Wednesday, July 6, 2011

Sujud Syukur

Dah lama tertarik bila tengok org buat  sujud syukur.
First time rasa tersentuh sangat dalam movie Ayat2 Cinta.
Tadi tengok Seth plak buat sujud syukur dalam
last episode Nora Elena.


Sujud syukur tu ape??

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

Tertanya2 jugak, perlu ke dilakukan dalam keadaan berwuduk 
sama  macam solat biasa?
Sebab kalo ikut dalam cerita tv macam tros sujud,
tanpa  takbir pown..
But then trough buku and google....

  • Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.
  • Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
  • Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.  <----- boleh klik sini
  • Menurut Al-Khawarizmi pula,boleh jugak kalo kita nak  menggantikan sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
  • Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
p/s~ Sounds and seems interesting =). Tak pernah cuba lagi nie. Lagi style time last year kot ada sorg pcik ni menang game golf...sujud tengah2 padang tu tros...Tabik spring sama pcik la!!!

No comments:

Post a Comment