Thursday, March 31, 2011

o0o0oo...No!!!


N.E.R.V.O.U.S.N.E.S.S

Feeling scared when realizing my passion and enthusiasm to study faded away..

Tuesday, March 29, 2011

A bit like us..=)



 


I lost u I smile..
I lost them i'll die....


Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

Seumur hidup aku
Ini yang pertama 
Pintu hatiku diketuk 
Oleh dua wanita 
Punyai ciri selama ini ku cari 
Berbeza wajah ayunya tetap asli 


Kalau ku pilih di sini 
Apa kata di sana 
Kalau ku pilih di sana 
Di sini akan terluka 
Perlukah aku pilih keduanya 
Bahagi kasih adil-adilnya 


Sungguh ku merasa resah 
Untuk menilai sesuatu yang indah 
Namunku ada pepatah 
Yang aku gubah...


 Di sana hanyalah menanti 
Sampai bila pun ku tak pasti 
Bertanya khabar melalui tinta 
Jarang sekali bertemu muka 
Namunku tahu dia setia 


Dan di sini tetap menunggu 
Berada jelas di mataku 
Kasih tak luak terhadap aku 
Sanggup menunggu kata putusku 
Sayang ketabahanmu menawanku 


Ku terima satu nota 
Ringkas tulisannya 
Dia sedia undur diri 
Dan memaafkanku 
Katanya anggap ini satu mimpi 
Yang datang sekadar... Untuk menguji...


p/s~ o0o0o..tetiba jiwa berkarat pulak. Harap maaf sapa yang rasa nak muntah @ gelak guling jatuh kerusi beware ok. Skali skala nak feeling2...Xsemua citer dalam lagu ni exactly like my story n him..But then still applicable for us...sebab kitaorg "kawan yg terikat" jew =)

Tetibe...

Tetiba ari ni rasa nak makan mee bandung meluap-luap plak..
Nafsu puasa turut menyumbang perasaan tu kowt..aishhh
Balik ari tu dah beli barang beria nak masak..
tapi x sempat sebab banyak komitmen luar..
Pergi sane cni.
X duduk umah sangat pown..
Sekarang baru nak rasa menyesal..adessss..

Puan emak siap pesan
"Len kali kalo x m0  masak or rasa xdan nak masak
jgn beli barang dulu.  Terkilan mak tgk brg tu suma tapi tuan nak makan
dah xdak (balik kmpus)"

"o0o0o...k b0ss. Underst0od."

Lagipown time tu suma macam dah kenyang ngan masakan mak.
Kal0 toy0l2 sekalian tu x makan x feel la masak xdak yang makan...



ECM 107

Blurr gila nak buat task nie...
kelam...sangat2..
xtau npe...
suma group members xde selera nak buat
esaimen ni..
including aku.
Submiti0n date dah lame expired pown...
Haissshhh...
Banyak kali dah bukak notes,
search info + tangan atas keyb0ard siap
tapi tetap gak static disitu sahaja...
Adessss..sab0 je la..

Nak sangat..

Perkara palinggggggg nak buat dari dulu xpenah tertunai.

Semua orang ada will yang macam tu kan??
Aku pon begitu....ok!
Perkara paling nak buat dari dulu2 lagi...
Susah sket....Nak berkelah atas rooftop!
Agak tebiat sket bunyinya...tapi sangat nak makan2 n lepak2 kat atas rooftop
Macam best...even before kenal Jade n Trisy pown dah berimpian begitu
Then after tau citer diorang lagi la nak lepak atas rooftop..
Mula2 sampai Kristal time registration day tros pandang bumbung....senyum sendiri
sebab ingat atas flat roof----->bajet boley lepak
Tapi.......xde roof pown...pakai bumbung zink je..Hancussss
Xpe2...hopefully s0oner or later dapat jugak usha view dari flat-roof mane2 rooftop nanti

Yang ni plak....

Nak jugak...=)
Awak....saye suke awak..sgt2!!

Tapi xboley beli lagi sebab nak seb duit ntok next sem.
Dah pasang niat kalo dapt tukar kampus nak bayar yuran sendiri..
Barang2 archy pown boley tahan jugak kalo nak kna beli nanti.
and dah janji dengan diri sendiri jugak Encik BerukBand 
saye yang akan bertanggungjawab terhadap beliau..
Puan emak xtau pown sal yuran..
Kalo tau pown mesti kena buat proposal dulu
kasi beliau betol yakin yg saye dah mampu 
berdikari "sikit" sekarang nie =)

p/s~untuk kegunaan yang lebih utama...

Monday, March 28, 2011

Suke...=)

Dah lame xmain hujan btol2....
Tadi balik dari kfc Baiduri
hujan...
MySpace
Jalan lagi 2 3 tapak..dah..
lebat pulak...
Masih jalan jgak..
Seronok main hujan..lagi2 hujan lebat.
Tapi yang syoknya..

"Kak Longgggggg...jalan cepat! Hujan lebat!"
Sheisshhh..terdengar suara "menyaport" dari Hostel Baiduri
Macam bley agakla suara sapa 
MySpace
So, agak nyesal pkai baju pagi tadi xtukar..(-_-")

P/S~ zaman hostel main hujan kat ampaian sebab xnak kant0i ngan warden. Yana head-of-buat kerja-"baik".

Sabar + Sabar +Sabar

Hari yang penuh dugaan macam2.....
Cuba jugak senyum
untuk orang2 sekeliling yg care bout me..
Sorry 

Sunday, March 27, 2011

To Any0ne =)





Teman Borak

Banyak sangat benda nak cter kat Nabila
Thanx teman chat since subuh tadi...=)
same2 lapar...
Same2 xley nak continue tid0 balik...


Photo Albums at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com


p/s~xtau bila ada rezeki nak jejak  Seremban  lagi...

Incek Belogggg....

Incek Beloggg...
tau x, smalam saye tdo awal..
pkol 11.55cmtu
udah pingcan..
hujan + letih + badan bau asap lagi
Set alarm pkol 1 nak solat Isyak
Xsedar bila off alarm then pkol 5 a.m baru terjage
Lepas mandi n Solat baru tersedar...
saye....

lapar......

Saturday, March 26, 2011

O0o0o..Plagiarism

mereka punya kekasih
mereka saling menyayangi
mereka saling mencintai
mereka saling merindui
mereka saling memahami
mereka saling bercerita

dan.aku.tidak.punya.siapa-siapa
tapi ada satu kuasa yang memiliki aku

kuasa yang menabahkan di saat aku jatuh
kuasa yang menyabarkan di saat amarah menguasai jiwa
kuasa yang menenangkan di saat jiwa berkecelaru
kuasa yang tidak jemu menasihati & membimbing
kuasa yang sentiasa menganugerahi aku kejayaan cemerlang
kuasa yang mengurniakan aku keluarga & sahabat
kuasa yang meminjamkan aku segala-galanya
kuasa yang tidak pernah jemu mendengar rintihan aku
kuasa yang mengatur hidup aku dengan aturan yang terbaik

tiada yang setanding denganNya
kuasa yang akan selalu aku rindu untuk bertemu denganNya

p/s~blogwalking...dapat few post yg boley fill-in-empty-soul... =) 
        --------> copy paste pown berlaku

Pak Ku kata....

suka? sayang? cinta?

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.


Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.


Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"


Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."


SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.


CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "



SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."



SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.


CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."



Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.


Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.


Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."



Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.


Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.


Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...


SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.



SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.



CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.



SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.


CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

p/s~copy paste dari blog Ku Fitri jew pon. Lately macam perasan jugak ramai jugak memeber yang post pasal mushy-lovey things nie kat blog...hurrmmmm, bace x abes pown..panjang sgt

Friday, March 25, 2011

Susahnye nak dapat kam0o


Abang cakap Breakaway xde..
Kinder Buen0 pown xde..
Ada Incek Daim jew..
xpela..xtau lagi bila nak balik amek..
Mana nak cari kamo0 ye Mr. Breakaway????

p/s~ xdela sedap ape pown..saje ngada2 lebih nak jugak sebab....susah nak dapat kowt. Hurrmmm

cAYALAH dAYAH...


Dayah dan CHENTA..
yang dulunya AMAT mustahil untuk bersatu kini....
Arrggghhh..ok
Dayah dah transform!!
Salute sama hang dayah atas kegeniusan anda tulis entri


Aku sangat setuju ngan point  hang yang bernas tu..
Pape pown still bley bau yang 0tak gila 
hang tu masih x terubat..

Betul yang kalau kita suka xsemestinya memiliki


Aku xpandai nak tulis or elaborate panjang macam cik Dayah nie
Kalo nak tau lebih lanjut
juz click kat link atas tu untuk view post beliau =)

Peter Pan

Sometimes aku paham kenapa 
Incek Peter Pan refuse to grow up..
Yeap...memangla perkara tu mustahil..
mana ada manusia yang hidup
tapi umur x meningkat
masalah x bertambah..
Kalo ade cuba lompat bintang skg spya aku bley nampak...
xde kan??
incek P.Pan sama Wendy

Semakin kita dewasa semakin banyak masalah
yang akan kita jumpa...
Perasan atau x dulu time kecik2 kita
happy je semedang???
MACAM xde masalah...langsung. Kan??!
Tapi kalo di observe dipikir2 balik
dulu pown ade je masalah...
nak kna hafal sifir..
kerja umah eksperimen tauge la bagai
tapi xde la memeningkan kepala bet0l x??
Sebab dulu otak kanak2 rebina x perlu pernah pikir
sebarang sebab or akibat pasal "masalah" xseberapa tu..

Bila dah besar (mungkin faktor bertambahnya neur0n turut mempengaruhi)
mesti asyik stress + tertekan + serabut otak
sume pikir bab2 yang x bersilibus macam
tut0rials+assignments+duit+kawan+BF/GF
and etc....ok.
Ada quote yang jumpa state yang kita memang hidup untuk BERMASALAH!!
Dan kalo xde masalah sumpah bosan dan ape
pengajaran yang akan kita dapat sedangkan
experience is the best teacher in life..
Kita xperlu jadi penakut untuk face with probs macam Incek PeterPan tue..
Tu pown maslah gak tu..
Masalah xnak membesar..xnak dewasa..
Gi...la!!

Kita xboley nak elak dari masalah
dan mustahil untuk lari dari maslah..
so, the right choice is find the best way to solve the problem
and the way we accept/adapt with the problem..

p/s~ memang senang nak cakap kat orang tapi kita sendiri belom tentu mampu nak kuat untuk hadapi setiap  dugaan dalam hidup. Tapi Allah dah cakap yang xde satu pown dugaan yang dy bagi untuk kita diluar kemampuan kita untuk hadapi... =)

Wednesday, March 23, 2011

Soluti0n (^_^)v

Penyakit insomnia semakin menjadi-jadi.
Aku dah brainstorm sket2 solution yang effective ntok setlekan prob nie...
Bukanla satu masalah besar pown
tapi masih perlu diberi perhatian jugak kowt...

Dalam wiki ada state yang insomnia is 
is most often defined by an individual's report of sleeping difficulties. While the term is sometimes used in sleep literature to describe a disorder demonstrated by polysomnographic evidence of disturbed sleep.
Adala few treatment yang di suggest untuk penyakit nie...
(kalo ikotkan ni bukanla "penyakit" sgt pown bagi aku)
Dulu  dah pernah jadi cmni...
xley nak tdo..
baring guling2 atas bawah katil dah still
xley nak lelap jugak.



Pastu pasang stars glow-in-the-dark
banyak2 kat dinding...
panjat tangga gantung kat siling bilik lagi..
Pergghh..bila light off heaven kowt...
rasa macam kat universe dah...
Gelap gelita tapi nampak stars tu rata2...
Bila ralit pandang bintang2 tu dah xsedar camne bley tertd0... =)
S0, problem solved!!!!

Yang macam ni menakotkan lak..


Skg perlu cari bintang2 yang glow in the dark
jugak sebab kat kolej ni xda bnda menarik nak pandang before tdo...
Bosan....

Tuesday, March 22, 2011

Bee =)

Maskot perasmian untuk 
opening ceremony tadi sangat comeyl..
BEE
Ingatkan nak bagi guys yang pakai,
rupanya sorang gurl comeyl naik pentas pakai costume
bee yang bersayap comeyl =)

Tengok je maskot naik direct teringat 
time hari sukan kat skolah time 2008 dulu.
Dah taoun last, kitaorg dh xjoin kawad
uniform semata-mata nak masok kawad rumah..
Semangat kan?

Bee angsana 2008
Rebina sungguh kan kami time tu?? huhu

Sebab pe terimbau??
Aku dulu rumah ANGSANA --------> Kuning
Jadi dah macam2 maskot kitaorg pernah pakai.
SpongeBob antaranya laaa....
Tapi ta0n 2008 kitaorg para senior
decide nak pakai bee as our maskot..

Sangat memorable time tu stay up jahit costume 
kat coridor je after light off.
Hostelkan..no exception kecuali k0 baik nak tadah
telinga dulu kena bambu ngan warden yang belom tentu nak
approve kasi bukak lampu untuk buat semua preparation tue..
Xkesahla, diorang ada go0d reasons untuk x bagi bukak lampu.
Xdehal sangat pown.

Batch Angsana 0408

Time preparation hari sukan sangat best sbab same2 sibuk hias khemah rumah,
jahit costume...
prepare untuk maskot...
design baju untuk team kawad...
berlatih kawad..
and pikir segala-bagai gimik gila 
untuk kasi happening sket..
Alamak...rindu sangat2 time2 macam tu.
Irreversible m0ment!
Majlis hari raya 08

Kitaorang sangat rapat sebab time skolah
Satu rumah sukan (form 1 n form 2)
satu kelas, satu dorm (boys n gurls dorm masing)
So, dua taon nak gadoh nak bertekak
pown muka-muka tu ja la..
Mas0k form 3 baru merasa streaming class..
s0, mersa la semangat bekerjasama
untuk kumpul markah merit untuk rumah sukan..
That why bangga jadi Angsanarian sebab
setiap kali tengok board markah
mampu je tersenyum bangga sebab
out of 4 kategori, kitaorg yang bolot..hehehe


Abaikan Cik maskot kat belakang
juz nak tunjuk ni la
anugerah rumah sukan yang kitaorg dapat unutk taoun 2008
(salah satu je, ada lagi)
and actually kat ctu penuh ngan nama ANGSANA ja
since ta0n before2 kami pon..


P/s~ bukan riak jauh sekali nak menunjuk-nunjuk...tapi bangga sebab pernah jadi Angsanarian =)

Monday, March 21, 2011

Penat + Letih + x Cukup tid0

Incek Belog....!!!
Saye rindu awak sangat2..
dah lame x cherite kat awak buka pown
takat nak bace post Kak nadya jew..
dan last week minggu awan mendung kat atas kepala,
so saya avoid bercherita ngan awak time tu
sebab takot TERtulis yang "tak patot" plak..
Tapi tau je yang "dy" xkan bace or even TERbace sekalipun apa yang saye
cherita kat awak...
sebab dy xpenah kesah pown pasal blog
saye even dulu saye sangat2 excited nak dy kenal saye
and fahami saya trough awak, Incek Belog.
Tapi xpe at least skg saye xrisau dy tau pape
sebab dy TAK PERNAH view awak pown... =)

#######################

Last week aku balik Kedah atas 3-4 sebab,,
Makndak balik and nak support belated bday aku and abang,
then kenduri kawen Kak Mila + N0non
dua hari, Sabtu and Ahad..so, xrugi pon balik
even kerja sangat banyak berkontena.
Kak Mila dah siap pm lagi ngatkan untuk balik kenduri dy.
Dah la time bertunang dulu aku cilok x pegi...ampunnn!! =)

Malam nikah tu (18/03/11) kami almost xsempat 
sebab baru balik dari majlis nikah kezen mak. 
Syukur sempat, sampai jew tros start akad dan nikah..
Syukur semua selamat.
Xtau kenapa, sebab kenal rapat ngan kak mila and n0non
atau sebab diri sendiri sekarang dah dewasa
terasa lain sangat time dengar lafaz akad nikah tu.
Macam boleh rasa beratnya tanggungjawab bila
kita dah digugurkan taraf hakmilik
mak ayah kepada Incek suami!! Adesss...
Ni baru time orang lain...kal0 time diri sendiri,
xtau la..
Mesti jantung mcm nak melompat2 keluar je punya nervous..

#####################

Arini ktaorang ada c0mpetition to design Future City.
Dengan masa yang sgt limited, kna buat base on waste material lagi
so agak kalut lagi rushing2 jgak la nak setle suma benda.
1 meter x 1 meter tue.
Dah lama x buat mock up model suma bagai nie..
scale ruler xde, design masih ntahapape.
Berhari-hari xtido buat semua bnda nie...
sampai jumpa kak lin time balik ari tu dy teg0
"Asal mata macam gelap je?"
---------> bermata panda jugak aku (-_-")
"Akak, org dah 3 hari xtdo tau  buat model ntuk projek fakulti"
punya la semangat...
Dah la aritu si Fify teg0 muka obvious nampak line sunburn.
Xdala main panas sangat pown..hurrmmm
Mata gelap or muka hitam
sungguh Cik Ckah sendiri x perasan suma tu
sebab  past few days x sempat nak tangok perubahan diri sendiri.
Lagi satu yang agak sadis....ayah
"awat nampak kakak macam lain ja? Balik ni dah naik penimbang dak gi?"
'Dah. Sama ja ngan last balik ari tu. Awat?"
"Ayah nampak lain ja...macam makin berisi"
o0oo..k. Got da point!!
Nampak ja mcm tu kot..baju oren tu besar lagi kembang dan sangat longgar.
dalam hati aku....
"Ayah xtau since dok Penang berat kakak tron dekat 4 kil0"

Ok...dah merapu citer kot len lak.
Meh2 back here bout FKA week..
Tadi syukur rezeki kitaorg ngan model yang x seberapa
tapi dapat jugak tempat ke-3.

Dapat hadiah RM30.. Alhamdulillah

Macam aku state kat atas tu..
model kitorg xdala Futuristic sangat pown...
ramai lagi c0mpetit0rs yang design canggih2 lagi cun.
Memang kitaorg xberharap nak menang sebab buat pown sekadar suka
dan even aku sendiri dah rindu gila nak buat bnda camtu
s0, even xtdo, letih smpai jadi mata panda
tapi kitaorg suma enjoy and happy jew
spending nite together siapkan model tu..

At  the same time time present pagi tadi,
(dengan xprepare sangat) tapi xdala rasa nervous or over-confident
maybe sebab berkat doa mak ayah jugak kot.
rasa diorg dekat sangat ngan aku and ada kat seblah
sebab puan emak tolong kasi hampas kelapa ntok
kitorg buat rumput and Incek ayah dengan semangatnya
tolong sponsor 3 kotak plasticine ntok Cik Ckah.
Actually time ayah cakap nak bagi plasticine tu
aku masih xterbayang nak pakai buat apa bnda tu
sebab memg xpernah tersenarai lagsung bnda tu dalam list barang nak buat
model tu.
Juz terima ja sebab Puan emak n Incek ayah dua2 semangat kasi
idea macam tu macam ni,
begitu dan begini....
Syukur sangat dapat parents sebegitu..
Sayanggggggggggg kat mak n ayah...sangat2!!!

**************************************

Banyak sangat citer nak cover
sebab bnyak ari x update..
Kredit jugak to Cik Azah and than x a lot
coz sudi menye'ponsor' Choc0late Indulgence
for my belated bday..=)

11 Feb 91 vs 14 Feb 93
Ramai org kata lu abg wa..
tapi stop buat ,muka riak sebab
ape pon yang jadi lu tetap adik wa dan fakta tu xkan berubah sampai bila2..
besar mndat jadi kakak kowt...
~Thanx 4 being such a go0d and caring brother..
kakak sayang abang!!

Thursday, March 17, 2011

Permata yang dicari




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


p/s~ Sangat sweet kalau mampu jadi special s0meone to somebody macam dalam lagu ni kan?? X perasan since bila aku mula nak paham sinopsis lagu nie sume. Selalunya dengar sebab best tapi x faham pon apa point lagu tu. Yang jadi mangsa selalunya Che Sue and Yana la coz depa ni tekong and juara menyanyi x kira la nasyid ke balada. "Che Sue, Che Sue, tolong cita sinopsis lagu ni kat kami boley? X paham la...." atau "Yana...lagu ni point pasai apa sebenaqnya??!!" S0, diorang kalo time rajin melayan mengong blurr2 kawan depa ni depa akan explain la..Tapi kalo nasib xbek..depa akan pandang aku dengan muka kelam.... So0ooo...o0oo00o..k! Xpala, xyah cakap papa! Fullstop kat ctu.

Sunday, March 13, 2011

Kebetulan..

Kebetulan arinni xde benda nak tulis ape..
juz blog-walking here and there..
Stuck kejap kat blog OneZ..
Bout arwah Cikgu khairuddin..


Boleh je baca kat link atas ni..
Kebetulan yang aku nak stress kan kat cni
bout keciknya-dunia-sempitnya-bumi ni
one day abg citer pasal dy kna cuci
darah arwah seorang pakcik
yang meninggal pasal kanser...
Darah tu menyembur-nyembur
banyak sangat kat lantai bila doc cabot
wire yang ada kat kerongkong pesakit tue...
Abang cakap agak seram bila time cuci
tu jenazah masih atas katil,
lowered paras kepala  abang bila abang tunduk cuci
darah atas lantai tue...
Bilik VIP, so bayangkanla berdu0 je ngan arwah time tu...malam lak tu

Abang kata arwah tu cikgu kat  SBP Kubang Pasu
xbajet la tu cikgu aku..
Tapi dy pon xsure sangat..
then bila baca entry onez tadi
direct boley relate ngan cite abang..
ye la tarikh same, keadaan yang same...
tapi aku xtau sal member nak
pegi ziarah cikgu..
kalo x boley join...
Xpela..apep0n aku sentiasa doakan semoga roh
arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam
kalanagn orang2 yang beriman...
Aminnn...

Saturday, March 12, 2011

Semua Tentang Kita.wmv



Semua tentang kita....






p/s~ ske sebab kartun dy schumel..=)




Girls + High Heels

=)
Sedar atau x fesyen tu mampu menjejaskan kesihatan especially high heels yang dah memang jadi darah daging untuk gurls zaman sekarang neyh. 
High heels bagi tekanan kat bahagian lutut dan kajian daripada Persatuan Ortopedik Amerika Syarikat ada menyatakan yang wanita yang berkasut tumit tinggi sekurang-kurangnya 3cm akan meningkatkan tekanan pada lutut sebanyak 26% !!!

  

Tekanan ni la yang lead kita para pmpuan untuk mudah dapat penyakit 0ste0per0sis dan penyakit sendi. Scary kottt!!! Osteoperosis tu....aku yang xminum susu nie??? OMG..kna pikir panjang nie...hurmmm..
Bukan takat sakit tu je, tapi bley sakit bahu, lutut, siku, pergelangan kaki n tangan jugak!! Disasater kan??
Persatuan tu dah sarankan untuk pakai heels yang kurang dari 2cm. So, maknanya nak pakai boley...tapi kena rendah sket la dan jangan pakai lama 0r lebih dari 3 jam secara berterusan...

Kasut kaca..kalo berani pakai la...

Lagi scary untuk para wanita tau, kajian kat London plak statekan yang pakai heels boley jejaskan peluang untuk dapat anak!!! Sebab...kasut tinggi boley jejaskan organ dalaman pmpuan...Kasut gak bley buat rambut gugur... Panjang lagi kalo nak citer hal high heels nie. Tapi cakap la pe pon kalo dah nak pakai tu, beli jugak....

Tapi bagi aku nak pakai tinggi-tinggi sangat pon xselesa. Especially untuk berjalan banyak = jauh = laju. Kalo pakai heel2 mesti jalan sopan2...aisshhh...melambatkan keadaan la. Kalo time dinner ke ada function pape boley consider. Kalo tebiat sangat kot pakai heels... tapi takat nak pi kelas, jenjalan menyopping tu pakai x la...  Time raya pon x, sebab malas nak pakai buang bila dah masuk jajahan-ziarah-umah-sedara-berderet. Senang citer pakai je apa yang selesa...Asal kaki x kotor and aku pakai sandal/lapik kaki bukan tempurung kelapa cam zaman dedulu...


p/s~nak beli ................................................ tapi suma orang ckp Cik Ckah sangat2 cerewet memilih. Kuar masuk kedai pat lima kali pon x beli pape jugak..

Friday, March 11, 2011

Power of dark chocs

Great news for chocolate lovers..... toink3!!! MySpace
Chemistry Central Journal claims that choc contains more antioxidants (polyphenols and flavonals) than fruit juice. However take note that the research conducted by HERSHEY-----> kisses contohnya!

The US-based National Heart, Lung and Blood Institute analysed the chocolate habits of almost 5 000 adults. Those who ate chocolate five or more times a week were 60% less likely to have heart disease. Plus a German study, European Heart Journal, found that modest chocolate intake had a significant effect on people's blood pressure. MySpace

But dont get too exited!!- Dr Mehmet Oz and Dr Mike Roizen, best-selling authors and celebrity experts, advice that the flavounoid antioxidants in dark chocolate are so powerful that a tiny piece will suffice.

"You dont need a whole bar." they said. " A daily piece the size of a Hershey's Kiss can lower your blood pressure."

p/s~ =)

Thursday, March 10, 2011

Terima kasih Nabila Zulkhornian


Tenkiyuuuu to Nabila teman saye malam ni...
sayangnya xley  nak skype pulak
Rindu nak story ngan kamo0 dalam bilik
kita sambil dengar radio,
kaki julur keluar tingkap
=)

p/s~ Miss you biggggg time......chatting with you make me feel much better!!

TERsensitip (-_-")

Mood = Sangat x okey (drastically)
Tindakan = total silent!!
Harapan = jangan ada sapa2 nak cakap ngan aku

######################################

Serius secara tetiba rasa panas hati semacam jew tadi. Sampai umah after balik dari tengok Adnan Sempit (xdala tangok sangat pown, men game bowling jew lebih) terus rasa nak marah ngan semua orang yang cakap banyak and try buat lawak-mengong plus lawak x pat0t 18SG la bla bla bla.... Patotnya benda tu sume xjadi hal pown c0z dah biasa, dah terbiasa sangat2 ngan c0ndition begitu but still tadi aku rasa nak s0und ja suruh senyap and and watch your manners!! Fuhh..nasib baik bley tahan sabar lagi.... Thats why aku berusaha keras untuk kekal diam xmo cakap, angguk-geleng selagi mampu so that xda yang anggap aku sarcastic or perli2 ke apa. Sorry sangat korang cakap aku xlayan, bukan salah korang pon. So, untuk elak korang terkena aku punya fire tu so better aku keep silent...

Ok... I need friend to talk! Tapi xtau nak kaco sape and x sampai hati nak nyemakkan kepala orang lain ngan cerita merepek-meraban aku. Nak citer kat awak...... lagi la xboleh. Awak xpenah paham pon etiap kali owg nak citer or share something kat awak. Dah banyak kali owg perasan hal tu. Sometime I need a pers0n juz to lend ears without hoping for even a single c0mment tapi awak....owg nak spill, nak citer x abeh lagi awak dah nak cut. Nak owg lak dengar s0-called-nasihatdanmotivasibernas awak tu.... Fine owg dah senyap, terbantut dah citer or sume benda yang nak diceritakan tu baru awak tau gelabah. Then baru gatal nak pujuk2! Xperlu la..... owg xmerajuk and xmintak dipujuk pon. 

Diam sebab owg tau, you are not the rite pers0n to comfort me when i'm in need!! Sho0t! At least dah tau, lepas ni kalo nak share pape bukan dengan awak... Sebab resp0n awak does'nt suits me at all. Sekarang pon kita bukan selalu contact sangat. Dulu boley je sehari sampai xtau nak cakap apa, meseg sampai dah habes soklan nak tanya.... Dari dulu lagi owg dah cakap kat awak, kalo rasa xmampu nak constant macam tu, better dari awal jangan didik owg dengan cara 24/7 you care. I can take care of myself la dude!!  Its ok, xkesah la your girl-friends cakap owg pelik ke apa... diorang lain, owg lain. Every person differ from each other what??!!

Yeap, my fault jugak sebab owg yang nak kita macam tu. Ye la, kita bukan ada pape pon. Hanging. So, owg x halang awak nak kawan ngan sesape and awak pon xleh nak halang owg kawan ngan orang lain. No jelousy, no kongkongan, xboleh itu, jangan ini. Dan kalo awak ingat, owg dah cakap pon yang dalam masa 3 tahun tempoh taaruf ni awak jumpa someone else I'll let you go. Willingly....coz I cant promise you anything and wont hoping you to wait for me for another 2 years and 2 months. I'm the one who draw the rules, I wont regret...Insyaallah. Lagipon, kalo xsebab kita jauh mesti xkan dapat berkawan selama macam ni. Kalo dekat mesti owg buat xtau je kat awak....Langsung xjadi kawan.

Thanx a lot sebab dah sangat2 bersabar melayan keras kepala dan kasar2 bahasa owg ngan awak since June 10 untill now... I'm really not go0d in making relationship. Awak faham kan? I've  told you thousands of times before.... =) Thanks a lot awak.....

p/s~ not a big deal since i'm nobody for you and you are not somebody for me!! Kita bukan sape2 pon....