Wednesday, August 10, 2011

[Yang Ganjil]

Hari ni nak share sikit bout Solat Witir yang merupakan salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. =)

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.



Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.



Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir




Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
 
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Solat sunat witir ni merupakan solat terakhir yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Patot la before this dengar org cakap yang before tidur lebih baik buat witir dulu. Tapi belom cukup kuat nak buat. Pernah nak try tapi selalunya berakhir takat niat dalam hati ja. Hopefully daripada dok insomnia xley tido or after stay up late at nite ape salahnya kita "dating" kejap ngan DIA before tido yang belom tentu kita akan bangun lagi esoknya.....=)

p/s~ Baru hari ni tau yang witir tu ganjil maksudnya~~ =) [Boley x nak buat ayat kat member pasni " Ank ni witir btoi la!!!"] Hahahaha

No comments:

Post a Comment