Haishh...makin ari aku rasa makin meraban ayat2 cinta aku nie. Pekene la ni wei? Sapa nak jawab? Xpela...maybe hipotesis ACCEPTED bila RESEARCH yang aku buat membuktikan bahawa aku memang xleh nulis bila badan sengal2... (-_-")
Ye2, diakui hidup aku TERsangatlah bZ sampai aku layak dok setingkat ngan PM. Btol!!! Life aku skg dalam studio jew.. Melukis, mewarna, memerah idea...hahaha. Xleh nak k0men banyak, aku yang pilih jalan tu...
Ok, cukup takat tu ngadu
Skg nak share pengalaman yang agak sengal and xleh lupa la slagi respiration process belaku kat aku. Actually pengalaman so-called-agak-sengal ni aku kutip time nak amek driving licence dulu...DULU???? Owwhh..hampir dua bulan yang lalu cuma... (^_^)V
Storynya ceni, dah nama pown nak amek lesen ntok kali pertama lak tu 4sure la aku da tanya kat owg bpengalaman pasal Enche' JPJ yang dikata amat MESRA pengguna tu...huhu. So sebagai mana lazimnya, yang aku dengar tu suma "wangi2" belaka la....
Enche' JPJ ni garang la, strict, saja xm0 bagi lulus, ada yang kna "hulur" dulu bla bla bla.... Macam2! Sungguh!! MACAM-MACAM ADA.... ala2 astro. Yela zaman dah berubah, dunia dah maju... Ececece, iklan sebentar k!!
Tapi hat tu suma kita tolak tepi sat no! Xmo la nak buat fitnah, menyebar dosa kat cni [ari ni terutamanya]. Ni nak story pasal aku sendiri yang cari pasal...hehehe. Ari kejadian, bertarikh tetap 24 Mac 2010 aku pi test JPJ kat skolah pertama aku selepas SAINA terCHENTA.. SEKOLAH MEMANDU PENDANG..
Nak dijadikan cita, dah la memang kalo boley nak amek jantung aku letak kat tepi sat. Ketaq gila dol!!! SUMPAH!! Rasa cam nak amek paper Kimia kertas 2 time SPM dulu...adessss. Dah la gabra nak 'berdating' ngan Enche' JPJ tu dalam nan0 second lagi. Aku lambat plak tu... Laaaaaggiiii la buat ketenteraman jiwa aku mencecah SIFAR!!!
Ok! xpa, dah nasib aku pi lambat. Hope ada hikmah disebalik tu. Dalam ati x abes2 istighfar, selawat, zikir segala macam yang bajet seminggu skali atau lepas semayang baru nak sebut, kali ni aku rotate2 dari kuar umah sampai la aku jejak kaki kat tempat kejadian...
Bila sampai ja, aku yang listed dalam sesi pertama dah memang nyata terlambat gila coz sesi taklimat, amek no, isi borang secara berjemaah dah tamat. Kusss semangat aku tengok keadaan tu. Tapi sebagai pelajar SAINA yang berwibawa [benarkah??] aku pown kon0n2 co0l je jalan p kaunter cakap la mai lambat [jujur]. Xmo bagi alasan berjela, lagi cam xleh caya lak...Buat muka suci je...
"Xpa, ambik borang ni, isi pastu bagikat pegawai atas tu" Enche' kat kaunter tu tunjuk kat Enche' kat bawah pondok atas bukit (tempat test naik bukit)
"Trimas" aku blah....
Menonong aku pi kat Enche' tu. Aku pegang n0 54. N0 last!!
"Awat lambat?"
Perut rasa bergelora. Kalo cakap nak muntah. Sedekah senyum gula setengah sudu teh, aku turun balik, lepak ngan beliau2 yang no >1-53.... Oleh sebab aku cal0n last, maka banyak la aksi mencabar ketenteraman jiwa yang ditunjukkan kat aku. Yang mengundur balikla, tekan minyak menyakar macam KL Drift toksah citer la... Fuuhhhh!!!
"NO 53, 54"
Waaaa.....turn aku dah sampei!!! Bukak pintu keta kancil merah tu, terpaksa langkah masok ngan kaki kiri. Yela, aku nek keta buatan MALAYSIA!! Keta kancil dol, x ke peik kal0 aku dengan susah payahnya menggagahkan diri nak masok ngan kaki kanan...
Pasang seatbelt, baca BISMILLAH, 1 2 3.... Start enjin... ALHAMDULILLAH, idop!!! HEHEHE.... Baru nagkat clutch sket, pelan2 tekan minyak, keta sengal tu mampos.... Enche' atas bukit tu dah kasi hint swoh naik! Sabolah wahai hati!!! 2 3 kali aku try stil mampus. Enjin boleh idop, tapi bila tekan minyak je mati.
Dalam ati tak0t la k0non2 nanti kalo keta tu mampos gak kat atas bukit nanti mau gelabah bewak aku! So, aku nekad. Ni xleh jadi ni. Aku kena tukar keta ni. Satgi jahanam la kalo beliau buat hal. Ok!
Bila dah jadi pemandu berhemah nagn pakai seatbelt sejak awal, of coz aku kena bukak seatbelt bila nak kuar kan? Dan2 bila ibu jari kiri cecah butt0n merah je.........
AAAAAAAARRRRGGGG!!!!!!!!!!!
Aku malu sendiri!! Ye la, bukan salah keta bila enjin tu asyik nak mati. Salah aku!! Ye la, asal aku x turunkan HANDBREAK bila nak tekan minyak???? Patot r enjin tu asyik mati. Nasib bek xdan nak p ngadu kat petugas kat tepi tu nak tukar keta...konon la keta tu x btol. Rupanya aku yang gel0ng!! Adesss...
Bila dah tau mana silap tu, aku pown start ikot prosedur yang btol then... ALHAMDULILLAH, sumanya lancar. Dengan segala hormatnya aku berjaya grad dengan jayanya dari skolah tu...wawawawa.. Sronok!! Xsia2 dok kena marah bila salah bagi signal, salah gear n so-0n...hehhehehe
P/s~ Nama ja ada lesen, tapi blom sempat nak drift kat mana2 lagi. Aku tros balik kolej lepas abes test, lesen siap the day after. S0, masih selamat terselit dalam purse mak aku..sampai ari ni
~Ckah23~
No comments:
Post a Comment