2 pasu bersusun depan rumah.
Last time pi nursery TERtambah la bunga daisy merah and kuning.
Subhannallah....cantik gila!!
Encik Ayah siap ingat bunga plastik...lawa sangat.

Daisy merahhh ang ang

L shape corner tu penuh dgn sunlflower trees ja.
Bunga dia tak keluaq lagi. Sabaq.

Kat nursery area PokSen. Keladi gajah kot ni.


Ni gambaq masa mula2 beli, sekarang yang kuning dah nak masok 5 kuntum bunga, merah ada 2. Cepat besaq, sat ja kembang setalam. seronok wehhhh.

Spoil. Tapi nak boh jugak. Pokok bunga lipstik (:

Pokok orkid pon ada beli tambah lagi 3 pasu.
Dok gantung2 dah kat port lepak tu.
Comey la sikit kerusi batu tu dah ada hiasan bunga-bungaan.
Memandangkan la ni musim kemarau,
So, petang2 kami ramai2 jemaah pakat siram
pokok2 bunga mak tu.
Tak sabaqnya tunggu bunga matahari keluaq banyak2...
Kalaula tulip tu boleh tanam depan rumah....aishhhh

Officially 24th

Alhamdulillah diberi kesempatan menjejak usia 24 tahun.
Bersyukur.....sedih...terharu.
Baaaaanyakkkkk sangat perkara yang kena muhasabah.
Ramai kawan-kawan dah berhijrah menjadi insan yang lebih baik.
aku macam dah reverse...
Makin teruk.
Allah.....Susahnya nak berjihad melawan diri sendiri ni.
Setakat ni...azam tu ada, tapi belom mampu terlaksana.


Surprise gift from a friend of mine.
Terharu dengan wishes dari kawan2 jauh dan dekat.
I'm not really into all these wishes ni.
Serius tak wish pon xpe.
Thats why memang dah awai2 hidekan birthdate kat fb.
Aku tak perlukan orang yang wish sebab noti timbul kat wall.
Takpe....cukup la sekadar 2 3 orang yang ikhlas mengingati (:


Famous Amos choc chip-rice bubles cookies

Mini project hari ni.
Buat cookies ntok Puan emak.
Less sugar sebab mak dah tak boleh makan manis2.
Tapi suka cookies...so customize kan
 sugar content half from usual.

Resepi ni tak ingat cedok mana.
Edit2 sikit ikot bagi sedap mulut.

Bahan-bahan:
4 cup tepung gandum (kite pakai 2 cawan tepung je, tambah 2 tbs corn flour)
2 cup sugar (kite buat 1 cwn je)
2tbs cocoa powder
1ts baking soda
1 ts emplex
1 ts cream of tartar
2 tbs fresh milk
250g butter
1 whole egg
1ts vanilla essence

*optional nak masok kan ape
kite pakai bahan yang ada je.
1 cup almond chunk (roasted)
1 cup choc chips
2 cup rice bubles

method:
1. pukul butter and sugar sampai sebati...add on egg.
2. tambah vanilla essence and susu
3. Add on bahan2 kering yang dah dia ayak terlebih dulu.
4. Last sekali baru tambah accesories tu semua. (almond, choc chips, rice bubbles)

Pastu bakar dalam 20 mnt (api aku agak2 je...tapi check 10 mnt sekali)


Yang hujung2 tu menyempit sebab dah last x cukup space.

Alhamdulillah puan emak sukaaaaa sangat.
p/s~ Puan emak kata buat dengan kasih sayang sayang and penuh ikhlas memangggg sedappp (;